Palanivel Govindasamy
Palanivel Govindasamy | |
---|---|
பழனிவேல் கோவிந்தசாமி | |
Presiden ke-8 Kongres India Malaysia (MIC) | |
Dalam jawatan 6 Disember 2010 – 23 Jun 2013 | |
Timbalan | Subramaniam Sathasivam |
Didahului oleh | Samy Vellu |
Digantikan oleh | Subramaniam Sathasivam |
Jawatan menteri | |
1995–1999 | Setiausaha Parlimen bagi Perpaduan Nasional dan Pembangunan Masyarakat |
1999–2004 | Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar |
2004–2009 | Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia |
2009–2011 | Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi |
2011–2013 | Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
2013–2015 | Menteri Sumber Asli |
Gabungan politik yang diwakili dalam Dewan Rakyat | |
1990–2008 | Barisan Nasional |
2013–2018 | Barisan Nasional |
Gabungan politik yang diwakili dalam Dewan Negara | |
2010–2013 | Barisan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Palanivel s/o K. Govindasamy 1 Mac 1949 Penang, Persekutuan Tanah Melayu (KiniMalaysia) |
Meninggal dunia | 17 Jun 2025 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 76)
Kerakyatan | Rakyat Malaysia |
Parti politik | Kongres India Malaysia (MIC) (1968–2014) Bebas (2014–2025) |
Pasangan | Kanagam Palanivel |
Anak | 4 |
Kediaman | Kuala Lumpur |
Tempat belajar | Universiti Malaya (Sarjana Muda Sastera) |
Pekerjaan | ahli politik Wartawan Guru |
Laman web | www |
Yang Berbahagia Datuk Seri Palanivel Govindasamy (Tamil: பழனிவேல் கோவிந்தசாமி; (lahir 1 Mac 1949 – 17 Jun 2025) atau lebih dikenali sebagai G. Palanivel atau Palani adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan ahli dan pernah berkhidmat sebagai Presiden ke-8 Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN), dari Disember 2010 hingga Jun 2013.[1]. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dari Mei 2013 hingga Julai 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Ogos 2011 hingga Mei 2013, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Timbalan Menteri Kebajikan dan Pembangunan Keluarga[2]. Beliau merupakan seorang Senator dari Mei 2010 hingga Mei 2013, Ahli Parlimen (MP) bagi Cameron Highlands dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan Hulu Selangor dari Oktober 1990 hingga Mac 2008.
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Palanivel dilahirkan di Pulau Pinang pada 1 Mac 1949. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1972, dengan pengkhususan dalam bidang Sejarah. Pada awal kerjayanya, beliau menjadi guru di Institut Goon di Kuala Lumpur dan kemudian di Maktab Adabi di Kuantan. Pada tahun yang sama beliau tamat pengajian, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Cawangan Petaling Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti politik yang merupakan sebahagian daripada gabungan pemerintah. Beliau telah bersama parti tersebut sejak tahun 1968.
Beliau kemudian menjadi pembantu penyelidik di Muzium Negara. Pada tahun 1974, beliau kembali ke Pulau Pinang untuk menyertai Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), di mana beliau meningkat ke jawatan pengarah eksekutif. Kerjaya beliau seterusnya membawa beliau ke Bernama sebagai wartawan pada tahun 1977, dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai editor berita ekonomi. Dalam tempoh ini juga, beliau telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Kerja Raya, yang ketika itu merupakan Presiden MIC. Perlantikan ini menjadi titik tolak penting dalam kerjaya politik beliau. Palanivel juga pernah terlibat dalam sektor korporat sebagai penasihat perniagaan kepada Sports Toto dan sebagai ahli lembaga pengarah Telekom Malaysia.
Isterinya Datin Kanagam dan mereka mempunyai 4 anak. Anak sulung beliau menjadi doktor, anak kedua menjadi arkitek dan dua lagi masih belajar. Mereka tinggal di rumah teres dua tingkat di Taman Melawati,Kuala Lumpur.[3]
Kerjaya Politik
[sunting | sunting sumber]Pada Jun 2006, Palanivel, yang sebelum ini merupakan Naib Presiden MIC, melangkah ke era baharu kepimpinan tertinggi MIC apabila beliau menewaskan penyandang selama 27 tahun, Dato' Subramaniam Sinniah, untuk menjadi Timbalan Presiden MIC yang baharu. Beliau mengekalkan jawatannya dalam pemilihan MIC yang berakhir pada 12 September 2009..[4] Palanivel telah dilantik sebagai Presiden MIC bagi menggantikan Samy Vellu pada 6 Disember 2010.
