Teman (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teman ialah sebuah rancangan televisyen Malaysia yang menggabungkan unsur TV realiti dan fiksyen yang disiarkan di 8TV. Rancangan ini membawa para penontonnya menjejaki dua orang wanita, Belinda Chee dan Mimi Rahzia dalam pengembaraan mereka merentasi Semenanjung Malaysia. Selain menjadi rancangan inforia bertemakan pelancongan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2007, rancangan ini juga memberi tip-tip kecantikan serta menguji keberkesanan sebuah produk hasil penaja utamanya, iaitu Olay White Radiance (P&G).

Templat:Spoiler

Episod[sunting | sunting sumber]

  • Ep 1: Mimi dan Belinda tiba di kepulauan Langkawi sebagai titik permulaan percutian mereka berdua. Mereka menyelam laut berhampiran Pulau Payar untuk menikmati hidupan laut di situ. Selain itu mereka melawat kawasan perusahaan akuakultur di mana mereka dapat melihat dan menyentuh belangkas. menikmati istirahat di The Heavenly Spa di Westin Langkawi. Kemudian mereka menjamu selera di the Loaf, kedai roti dan bistro milik Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sendiri!
    Pada hari terakhir percutian mereka di Langkawi, mereka terlepas penerbangan terakhir malam itu ke Kuala Lumpur, maka mereka terpaksalah menaiki feri ke Pulau Pinang.
  • Ep 2: Mimi dan Belinda tiba di Pulau Pinang dengan bantuan seorang kenalan Mimi, iaitu James. Antara tarikan pelancong yang dirasai mereka di situ ialah mengitari ibu negeri dengan menaiki beca dan melawat Rumah Peranakan. Mereka juga menjamu selera di tempat-tempat makan berikut, iaitu sebuah kopitiam lama, Slippery Senoritas Salsa Club and Restaurant (makanan gabungan tempatan dan Barat) dan Restoran Pen Mutiara (kari kepala ikan).
  • Ep 3: James sudi membawa Mimi dan Belinda balik ke Kuala Lumpur, namun mereka perlu berhenti di Ipoh dan kawasan sekitarnya untuk beberapa hari. Antara tempat-tempat yang dikunjungi ialah Lost World of Tambun (di mana mereka melihat "the Needle of Tambun" dan sesi menyuap anak harimau); air terjun Lata Kinjang (salah satu lokasi rakaman filem Puteri Gunung Ledang). Selain itu mereka dapat bertemu dengan ibu saudara Belinda di Ipoh.
    Sebelum kembali ke Kuala Lumpur mereka menjamu selera dengan pau di Tanjung Malim.
  • Ep 4: Ketika menghampiri Kuala Lumpur, James tiba-tiba bercadang untuk membawa Mimi dan Belinda ke Melaka. Belinda asalnya membantah tetapi akhirnya sedar bahawa hari itu hujung minggu, lalu setuju tanpa was-was. Mereka melawat Taman Tema A'Famosa di mana mereka menikmati taman haiwan, taman koboi dan pawagam 4D. Seterusnya mereka mengalami nostalgia di Muzium Warisan Baba dan Nyonya dan kedai baju kebaya Nyonya Heritage di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Antara sajian yang dinikmati pula ialah cendol dan laksa Nyonya di Jalan Jonker. Di sini juga mereka menemui kenalan James, Jihan yang menjemput mereka bertiga untuk bermakan malam.
  • Ep 5: Destinasi seterusnya Mimi, Belinda dan James ialah Kuala Terengganu sebagai tugasan yang diberi oleh majikan Belinda kepada orang bawahannya itu. Di bawah panduan seorang pembantu pelancong bernama Zul, antara tempat-tempat menarik yang dilawati mereka ialah Pasar Payang, kawasan industri desa termasuk pembinaan perahu dan pembuatan keropok lekor, pokok cengal tertua di Malaysia, Lake Kenyir dan Masjid Tengku Tengah Zaharah.
  • Ep 6: Mimi, Belinda dan James dibawa oleh Zul ke Kota Bharu, Kelantan di mana mereka mengunjungi Pasar Siti Khadijah, Kampung dan Muzium Kraftangan, kilang batik Kampung Paloh, pertunjukan wayang kulit dan mak yong di Sri Cahaya Kampung Laut, serta berhala Buddha berbaring terbesar di Asia Tenggara.
  • Ep 7: Mimi dan Belinda kembali ke Lembah Klang untuk menghabiskan percutian mereka. Di sana mereka bertembung dengan seorang kenalan Bel yang sedang menjalani penggambaran bagi Cleo's 50 Most Eligible Bachelors. Aktiviti yang dijalankan mereka di sekitar Lembah Klang ialah paintball, memburu hantu di kawasan perkuburan Cina dan menaiki Eye of Malaysia. Mereka menginap di KL Hilton. Dalam episod ini, adalah diketahui bahawa Belinda tercicir kamera videonya bersama James maka James terpaksa ke ibu kota untuk memulangkannya; dia memasuki bilik inapan kedua-dua wanita ini ketika mereka tiada.
  • Ep 8: Mimi dan Belinda masih di Lembah Klang, kali ini dimulakan dengan beristirahat dan meluncur ombak di pantai buatan manusia di Sunway Lagoon; diikuti dengan menyelam bersama ikan jerung di Aquaria KLCC, berurut di Clark Hatch Spa di KL Hilton, membeli-belah kelengkapan berteknologi tinggi di Plaza Low Yat, serta membeli-belah di the Curve.
    James akhirnya menemui kedua-dua wanita ini dan menyatakan perihal kamera video Belinda. Untuk mengakhiri percutian selama 20 hari ini, mereka bermakan malam di Restoran Rahsia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]