Tentera Darat Pertama Paracut (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tentera Darat Pertama Paracut
1. Fallschirm-Armee
Aktif 1 Mac 1943 – 8 Mei 1945
Negara  Nazi Germany
Kesetiaan Balkenkreuz.svg Luftwaffe
Jenis Tentera darat medan
Peranan Fallschirmjäger (askar payung terjun)
Keanggotaan Lebih 3,000 anggota[perlu rujukan]
Perang/pertempuran Perang Dunia II
Dibubarkan 8 Mei 1945
Komander
Komander
ternama
Generaloberst Kurt Student


Tentera Darat Pertama Paracut Jerman atau Tentera Darat 1 Para (1st Fallschirm-Armee) telah dibentuk pada September 1944 untuk menggabungkan beberapa unit Fallschirmjäger Luftwaffe. Ia diberi tugas mempertahankan 60 batu keluasan Negeri-Negeri Pamah antara Antwerp dan Maastricht dengan kekuatan hanya 3,000 anggota.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Panglima pertamanya ialah Kolonel Jeneral Kurt Student, iaitu perintis pasukan hantaran udara (airborne) Wehrmacht. Semasa Operasi Market-Garden pihak Bersekutu, askar-askar Student memainkan satu peranan penting dalam melambatkan kemaraan pihak Bersekutu yang memenuhi selatan negara Belanda. 3,000 askar payung terjun adalah satu-satunya pasukan simpanan sedia tempur di Jerman pada waktu itu.[1]

Student telah ditukarkan ke Barisan Timur, dan pada 18 November 1944, pemerintahan First Parachute Army diserahkan kepada General der Fallschirmtruppe Alfred Schlemm, yang menentang Tentera Darat Pertama Kanada semasa Pertempuran Reichswald. Ketumbukan Schlemm menghimpunkan bermacam-macam divisyen infantri lemah dan kumpulan tempur yang berkubu di Tembok Barat (Garis Siegfried). Schlemm tidak bersetuju dengan pandangan semasa bahawa serangan pihak Bersekutu seterusnya akan berlaku jauh ke selatan dan memastikan ketumbukannya membina pertahanan yang kukuh.

Tentera Darat Pertama Kanada dan Tentera Darat Kesembilan A.S. Leftenan Jeneral William Hood Simpson menekan angkatan Schlemm menjadi sebuah tumpuan kecil di sebelah tebing barat sungai Rhine yang bertentangan Wesel. Pada 10 Mac 1945, barisan belakang 1st Fallschirm-Armee meninggalkan kubu tumpuan mereka, memusnahkan jambatan dibelakang mereka, dan Schlemm bersiap untuk menghadapi penyeberangan sungai oleh pihak Bersekutu. Schlemm telah cedera dalam serangan udara keatas pos kawalannya di Haltern sebelas hari kemudian dan pada 20 Mac 1945, pemerintahan diserahkan kepada General der Infanterie Günther Blumentritt.

Sejurus sebelum Operasi Varsity, Tentera Darat 1 Para mempunyai tiga buah kor yang bertempat disepanjang sungai itu; Kor II Paracut ke arah utara, Kor LXXXVI di sebelah tengah, dan Kor LXIII di sebelah selatan.[2] Antara formasi ini, Kor II Paracut dan Kor LXXXVI berkongsi sempadan yang merentasi cadangan zon pendaratan bagi divisyen-divisyen hantaran udara Bersekutu, ini bermaksud formasi depan setiap kor akan berdepan dengan serangan airborne — ini adalah 7 Divisyen Para dan Divisyen Ke-84 Infantri.[3] Selepas pengunduran mereka ke Rhine kedua-dua divisyen semakin lemah dan hanya berjumlah 4,000 anggota setiap satu, dengan Divisyen Ke-84 Infantri dibantu oleh 50 pucuk meriam sederhana.[3]

Pada hari-hari terakhir peperangan, pemerintahan sekali lagi diserahkan kepada Student (10 April) dan akhirnya kepada Erich Straube.

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

  • Generaloberst Kurt Student, 1 Mac 1944 – 4 November 1944.
  • General der Fallschirmtruppe Alfred Schlemm, 4 November 1944 – 28 Mac 1945.
  • General der Infanterie Günther Blumentritt (Heer), 28 Mac 1945 – 10 April 1945.
  • Generaloberst Kurt Student, 10 April 1945 – 28 April 1945.
  • General der Infanterie Erich Straube (Heer), 28 April 1945 – 8 Mei 1945.

Sub unit[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ryan, Cornelius A Bridge Too Far. 1974. p. 49
  2. ^ Otway, Lieutenant-Colonel T.B.H (1990). The Second World War 1939-1945 Army - Airborne Forces. Imperial War Museum. ISBN 0-901627-57-7, p. 298
  3. ^ a b Otway, p. 299