Fenway Park

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fenway Park
America's Most Beloved Ballpark[1]
Friendly Fenway
The Cathedral of Baseball
Fenway Park pada 2008
Alamat4 Jersey Street
Amerika Syarikat
LokasiBoston, Massachusetts, A.S.
Koordinat42°20′46.5″N 71°5′51.9″W / 42.346250°N 71.097750°W / 42.346250; -71.097750Koordinat: 42°20′46.5″N 71°5′51.9″W / 42.346250°N 71.097750°W / 42.346250; -71.097750
PemilikFenway Sports Group
PentadbirFenway Sports Group / Boston Red Sox
Kapasiti37,305 (hari)
37,755 (malam)[2]
Rekod kehadiran47,627[3]
Saiz PadangKiri padang: 310 ft (94.5 m)
Kiri Dalam Padang: 379 ft (115.5 m)
Pusat Padang: 389 ft 9 in (118.8 m)
Kanan Pusat Padang: 420 ft (128 m)
Pusat Kanan: 380 ft (115.8 m)
Kanan Padang: 302 ft (92 m)
Backstop: 60 ft (18.3 m)
PermukaanKentucky Blue Grass
Pembinaan
Pecah tanah25 September 1911 (25 September 1911)
Dibuka20 April 1912 (20 April 1912)
Pengubahsuaian1988, 2002–2011, 2017
Diperluas1934, 1946, 2002–2011, 2017, 2022
Kos pembinaanAS$650,000
($14.7 juta dalam 2016 dolar[4])
ArkitekJames E. McLaughlin[5][6]
Jurutera strukturOsborn Engineering Corp.[6]
Kontraktor amCharles Logue Building Company, Coleman Brothers, Inc.[6]
Tuan rumah
Boston Red Sox (MLB) (1912–kini)
Boston Braves (MLB) (1914–1915)
Boston Bulldogs (AFL) (1926)
Boston Redskins (NFL) (1933–1936)
Boston Shamrocks (AFL) (1936–1937)
Boston Yanks (NFL) (1944–1948)
Boston Patriots (AFL) (1963–1968)
Boston Beacons (NASL) (1968)
Fenway Park
No. rujukan NRHP12000069[7]
Ditambahkan ke NRHP7 Mac 2012

Fenway Park ialah sebuah stadium besbol yang terletak di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Sejak tahun 1912, ia telah menjadi stadium besbol bagi pasukan Major League Baseball (MLB), Boston Red Sox. Sejak tahun 1953, Red Sox kekal sebagai satu-satunya pasukan MLB yang menggunakan stadium tersebut. Stadium ini telah dibina semula pada tahun 1934[8] dan menjalani beberapa pengubahsuaian dan penaiktarafan pada abad ke-21. Fenway Park masih menjadi stadium besbol tertua di MLB.[9] Stadium besbol ini merupakan stadium kelima terkecil dari segi kapasiti tempat duduk, kedua terkecil dari segi jumlah kapasiti dan merupakan satu daripada lapan stadium yang dapat memuatkan kira-kira 40,000 orang penonton.

Fenway telah melangsungkan 11 acara Siri Dunia di mana Red Sox memenangi enam daripadanya manakala Boston Braves pula menjuarainya sekali. Selain perlawanan besbol, stadium ini juga menganjurkan pelbagai acara sukan dan budaya termasuk aksi bola sepak Amerika bagi pasukan Boston Redskins, Boston Yanks dan Boston Patriots; konsert; bola sepak dan hoki serta kempen politik dan keagamaan.

Pada 7 Mac 2012, Fenway Park telah ditambah ke dalam Senarai Tempat Bersejarah Kebangsaan Amerika Syarikat.[10][11] Ia mempunyai mercu tanda di hujung laluan warisan Boston Irish. Bahkan, bekas pelempar Bill Lee menganggap Fenway Park sebagai satu tempat keramat.[12] Stadium ini juga dalam proses menjadi Mercu Tanda Boston, yang akan dapat mengawal segala perubahan dikenakan ke atas stadium.[13] Fenway dianggap sebagai salah satu venue sukan di dunia yang tersohor dan menjadi simbol Boston.[14]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fenway Park Tour Information". Major League Baseball Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2017. Dicapai pada November 19, 2014.
  2. ^ "2018 Boston Red Sox Media Guide" (PDF). Major League Baseball Advanced Media. Februari 26, 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada April 8, 2018. Dicapai pada Februari 27, 2018.
  3. ^ Moore, Gerry (September 23, 1935). "Record crowd near 49,000 jams Fenway Park". Boston Globe. Dicapai pada October 24, 2018.
  4. ^ Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  5. ^ Turner, Greg (March 7, 2012). "Fenway Park Hits National Register of Historic Places". Boston Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2012. Dicapai pada March 8, 2012.
  6. ^ a b c "Fenway Park". Baseball Almanac. Dicapai pada March 8, 2012.
  7. ^ "Weekly List of Actions Taken on Properties:IES: 3/05/12 through 3/09/12". National Park Service. March 16, 2012. Dicapai pada May 5, 2012.
  8. ^ "Facts and Figures". MLB.com.
  9. ^ J.M. Soden (July 19, 2011). "Major League Baseball's five oldest ballparks". Yahoo! Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2013. Dicapai pada December 8, 2013.
  10. ^ Swasey, Benjamin (April 20, 2012). "Red Sox, City Celebrate Fenway's 100th". WBUR. Dicapai pada November 22, 2014.
  11. ^ Reidy, Chris (March 7, 2012). "Fenway Park Is Listed in the National Register Of Historic Places". The Boston Globe. Dicapai pada March 8, 2013.
  12. ^ "Writers Speaking About the Books They Write". The Great Fenway Park Writers Series. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2007. Dicapai pada April 20, 2012.
  13. ^ "Fenway Park". bostonpreservation.org. 2 May 2018. Dicapai pada October 8, 2020.
  14. ^ "When Baseball Meets Football: Boston and Liverpool". BBC. October 6, 2010. Dicapai pada October 9, 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]