Pergi ke kandungan

Tentera Darat Ke-16 (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
16. Armee
Tentera Darat Ke-16
Aktif22 Oktober 1939 – 8 Mei 1945
Negara Nazi Germany
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II

Tentera Darat Ke-16 (Jerman: 16. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Wehrmacht Jerman semasa Perang Dunia II.

Ia mengambil bahagian dalam Pertempuran Perancis. Ia kemudian dikerahkan bersama Kumpulan Tentera Darat Utara semasa Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union. Ia bertempur di utara Rusia pada Januari 1942 dimana sebahagiannya telah dikepung oleh pihak Soviet berhampiran Demyansk. Hitler melarang pengunduran dan ketumbukan itu telah di bekalkan semula melalui udara sehingga satu laluan darat dapat dibuka pada April 1942. Ia kemudiannya terlibat dalam Pengepungan Leningrad. Pihak Soviet membebaskan Leningrad pada Januari 1944.

Pada 19 February 1944, Barisan Ke-2 Baltik Soviet melancarkan beberapa serangan baru terhadap Tentera Darat Ke-16 Jerman disekitar Kholm. Tentera Darat Ke-22 Soviet membuat kemajuan yang baik dalam serangan awal. Serangan ini sangat mengesankan Tentera Darat Ke-16. Ketumbukan itu, bersama dengan Tentera Darat Ke-18 telah terpisah di Semenanjung Courland apabila pihak Soviet melancarkan penyerangan musim panas dan musim gugur pada 1944. Ia terperangkap disana dalam Kepungan Courland sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Courland sehingga tamat perang. Pada Mei 1945 saki baki ketumbukan itu, kini kekuatannya menurun ke paras kor, menyerah kalah kepada Tentera Merah dan dipaksa berarak ke pusat tahanan. Mereka yang terselamat dibenarkan pulang pada tahun 1955.

Senarai Panglima

[sunting | sunting sumber]
BilPanglimaGambarTempoh Pemerintahan
1Generalfeldmarschall Ernst Busch22 Oktober 1939 - 11 Oktober 1943
2General der Artillerie Christian Hansen11 Oktober 1943 - 1 Julai 1944
3General der Infanterie Paul Laux80px2 Juai 1944 - 30 Ogos 1944
4Generaloberst Carl Hilpert80px3 September 1944 - 10 Mac 1945
5General der Infanterie Ernst-Anton von Krosigk80px10 Mac 1945 - 16 Mac 1945
6General der Gebirgstruppe Friedrich-Jobst Volckamer von Kirchensittenbach80px17 Mac 1945 - 10 Mei 1945