Sukan Orang Pekak Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Orang Pekak Malaysia
MotoKe Arah Melahirkan Atlet Pekak Yang Berdisiplin, Berdaya Saing Dan Bertaraf Dunia
Edisi pertama1985 di Kuala Lumpur
Diadakan pada setiapdua tahun
Edisi terakhir2023 di Kuala Lumpur
KegunaanKejohanan pelbagai acara untuk warga pekak di Malaysia
Laman sesawangPersekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia

Sukan Orang Pekak Malaysia atau SOPMA merupakan satu temasya sukan yang dikhaskan untuk warga pekak di seluruh Malaysia. Temasya ini dimulakan pada tahun 1985 dengan nama Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (KSAKP).

Melalui temasya ini, atlet-atlet pekak yang berbakat dalam sukan dipilih mewakili negara ke beberapa temasya orang pekak peringkat antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak Asia Tenggara, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan Sukan Deaflimpik.[1]

Perlaksanaan[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, temasya ini dikenali sebagai Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (1985 hingga 1989) dan Sukan Kebangsaan Orang Pekak (1990 hingga 2006). Temasya ini juga pada mulanya diadakan setiap tahun. Bermula pada tahun 1993, temasya ini diadakan sekali dalam dua tahun. Namun, pada tahun 2003, temasya ini mula diadakan setiap tiga tahun. Pada tahun 2012, temasya ini kembali diadakan setiap dua tahun iaitu selepas Sukan Malaysia berakhir.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Satu medan Untuk atlet-atlet pekak mempamerkan bakat sukan mereka.
  • Sebagai landasan kepada atlet-atlet pekak berbakat untuk mewakili negara ke sukan orang pekak peringkat antarabangsa.
  • Menyahut seruan kerajaan "Sukan 1 Malaysia" melalui penganjuran sukan tersebut.
  • Mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antara warga pekak yang berbilang kaum, etnik dan agama.

Sukan yang dipertandingkan[sunting | sunting sumber]

Rujukan:[2]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Temasya ini melibatkan semua negeri di Malaysia. Ketiga-tiga wilayah persekutuan membentuk satu pasukan. Nama bertulisan condong merupakan bekas pasukan yang pernah menyertai temasya ini.

Senarai edisi[sunting | sunting sumber]

Sukan Orang Pekak Malaysia is located in MalaysiaRalat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Hos bandar-bandar sehingga 2022
Edisi Tahun Tuan rumah Bilangan kontinjen Bilangan peserta Bilangan sukan Kontinjen terbaik
KSAKP I 1985 Kuala Lumpur Kuala Lumpur 4 127 2 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
KSAKP II 1986  Pulau Pinang 5 100 2  Pulau Pinang
KSAKP III 1987  Selangor 4 111 3 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
KSAKP IV 1988  Kedah 4 80 3  Kedah
KSAKP V 1989  Kuala Lumpur 5 102 3  Kedah
SKOP VI 1990  Johor 10 250 5  Kedah
SKOP VII 1991  Selangor 9 320 7 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
SKOP VIII 1992  Pulau Pinang 10 325 6 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
SKOP IX 1993  Pahang 7 313 4 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
SKOP X 1995  Kedah 9 450 5  Kedah
SKOP XI 1997  Selangor 8 330 5  Selangor
SKOP XII 1999  Johor 8 410 4  Selangor
SKOP XIII 2001  Kelantan 12 560 7 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
SKOP XIV 2003  Kedah 13 620 7  Selangor
SKOP XV 2006  Perak 11 394 5 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
SOPMA XVI 2009  Terengganu 11 243 4  Wilayah Persekutuan
SOPMA XVII 2012  Kuala Lumpur 16 600 5  Selangor
SOPMA XVIII 2014  Melaka 14 734 7  Wilayah Persekutuan
SOPMA XIX 2016  Sarawak 12 980 4  Wilayah Persekutuan
SOPMA XX 2018  Perak 14 1000 5  Wilayah Persekutuan
- 2020 Dibatalkan akibat Pandemik COVID-19
- 2022 Ditangguhkan
SOPMA XXI[3] 2023  Kuala Lumpur 14 1000 5  Sabah

Rujukan:[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Introduction SOPMA". Dicapai pada 10 September 2022.
  2. ^ a b "SOPMA Games". msdeaf.org.my.
  3. ^ "SOPMA buka tirai 3 Disember ini". Berita RTM. 2023-12-23. Dicapai pada 2023-12-23.