Stesen LRT Sri Rampai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sri Rampai Rapid KL
سري رامڤاي
Sri Rampai LRT Station.jpg
LokasiStesen Sri Rampai, Jalan 1/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°11′56″N 101°44′13″E / 3.19889°N 101.73694°E / 3.19889; 101.73694
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan 5  Laluan Kelana Jaya
Platform2
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T221, T222, 251, T251
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ4 
Sejarah
Dibuka24 Disember 2010
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen LRT Sri Rampai ialah stesen LRT yang terletak di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Sri Rampai berdekatan, stesen ini dibuka pada 24 Disember 2010, lebih sedekad selepas pembukaan  5  Laluan Kelana Jaya.[1]

Stesen ini merupakan satu-satunya stesen LRT Aliran Kelana Jaya yang terletak di aras tanah. Semua stesen LRT laluan ini yang lain berada di aras tinggi ataupun bawah tanah. Hal ini disebabkan geografi kawasan sekitar yang berbukit.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan stesen ini bermula bersama seluruh alirannya pada tahun 1996, tetapi dihentikan pada tahun 1997 akibat kekurangan penduduk di kawasan sekitar serta pembatalan sebuah projek perumahan yang berdekatan.[1]

Pada 25 Ogos 2006, landasan dalam stesen ini dilanda banjir kilat, sehingga mengakibatkan perkhidmatan tergendala selama berjam-jam sepanjang seluruh Aliran Kelana Jaya. Akibat banjir ini, terdapat kesesakan penumpang yang melampau di antara Stesen LRT KLCC dan KL Sentral. Perkhidmatan dipulihkan beransur-ansur menjelang 8:30 malam GMT +8.[2]

Pembinaan semula bermula pada September 2008. Pada 24 Disember 2010, stesen Sri Rampai dibuka kepada awam.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 1/27A, dimana Taman Sri Rampai terletak di sebelah barat laut. Terletak berhampiran stesen ini adalah pangsapuri mewah Desa Putri, pangsapuri mewah The Hamilton, pangsapuri mewah Wangsa 9 Residency, Masjid Usamah bin Zaid, Apartment Alpha Villa, SK Taman Seri Rampai, dan pusat membeli-belah Wangsa Walk Mall.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access
LG
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
KJ Arah Selatan  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights(Setiawangsa)
KJ Arah Utara  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Wangsa Maju)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen atas tanah dua tingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T221, T222, 251 dan T251 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Sri Rampai LRT station opens today". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 24 Dis 2010. Diarkibkan daripada asal pada 1 Mei 2018. Dicapai 1 Mei 2019. 
  2. ^ Dharmender Singh (2006-08-26). "LRT services disrupted by flooding at new station". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2007-05-17. 
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 28 Mei 2019.