Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Dato' Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin
203 5b.jpg

Menteri Besar Kedah ke-5
Tempoh jawatan
13 Julai 1978 – 28 Januari 1985
Didahului oleh Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin
Diganti oleh Osman Bin Haji Aroff

Lahir (1934-05-12)12 Mei 1934
Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia 19 April 1998(1998-04-19) (umur 63)
Hospital Pulau Pinang, Georgetown, Pulau Pinang
Parti politik BN-100px.jpg BN-UMNO
Pasangan Rahmah Zaleha Ibusigihan
Anak Tan Sri Puan Majioong (Kakak)

Tan Sri Puan Khteena Fatimah (Kakak)

Tun Naharuddin Idris (Abang)

Agama Islam

Dato' Seri Syed Nahar merupakan Menteri Besar Kedah yang ke-5, di antara 13 Julai 1978 dan 28 Januari 1985. Dilahirkan pada 12 Mei 1934 di Alor Setar, Kedah dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 19 April 1998.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga dan kemudian di Sekolah Melayu Kulim. Selepas itu, beliau menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani dan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Beliau melanjutkan pelajaran ke Trinity College, Dublin dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Bristol di dalam bidang Pentadbiran Am dan Kerajaan Tempatan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sekembali ke tanahair, Syed Nahar memulakan kerjayanya sebagai Pengarah Peneroka di Lembaga Kemajuan Tanah (FELDA) pada tahun 1966. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar di Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) dari tahun 1964 hingga 1969. Beliau merupakan Pengerusi Bank Simpanan Nasional yang pertama.

Politik[sunting | sunting sumber]

Seterusnya beliau pernah dilantik menyertai Ahli Dewan Undangan Kedah dan Exco Negeri Kedah. Beliau juga dilantik sebagai pengerusi di beberapa Agensi Kerajaan Negeri antaranya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian (MADA) pada tahun 1969, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Di samping itu, beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LLP) dan Ahli Lembaga Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDA). Antara jawatan lain yang pernah disandang ialah sebagai Pengarah Perkim Negeri Kedah, Pengarah Malayan Banking Bhd dan Ahli Majlis Angkatan Tentera Malaysia mewakili Raja-Raja. Seterusnya pada tahun 1980, beliau telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Fail:203 5c.jpg
Semasa dianugerahkan Tokoh Pembangunan Bolasepak Kedah pada tahun 1989

Selain daripada itu, beliau turut mencipta nama di dalam bidang korporat dan pernah memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat korporat antaranya sebagai Pengerusi Perlis Plantation Bhd, Pengerusi United Motor Works, Pengarah Syarikat Rahman Hydraulic, Pengerusi United Malayan Insurance Co. Bhd. dan Pengerusi Taiping Consolidated Bhd. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi United Malayan Insurance Co. Bhd, Pengerusi Sime UEP Properties Bhd, Pengerusi Dunlop Malaysia Industries Bhd, Pengerusi Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd, Pengerusi Pertama Malaysia Finance dan Pengarah Urusan Intradagang Merchant Bankers (M) Bhd.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kewibawaan serta sumbangannya dalam bidang pentadbiran telah menarik perhatian pemimpin negara waktu itu lalu memilih beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jerlun/Kodiang. Pada tahun 1969, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, menggantikan Y.A.B. Dr. Mahathir Mohamad. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974, beliau merupakan antara calon Barisan Nasional yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen Jerlun/Langkawi. Beliau dilantik menjadi Pengarah Barisan Nasional Negeri Kedah menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 dan telah memenangi Pilihanraya Umum 1978 bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri Langkawi. Pada 13 Julai 1978, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah yang kelima dan melepaskan jawatan tersebut pada 28 Januari 1985.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sewaktu memegang jawatan Menteri Besar Kedah, sumbangan dan jasa beliau dalam memaju dan membangunkan Negeri Kedah cukup besar. Pengenalan sistem portfolio telah memberi keberkesanan di dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang mana setiap exco diberi tanggungjawab tertentu. Beliau memberikan tumpuan di bidang perindustrian dengan menjalankan berbagai usaha untuk menarik sebanyak boleh para pelabur. Antaranya kilang tayar pertama berjaya didirikan di Mergong pada April 1980 dan diikuti dengan pembinaan kilang marmar di Langkawi. Seterusnya pembinaan kilang simen yang terbesar di Asia Tenggara yang telah didirikan di Teluk Ewa Langkawi pada tahun 1981. Selain daripada itu semasa pentadbirannya, Bandar Alor Setar turut berkembang maju dengan pesat dimana banyak bangunan-bangunan baru telah dibina antaranya Bangunan Tunku (UMNO) dan Bangunan Sultan Abdul Halim yang dibina pada 1983, Menara Peladang dan Wisma PKNK yang dibina pada tahun 1986.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahi pingat dan darjah kebesaran antaranya Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) pada tahun 1972, Seri Panglima Mahkota Kedah (S.P.M.K.) pada tahun 1985, Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) pada tahun 1985, Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) pada tahun 1986 dan Seri Setia Di Raja Kedah (S.S.D.K.). Beliau juga telah dianugerahi Tokoh Pembangunan Bolesepak Kedah pada tahun 1989 sebagai menghargai jasa dan sumbangannya dalam sukan bolasepak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19781985
Penyandang Kemudian
T.Y.T Tun Dato' Seri Utama Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff