APEC Australia 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
APEC Australia 2007
Map of G8 countries

 Australia
Perdana Menteri John Howard
 Brunei
Sultan Hassanal Bolkiah
 Kanada
Perdana Menteri Stephen Harper
 Chile
Presiden Michelle Bachelet
 China
Premier Wen Jiabao
 Hong Kong
Ketua Eksekutif Donald Tsang
 Indonesia
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono
 Jepun
Perdana Menteri Shinzo Abe
 Korea Selatan
Presiden Roh Moo-hyun
 Malaysia
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
 Mexico
Presiden Felipe Calderón
 New Zealand
Perdana Menteri Helen Clark
 Papua New Guinea
Perdana Menteri Michael Somare
 Peru
Perdana Menteri Jorge Del Castillo
 Filipina
Presiden Gloria Macapagal-Arroyo
 Rusia
Presiden Vladimir Putin
 Singapura
Perdana Menteri Lee Hsien Loong
 Taiwan
Stan Shih, Wakil Khas Presiden Chen Shui-bian
 Thailand
Perdana Menteri Jen Surayud Chulanont
 Amerika Syarikat
Presiden George W. Bush
 Vietnam
Perdana Menteri Nguyễn Tấn Dũng
 Kesatuan Eropah
Presiden Majlis Eropah (European Council)
Presiden Suruhanjaya Eropah Jose Manuel Barroso
Presiden Parlimen Eropah
Tabung Kewangan Antarabangsa
Pengarah Rodrigo Rato

APEC Australia 2007 ialah sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik tahun 2007 yang diadakan di Sydney, New South Wales, Australia dari 2 hingga 9 September 2007.Seramai 21 pemimpin negara di sekitar Lautan Pasifik akan hadir dalam mesyuarat APEC ke- ini. Kerajaan negeri New South Wales mengumumkan tarikh 7 September 2007 sebagai cuti umum dan beberapa beberapa tempat dilarang masuk . Kawasan terlibat termasuklah Penrith, Camden dan Campbelltown agar perjalanan lalulintas para pemimpin dan keselamatan dapat dipertingkatkan.

APEC Australia 2007 ini semakin penting untuk membincangkan soal-soal ekonomi bersama. Nilai perdagangan 21 anggota APEC termasuk Amerika Syarikat dan China hampir separuh nilai perdagangan dunia. Kegagalan rundingan 151 ahli WTO di Doha, Qatar yang lalu akan disambung pula dalam persidangan APEC kali ini.

Perancangan 2007[sunting | sunting sumber]

Setiap 27 ahli APEC berhak menjadi tuan rumah persidangan APEC. Pada Ogos 2004 lagi Jabatan Perdana Menteri Australia telah mengumumkan jawatankuasa bertindak untuk menjadikan Australia sebagai tuan rumah. Pada 9 Februari 2005 , Perdana Menteri Australia, John Howard mengumumkan Sydney akan menjadi tuan rumah persidangan APEC 2007. Segala langkah keselamatan telah dipertingkatkan sebagamana Sukan Komanwel 2006 yang diadakan di Melbourne.

  • Zon Larangan Terbang dikenakan sekitar 45 batu nautika dari pusat bandar Sydney. Ruang udara dikawal oleh Tentera Udara Australia dan helikopter polis. Tentera Laut Australia pula memastikan tidak ada sebarang periuk api di laut berhampiran Sydney Opera House.
  • Frekunsi radio dan telefon disekat bagi mengelak serangan pengganas menggunakan telefon bersel. Sydney benar-benar bagai 'penjara moden' angkara keselamatan Bush.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Anti Bush[sunting | sunting sumber]

Hampir 52 % warga Australia menyatakan Bush adalah presiden paling buruk dalam sejarah Amerika. Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush akan menginap di Intercontinental Hotel di Macquarie Street. Bush baru pulang dari melawat tenteranya di Iraq. Tambahan pula 50,000 tentera Britain telah ditarikh keluar oleh Perdana Menteri Britain, Gordon Brown mulai 3 September 2007.

George W.Bush tiba di Sydney dengan pesawat Air force One jam 10.30m pm.Beliau disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Australia ,Mark Vaile, Menteri New South Wales , Morris Iemma dan lain-lain kenamaan. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice turut hadir. George W.Bush dibawa dengan kereta Cadillac One diiringi oleh 30 kereta pengawal ke hotel penginapan. Presiden ini dikawal 700 orang termasuk perisik rahsia , pengawal peribadi dan penasihat politik. Turut serta ialah anjing pengesan , pasukan perubatan dan tukang masak profesional.

Agenda Pedagangan[sunting | sunting sumber]

Debat tentang kebenaran kemasukan produk pertanian ke Korea Selatan, ke Jepun dan Asia Utara akan terus dibincangkan. Petani Korea Selatan dan Mexico cukup takut dengan WTO yang mendedahkan pasaran mereka kepada produk Amerika kerana petani / peladang Amerika lebih maju dan mendapat subsidi pula. Tidak mungkin petani negara mundur dapat bersaing dengan petani / peladang Amerika Syarikat.

Setiap produk dari China, Korea Selatan, Jepun dan Asia Tenggara adalah untuk pasaran Amerika Syarikat. Andainya krisis ekonomi di Amerika berlaku , pasti akan menjejaskan negara terbabit.

Pemanasan Global[sunting | sunting sumber]

Autralia dan Amerika Syarikat belum menandatangani Protokol Kyoto . Sedangkan 160 negara lain telah menandatangani protokol yang menyetujui kawalan pencemaran alam sekitar dari aktiviti industri. Pengeluaran karbon dioksida hendaklah dikurangkan dan lima faktor gas rumah hijau uang menyumbang kepada pemanasan global.

Hanya 36 negara sedang membangun diperlukan untuk kawalan pencemaran. China, India dan Brazil didapati banyak menyebabkan pemasan global.Sedangkan Washington dan Melbourne masih tidak menandatangani Protokol Kyoto, tentulah amat tidak adil.

Emmy Hafidz selaku pengarah Greenpeace Asing Tenggara mendapati John Howard tidak bersungguh-sungguh membantu mengurangkan pemanasan global. Ironi, Bush dan Howard berdegar-degar bercakap tentang pemanasan global. Tetapi tidak direalisasikan dengan tindakan dan amalan mengurangkan karbon dioksida.