Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Permaisuri Agong
Img queen9 2.gif
Tuanku Siti Bainun binti Mohd. Ali
Raja Permaisuri Agong ke- 9
Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
Negeri Perak
Kelahiran (1932-11-07) 7 November 1932 (umur 84)
Pulau Pinang
Kemangkatan
Mula jawatan 26 April 1989
Tamat jawatan 25 April 1994
Penyandang terdahulu Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Penyandang kemudian Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin

Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali (dilahirkan pada (1932-11-07) 7 November 1932 (umur 84) di Pulau Pinang) dan merupakan Raja Permaisuri Agong ke-9 serta Raja Permaisuri Perak ke-34. Tuanku Siti Bainun merupakan puteri kepada ayahanda dan ibunda yang bernama Mohd Ali bin Man dan Che Putih, serta mempunyai adik-beradik 7 orang.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tuanku Bainun menerima pendidikan sekolah menengah di Sekolah St. George’s, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, United Kingdom dari tahun 1952 hingga 1954.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Tuanku Bainun mendirikan rumah tangga dengan Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Yusuff Izzudin Shah pada 1955 yang pada ketika itu merupakan seorang Majistret di Kuala Lumpur. Tuanku Bainun kemudiannya meneruskan kerjayanya sebagai guru, kembali mengajar di sekolahnya terdahuluTuanku Bainun dikurniakan lima cahaya mata yg comel dua Putera dan tiga Puteri dan rakyat yang setia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tuanku Bainun menjadi guru selama 22 tahun dan mengajar dibeberapa sekolah di Kuala Lumpur, Seremban (Negeri Sembilan), Raub (Pahang), Taiping (Perak) dan Kuantan (Pahang).

Sebagai menghargai sumbangan baginda kepada masyarakat dan bidang pendidikan, Seri Paduka Baginda telah mendapat penghormatan dan dianugerahkan "A Fellow of Liverpool John Moores University".


Raja Permaisuri Perak[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Februari 1988, Tuanku Bainun dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dan kemudiannya dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong pada 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun. Baginda merupakan rakyat jelata yang pertama dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong.


Minat[sunting | sunting sumber]

Semasa di bangku sekolah dan semasa menuntut di Kirkby, Seri Paduka Baginda bermain hoki. Kini baginda bermain golf dan turut mengambil bahagian secara aktif dalam Pertandingan Golf Wanita. Baginda sangat gemar akan bunga dan telah mendapat penghormatan apabila tiga jenis bunga orkid dinamakan sempena baginda: (i) Chiritiera (Chtra) Permaisuri Bainun, (ii) Dendrobium (Den) Tuanku Bainun dan (iii) Renantanda (Rntda) Tuanku Bainun.


Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Sebagai Penaung kepada beberapa organisasi dan persatuan amal di Perak, iaitu: Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri, Persatuan Hoki Wanita Perak dan PERKIM, Seri Paduka Baginda sentiasa menitikberatkan kebajikan mereka.

Raja Permaisuri[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara Negeri Perak telah mengurniakan gelaran Raja Permaisuri kepada Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali dengan bergelar Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali oleh Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga anakanda sulung baginda berikutan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Al-Ghafarullahu-lah pada 28 Mei 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pejabat DYMM Sultan Perak

Didahului oleh
Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Raja Permaisuri Agong
1989-1994
Diikuti oleh:
Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Didahului oleh
Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah (Raja Perempuan Perak)
Raja Permaisuri Perak
1984-2014
Diikuti oleh:
Tuanku Zara Salim Davidson