Dewan Negara Negeri Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dewan Negara Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Negara ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam sistem hierarki. Dewan Negara ini tiada perkaitan dengan dewan perwakilan rakyat yang merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen bagi negara Malaysia.

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Anggota ahli Dewan Negara Negeri Perak.

  • Ahli-ahli rasmi:
    • Bakal-bakal Sultan
    • Seorang wakil Raja-raja Bergelar
    • Menteri Besar
    • Orang Besar Empat
    • Orang Besar Delapan
    • Mufti
  • Ahli-ahli tidak rasmi:
    • Orang tua (11 orang)
    • Bukan Melayu (seorang)

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.

Persidangan[sunting | sunting sumber]

Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.

Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pejabat DYMM Sultan Perak