Titisan salji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Titisan salji
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Amaryllidaceae
Subkeluarga: Amaryllidoideae
Genus: Galanthus
Spesies:
G. nivalis
Nama binomial
Galanthus nivalis
Julat G. nivalis     wujud, tetap
Sinonim[2]
  • Chianthemum nivale (L.) Kuntze
  • Galanthus alexandri Porcius
  • Galanthus imperati Bertol.
  • Galanthus melvillei Voss
  • Galanthus montanus Schur
  • Galanthus scharlokii (Casp.) Baker
  • Galanthus umbricus Dammann

Titisan salji atau titis salji adalah spesies tumbuhan berbunga paling terkenal dan tersebar luas dalam genus Galanthus yang terdiri dari 20 spesies. Nama saintifiknya Galanthus nivalis. Titisan salju ini antara bebawang terawal yang akan kembang pada musim bunga dan akan membentuk hamparan putih yang indah di kawasan di mana ia tempatan atau diserapkan. Ia tidak seharusnya dikelirukan dengan 'bunga emping salji' dalam genus Leucojum dan Acis.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama generiknya Galanthus, daripada Yunani gala (susu) dan anthos (bunga), telah diberikan oleh Carl Linnaeus pada genus itu pada 1735. Beliau memerikan Galanthus nivalis dalam Species Plantarum beliau yang diterbitkan pada 1753. Julukan nivalis pula bermaksud "daripada salji", merujuk sama ada pada bunganya yang bak salji ataupun perbungaan awal tumbuhan ini.[3]

Nama Inggerisnya "snowdrop" julung kali muncul dalam Great Herbal oleh John Gerard keluaran 1633 (dalam keluaran sulung (1597), beliau memerikannya sebagai "Timely flowring Bulbus violet"). Asal-usul namanya tidak jelas, sungguhpun ia boleh datang daripada kata Jerman Schneetropfen, iaitu sejenis anting-anting yang terkenal sekitar waktu itu.[4] Nama umum tradisional Britishnya termasuk February fairmaid, dingle-dangle, Candlemas bell, Mary's taper[5] dan, di sebahagian Yorkshire, snow piercer (semacam nama Perancisnya, perce-neige).[6]

Nama "titisan salji" atau "titis salji" pula terjemahan langsung bagi snowdrop. Di Indonesia, ia disebut tetesan salju[7] atau tetes salju. Ia selari dengan nama setempat Rusia подсне́жник: rodsnyezhnik[8] yang diberikan kerana pertumbuhannya di bawah timbunan salji (под снег rod sneg) yang mencair sejurus musim bunga.[9]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Galanthus nivalis ini banyak ditanam di kebun, lagi-lagi di utara Eropah, dan diserapkan dengan meluas di hutan jarang di kawasan di mana ia tumbuh. Ia macam mana pun, tempatan di kawasan yang besar di Eropah, dari Sepanyol di barat, lalu ke arah timur ke Ukraine. Ia tempatan di Albania, Armenia, Austria, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Georgia, Jerman, Hungary, Itali, Poland, Makedonia, Moldova, Montenegro, Perancis, Romania, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Turki, Ukraine dan Yunani. Ia telah disebarkan di Great Britain, Belgium, Belanda, Norway, Sweden, dan sebahagian Amerika Utara (Newfoundland, New Brunswick, Ontario, Massachusetts, Alabama, Pulau Rhode, Connecticut, Delaware, Indiana, Washington, New York, Michigan, Utah, New Jersey, Ohio, Pennsylvania, Maryland, Virginia dan Carolina Utara).[10][11]

Bunga titisan salji yang diserapkan di Wissahickon Valley Park pada awal Mac.

Sungguhpun sering disebut sebagai bunga liar tempatan British, atau telah dibawa ke kepulauan British oleh orang Rom, ia kini dikatakan yang ia mungkin telah diperkenalkan lebih terkemudian, agaknya sekitar awal abad keenam belas.[12]

Bunga titisan salji biasa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Crook, V.; Davis, A.P. (2011). "Galanthus nivalis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T162168A5551773. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T162168A5551773.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ The Plant List
  3. ^ Bishop, Davis & Grimshaw (2002), m/s. 10, 18 (Introduction)
  4. ^ Bishop, Davis & Grimshaw (2002), m/s. ix (Introduction)
  5. ^ Mabey (1996), m/s. 421
  6. ^ Mabey (1996), m/s. 425
  7. ^ Allen Kuslovic (2020). Mikrobiota dalam kesehatan manusia (dalam bahasa Indonesia). Diterjemahkan oleh Budi Hidayat. Cambridge Stanford Books.
  8. ^ Andrey Taranov (2022). Малайский разговорник и тематический словарь 3000 слов [Kamus tematik dan buku ungkapan Melayu 3000 kata] (dalam bahasa Rusia). Letters. m/s. 180. ISBN 5041847177.
  9. ^ Rostovtsev, S. I. (Ростовцев С. И.) (1898) "Подснежник, растение". Энциклопедический словарь Брокгауза и Ефрона [Kamus Ensiklopedia Borckhaus dan Efron]. (dalam bahasa Rusia) XXIV. "Подснежник — название весьма разнообразных растений, вообще тех, которые цветут раннею весной, тотчас после стаивания снега."
  10. ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families, Galanthus nivalis
  11. ^ Biota of North America Program
  12. ^ Bishop, Davis & Grimshaw (2002), m/s. 17

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Davis, Aaron P.; Royal Botanic Gardens, Kew (1999). The genus Galanthus. A Botanical magazine monograph. Timber Press. ISBN 978-0-88192-431-2.
  • Gvaladze, G. E. (1983). "Ultrastructural study of Embryo Sac of Galanthus nivalis L.". In Erdelská, O.. VII. International Cytoembryological Symposium, High Tatra (Račkova dolina), June 14–17, 1982. Bratislava: Centre of Biological and Ecological Sciences, Institute of Experimental Biology and Ecology, Slovak Academy of Sciences. OCLC 15866997.
  • Gvaladze, G. E., Akhalkatsi MSh, Ultrastructure of autumn and spring Embryo Sac of Galanthus nivalis L. in Annales Scientifiques de l'Universite de Reims Champagne-Ardenne et de l'A.R.E.R.S., 1988, Numero 23
  • Plaitakis, A.; Duvoisin, R. C. (March 1983). "Homer's moly identified as Galanthus nivalis L.: physiologic antidote to stramonium poisoning". Clinical Neuropharmacology. 6 (1): 1–5. doi:10.1097/00002826-198303000-00001. PMID 6342763. S2CID 19839512.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]