Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'adzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Abdullah Muhammad Shah II
Sultan Perak ke-XXVI
Perak Darul Ridzuan
Pemerintahan 20 Januari 1874 - 30 Mac 1877
Pendahulu Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah
Pengganti Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah
Raja Muda Raja Yusuf
Pasangan Raja Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah
Anakanda
Raja Ngah Mansur
Raja Chulan
Raja Abdul Maliek
Raja Said Tauphy
Raja Abdul Rahman
Raja Abdul Hamid
Raja Hussein
Nama penuh
Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Jaafar Safiuddin Muazzam Shah
Ayahanda Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah
Bonda Wan Ngah Mahtra binti Dato Wan Muda Abdul Rahman
Keputeraan (1842-09-21)21 September 1842
Kemangkatan 22 Disember 1922(1922-12-22) (umur 80)
Kuala Kangsar, Perak
Dimakamkan Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Agama Islam

Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-26. Memerintah pada 20 Januari 1874 - 30 Mac 1877. Raja Abdullah diangkat sebagai Raja Di Hilir dan istana baginda terletak di Teluk Intan. Kemudian baginda dilantik sebagai Raja Muda Perak pada tahun 1865.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Baginda bernikah dengan Raja Perempuan Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah dan kemudiannya bercerai.Baginda mempunyai tujuh putera dan tiga puteri:

  1. Raja Ngah Mansur
  2. Raja Chulan
  3. Raja Abdul MalIk
  4. Raja Nuteh Fatimah
  5. Raja Mariam Maheran
  6. Raja Saleha
  7. Raja Abdul Hamid
  8. Raja Said Tauphy
  9. Raja Abdul Rahman
  10. Raja Khairul Kamariah

Perang Perak[sunting | sunting sumber]

Baginda diangkat menjadi Sultan Perak yang Ke-26 oleh pihak British setelah menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selepas perjanjian ini, baginda digelar Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Baginda bersemayam di Batak Rabit.

Pulau Seychelles[sunting | sunting sumber]

Pada 1875, baginda dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen British J.W.W. Birch dan dibuang negeri ke Seychelles pada 21 Julai 1876.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat di Kuala Kangsar pada tanggal 22 Disember 1922 dan dimakamkan Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar bergelar Marhum Habibullah.

Didahului oleh
Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah
Sultan Perak
1874-1877
Diikuti oleh:
Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]