Raja Chulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Mulia Raja Chulan Abdullah

Yang Amat Mulia Raja Sir Chulan ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah (1 Julai 1869 - 10 April 1933) merupakan seorang kerabat diraja negeri Perak (bukan penulis buku Misa Melayu).

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Tanjung Brambang, Raja Chulan merupakan anak kedua Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles bersama isterinya, Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles, Singapura.

Pada tahun 1896, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Selama sehingga tahun 1897. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting.

Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Empat tahun kemudian, pada tahun 1924, beliau dilantik sebagai orang Melayu tak rasmi yang pertama dalam Majlis Persekutuan. Beliau memainkan peranan yang utama dalam perbincangan-perbincangan Majlis untuk memperdebatkan dengan bersungguh-sungguh terhadap kepentingan orang Melayu, dan menyokong cadang-cadangan untuk membahagikan semula kuasa pentadbiran yang kemudian itu dipusatkan di Kuala Lumpur kepada negeri-negeri persekutuan.

Raja Chulan berkahwin dengan Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki Raja Zainal Azman Shah, dan 4 orang anak perempuan.

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

Bagi menghargai jasa Raja Chulan, nama beliau telah diabadikan antara lain, seperti berikut:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]