Pergi ke kandungan

Tunku Ismail bin Tunku Yahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya)
Yang Berhormat Mulia
Tunku Ismail
- 0
Tunku Ismail
Menteri Besar Kedah ke-2
Dalam jawatan
Januari 1954 – 24 Mei 1959
Didahului olehMohamad Sheriff bin Osman
Digantikan olehSyed Omar bin Syed Abdullah Shahabuddin
Majoriti- =
Setia Usaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Dalam jawatan
1948–1954
Didahului olehMohamad Sheriff bin Osman
Digantikan olehSyed Hassan bin Syed Zain Shahabuddin
Maklumat peribadi
Lahir(1907-04-23)23 April 1907
Kulim, Kedah, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Meninggal dunia24 November 1969(1969-11-24) (umur 62)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Cause of deathSerangan jantung
Tempat semadiPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Parti politikUMNO
Tinggi- 0
PasanganDayang Fatimah binti Yop
Anak Tunku Yahaya, Tunku Hamid II, Tunku Izham, Tunku Kamal, Tunku Nor Aisha, Tunku Asma, Tunku Fuziah, Tunku Suria, Tunku Rehana
Ibu bapa
  • Tunku Yahaya ibni Tunku Ismail (bapa)
  • Che Som binti Muhammad (ibu)
Saudara (cucu-cucu); Tunku Intan Tunku Abdul Hamid II, Tunku Zubaidah Tunku Yahya II, Tunku Ismail II Tunku Yahya II, Tunku Syamsul Bahrain Tunku Yahya II, Tunku Syahrain Yusuf Tunku Yahya II, Tunku Siti Baizura Tunku Yahya II, Tunku Mazeli Tunku Yahya II, Tunku Hisham Tunku Yahya II, Imran bin Arshad Ikram bin Arshad, Sarena binti Arshad, Nazlina Shazlind binti Nazir, Nazlina Safina binti Nazir, Nazlina Nazneen binti Nazir, Noor Jasmin binti Ahmad, Noor Yaslah binti Ahmad, Kartini binti Ahmad, Nooriman binti Ahmad, Nooriza binti Ahmad, Noorehan binti Ahmad, Dzahanurin bin Ahmad, Noor Asharita @ Fatimah binti Ahmad
Kediaman0-
Pekerjaan- =
Laman web- 0

Almarhum Tan Sri Haji Sir Tunku Ismail bin Haji Tunku Yahaya (23 April 190724 November 1969) ialah seorang bangsawan yang berasal daripada keluarga Diraja Kedah dari moyang beliau Tunku Hamida binti Tunku Muhammad Akil sehingga beberapa generasi ke 11 menyambung kepada Sultan Kedah ke-20, Sultan Abdullah Mukarram Shah ibni Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah.

Beliau menjadi Menteri Besar Kedah ke-2 dari tahun 1954 sehingga 1959.

[1]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan asas di sekolah Melayu dan Inggeris serta lulus Senior Cambridge di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star.

Tunku Ismail bin Tunku Yahaya pernah dilantik memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri Kedah sebelum dilantik sebagai Menteri besar Kedah. Tunku Ismail memulakan kerjaya dengan menjawat jawatan sebagai Kadet Perkhidmatan Awam pada tahun 1926. Antara jawatan lain yang pernah disandang ialah sebagai Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu, Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Sik, Ahli Majlis Perbadaran Kota Setar, Pegawai Tanah Kubang Pasu dan Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi. Seterusnya beliau pernah dilantik sebagai "First Assistant Superintendent Monopolis and Customs Alor Setar", Pegawai Daerah Kulim, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ketua Majistret Alor Setar dan 'Food Controller' Negeri Kedah.

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan kemudian sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1948.

Menteri Besar Kedah

[sunting | sunting sumber]

Beliau memangku jawatan Menteri Besar Kedah dari tahun 1949 hingga tahun 1951 dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kedua dari tahun 1954 hingga tahun 1959. Beliau juga merupakan duta Malaysia ke Perancis. Ditugaskan pada 22 Ogos 1959.

Beliau telah meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi hari Isnin 24 November 1969 pada usia 62 tahun akibat sakit jantung di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor. Beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Petaling Jaya pada lewat petang hari yang sama. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman turut menziarahi jenazah beliau.[2]

  1. ^ "kedah4". www.royalark.net. Dicapai pada 2025-07-23.
  2. ^ "Pengarah Straits Times — bekas Duta Malaysia ka-Pranchis meninggal dunia". Berita Harian (diterbitkan 25 November 1969). 24 November 1969. Dicapai pada 21 Mei 2020 – melalui NewspaperSG.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19541959
Penyandang Kemudian
Haji Mohamad Sheriff Bin Osman Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin