Si Kolot Suamiku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Si Kolot Suamiku
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Amar Baharin
Siti Elizad
Atikah Suhaime
Faizal Hussein
Sheila Mambo
Lagu pembukaanDua Dunia - Waris feat Viral
Lagu penutupDua Dunia- Waris feat Viral
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16 Episode.
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam (1jam per episode)
Syarikat penerbitan
(MiG Production Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria Slot MegaDrama
Siaran asal15 Ogos 2016 – 8 September 2016
Kronologi
MengikutiLelaki Macam Dia
Diikuti olehAbang Bomba I Love You

Si Kolot Suamiku ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan Eyra Rahman. Dibintangi oleh Amar Baharin, dan Siti Elizad. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 15 ogos 2016 menggantikan Lelaki Macam Dia. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Malam Throwbaek Drama 2017

  • Kapel Throwbaek -Siti Elizad dan Amar Baharin-Top 5
  • Hero Throwbaek-Amar Baharin-Top 5
  • Heroin Throwbaek-Siti Elizad-Top 5

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Si Kolot Suamiku. MyInfoTaip. Dicapai 3 ogos 2021