Tentera Darat Pertama (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
1. Armee
Tentera Darat Pertama
Aktif 1939–45
Negara  Jerman Nazi
Cawangan Tentera Darat
Jenis Tentera darat medan
Perang/pertempuran Perang Dunia II


Tentera Darat Pertama (Bahasa Jerman: 1. Armee) adalah sebuah tentera darat medan dalam Perang Dunia II.

Sejarah kombat[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat 1 telah diaktifkan pada 26 Ogos 1939, dengan Jeneral Erwin von Witzleben sebagai Panglima. Misi utamanya ialah mengawal pertahanan barat Jerman daripada tentera Bersekutu disepanjang Garis Maginot, menjadikannya lawan utama semasa Penyerangan Saar Perancis yang singkat. Semasa pertempuran Perancis, tentera darat ini terlibat dalam pemecahan akhir garisan pertahanan itu. Selepas peletakkan senjata Perancis ia menghabiskan masa sehingga pertengahan tahun 1944 melindungi pantai Atlantik Perancis daripada serangan laut yang mungkin. Berikutan pencerobohan Normandy pada Jun 1944, tentera darat ini disusun semula di Lorraine selepas satu pengunduran tergesa-gesa bersama keseluruhan bala tentera Jerman di seluruh Perancis pada Ogos 1944. Semasa pertempuran disepanjang sempadan Jerman, Tentera Darat 1 cuba menghalang Tentera Darat Ketiga AS daripada menyeberangi Sungai Moselle dan menawan Metz sementara juga cuba mempertahankan Pergunungan Vosges utara daripada Tentera Darat Ketujuh AS.

Pada November 1944, kedua-dua garisan defensif telah pecah dan Tentera Darat 1 berundur ke sempadan Jerman dan mempertahankan Saarland Jerman, sebuah wilayah industri yang penting. Dengan Tentera Darat Ke-3 A.S. yang bergerak ke utara menentang Penyerangan Ardennes Jerman, Tentera Darat 1 menyerang Tentera Darat Ke-7 A.S. pada Hari Tahun Baru 1945 dalam Operasi Nordwind, menyebabkan pihak Amerika berundur dan menyebabkan korban besar dimana garisan defensif Tentera Darat Ke-7 A.S. yang memanjang jauh dengan bidang hadapan yang harus mereka lindungi. Dengan kegagalan Nordwind pada akhir Januari, Tentera Darat 1 adalah yang pertama ditolak kembali ke Garis Siegfried dan kemudian dipaksa berundur melepasi Sungai Rhine apabila pihak Sekutu menembusi perkubuan Jerman. Selepas itu, Tentera Darat Pertama membuat pengunduran ke Sungai Danube sebelum menyerahkalah berhampiran Alps pada 6 Mei 1945.

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

Ketua-Ketua Staf[sunting | sunting sumber]

Penugasan dan Penyerapan ke Unit Lebih Besar[sunting | sunting sumber]

Senarai tempur[sunting | sunting sumber]

Unit bawahan
1939
9 Sep Kor IX
Kor XXIV
Kor XII
1940
10 Mei Kor XII
Kor XXIV
Kor XXX
Kor XXXVII

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Tessin, Georg (1965). Die Landstreitkräfte 1–5 [Ground forces 1–5]. Die Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen SS im Zweiten Weltkrieg 1939—1945 (dalam bahasa German). Frankfurt/Main: E.S. Mittler. m/s. 1–4. 

Templat:Subject bar