Sebelum itu, Palanivel memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dari tahun 1999 hingga Mac 2008, apabila beliau gagal mempertahankan kerusi parlimennya dalam pilihan raya umum 2008, lantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada 3 Mei 2010, Palanivel dilantik sebagai Senator di Dewan Negara. Palanivel kembali menyandang jawatan dalam kabinet persekutuan apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam rombakan kecil kabinet pada 4 Jun 2010.
Pada 6 Disember 2010, beliau secara rasmi dilantik sebagai Presiden ke-8 MIC, menggantikan Samy Vellu yang telah memegang jawatan tersebut selama 31 tahun. Pada 5 Mei 2013, Palanivel memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia.. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada 3 Julai 2013, Palanivel menyatakan bahawa MIC menentang rang undang-undang kontroversi yang membenarkan penukaran agama secara sebelah pihak bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun kepada Islam. Pada 5 Julai 2013, beliau mengulas, *"Ia adalah langkah yang wajar dengan mengambil kira sensitiviti pelbagai pihak dan kumpulan. MIC masih berpegang kepada pendirian bahawa *persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk penukaran agama anak-anak kepada Islam," selepas rang undang-undang kontroversi tersebut ditarik balik oleh kerajaan Barisan Nasional.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | P084 Hulu Selangor, Selangor | G Palanivel (MIC) | 20,839 | 63.74% | Nazar Yakin (S46) | 11,857 | 36.26% | 34,306 | 8,982 | 73.10% | ||
1995 | P088 Hulu Selangor, Selangor | G Palanivel (MIC) | 20,546 | 78.19% | Adnan Din (S46) | 4,594 | 17.48% | 27,505 | 15,952 | 53.66% | ||
Peng Kim Sing (DAP) | 1,137 | 4.33% | ||||||||||
1999 | G Palanivel (MIC) | 22,143 | 61.65% | Halili Rahmat (PKR) | 13,548 | 37.72% | 37,195 | 8,595 | 71.06% | |||
2004 | P094 Hulu Selangor, Selangor | G Palanivel (MIC) | 27,807 | 67.52% | Ismail Kamus (PAS) | 13,324 | 32.35% | 42,592 | 14,483 | 72.77% | ||
2008 | G Palanivel (MIC) | 22,979 | 49.55% | Zainal Abidin Ahmad (PKR) | 23,177 | 49.97% | 47,845 | 198 | 75.24% | |||
2013 | P078 Cameron Highlands, Pahang | G Palanivel (MIC) | 10,506 | 48.03% | Manogaran Marimuthu (DAP) | 10,044 | 45.92% | 22,752 | 462 | 81.32% | ||
Mohd Shokri Mahmood (Berjasa) | 912 | 4.17% | ||||||||||
Alagu Thangarajoo (IND) | 308 | 1.41% | ||||||||||
Kisho Kumar Kathirveloo (IND) | 101 | 0.46% |
Anugerah dan Pingat Kebesaran
[sunting | sunting sumber]Selangor :
Darjah Kebesaran Dato' – Setia Diraja Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(DSSA) – Dato' (1996)[8]
Wilayah Persekutuan :
Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW), yang membawa gelaran Datuk Seri, pada tahun 2012 (SMW) – Datuk Seri (2012)[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Palanivel Ready To Face Challenges at New Ministry". MIC. 16 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2014. Dicapai pada 17 May 2013.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-27. Dicapai pada 2013-05-20.
- ^ "Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-13. Dicapai pada 2010-09-18.
- ^ "MIC polls: Samy Vellu's men sweep deputy, VP, most CWC posts". The Star. Star Publications. 12 September 2009. Dicapai pada 12 September 2009.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 28 Jun 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. 2004 election.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016.
- ^ "DSSA 1996". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 23 March 2022.
- ^ "Senarai Penerima DKBPWP Tahun 2012" (PDF). www.jwp.gov.my.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Samy Vellu |
Presiden Kongres India Malaysia (MIC) 6 Disember 2010 – 25 Jun 2014 |
Diikuti oleh: Subramaniam Sathasivam |
- Kelahiran 1949
- Anggota Kongres India Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan India
- Orang hidup
- Orang dari Pulau Pinang
- Hindu Malaysia
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Presiden Kongres India Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Tamil
- Alumni Universiti Malaya
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-12