Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain)/Arkib/2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipedia 10[sunting sumber]

Wikipedia akan menyambut ulang tahun ke-10 pada Januari 15, 2010. Adakah komuniti WP ms berminat untuk mengadakan meet-up sempana sambutan ini? --Diagramma Della Verita (bincang) 16:36, 6 Disember 2010 (UTC)[balas]

Setuju. Baik juga kiranya kalau komuniti Wikipedia bahasa Melayu mengadakan meetup, tidak mesti bulan Januari. Tapi saya belum tentu dapat menghadiri :) Gombang (bincang) 10:01, 11 Disember 2010 (UTC)[balas]
Saya okay sahaja. Setakat ini, Yosri dan saya masih menetap di Terengganu dan tinggal tidak berjauhan (walaupun saya dan beliau tidak pernah berjumpa). Zamwan (bincang) 10:15, 11 Disember 2010 (UTC)[balas]
Satu cadangan yang baik. Lagipun kita sudah boleh merayakan kejayaan kita melepasi angka 100,000 rencana. Cuma kita kena tetapkan satu tarikh dan tempat yang paling sesuai untuk mengadakan pertemuan ini. - Hezery99 (bincang) 14:48, 9 Januari 2011 (UTC)[balas]
Saya menyokong cadangan Hezery untuk meraikan ulang tahun wikipedia ke-10.--Aplikasi (bincang) 10:32, 10 Januari 2011 (UTC)[balas]

Twitter Wikipedia bahasa Melayu[sunting sumber]

Saya telah ciptakan akaun twitter untuk Wikipedia bahasa Melayu dengan nama akaun mswikipedia (mswiki telah diguna orang). Saya akan cuba buat bot untuk kemas kini status Wikipedia ini dari masa ke semasa. Sementara itu, diharap para pengguna yang memiliki akaun twitter boleh mengikuti twit daripada mswikipedia. URL: http://twitter.com/#!/mswikipedia --Kurnia [ bual ] 14:01, 25 Disember 2010 (UTC)[balas]

Terima kasih atas usaha saudara! Idea yang bagus! عبد الله Pesanan? 23:38, 4 Januari 2011 (UTC)[balas]

Boleh tak utamakan kualiti WBM daripada kuantiti WBM...serta pandai dalam semua segi?[sunting sumber]

WBM dah pun capai lebih 100,000. Tapi saya bangga campur kecewa... kalaulah orang melayu nak sangat maju. Cubalah jadi sebijak orang putih, arab, yahudi...

maksud saya pandai dalam semua segi...pandai luaran serta pandai dalaman...kita melayu kenalah maju supaya kita dipandang tinggi dari mata bangsa lain...

contoh yg boleh saya berikan ialah banyak rencana kita kurang berkualiti, terlalu pendek, kurang sangat kategori, serta kurang rujukan...

semua 320 pengguna aktif buat apa? yang mereka buat hanya tambah rencana...bukan setiapnya buat rencana tu panjang dan berkualiti...sebab tulah laman utama tu asyik kitar rencana pilihan je...

kedalaman WBM perlu lebih dalam....maksimum kedalaman WBM yang perlu kita ada ialah 300 ke atas, bukan 9... seperti yang saya tengok dalam Senarai Wikipedia...

betul atau tidak, saya percaya kita melayu, malaysia dan WBM boleh maju lebih kedepan dari semua segi,
-ada google news dalam BM
-ada banyak wikia versi BM
-ada jenama laman web melayu ala2 facebook
-ada banyak website kualiti tinggi BM
-pandai macam orang putih, arab, yahudi
-dan dalam semua segi

bangunlah wahai melayu, malaysia, dan WBM....

sekian...

Triox78 (bincang) 11:54, 12 Januari 2011 (UTC)[balas]


Tak semua macam itu. Saya kalau buat rencana saya cuba tulis panjang-panjang. Tapi saya rasa tak semua mampu buat macam tu sebab

  • Kurang masa
  • Kurang penyumbang. Misalnya Wiki BI ada penyumbang hampir satu dunia. Wiki B Indonesia pun boleh tahan juga ramainya.
  • Kurang bahan rujukan terutamanya dalam bahasa Melayu itu sendiri, sumber Internet pun tak berapa banyak
  • Kalau ada rencana bahasa Inggeris pun, perlu ambil masa nak terjemah. Nak sedapkan ayat katanya.
  • Kurangkan risiko plagiat. Tak boleh main salin dan tampal saja, tapi entahlah orang Melayu ni berkira atau tak fasal plagiat-plagiat ni.
  • dan mungkin ada lagi sebab-musabab lain.

Saya dah cuba setakat yang saya mampu. Itupun dalam tahun ni saja saya buat lebih kurang sepuluh rencana saja (sikit kan?), atas sebab kekangan masa (saya ada kelas, dll.). Yang lain pun saya buat suntingan kecil saja.

Mengenai bilangan rencana, itu terpulang kepada individu. Saya rasa salah satu percubaan untuk menaikkan nama Wiki BM, bagi saya. Apa-apapun saya berlapang dada menerima hujah.

عبد الله Pesanan? 13:20, 12 Januari 2011 (UTC)[balas]

Wikipedia adalah bebas bagi mereka yang hendak mengembangkan kuantiti atau kualiti atau kedua-duanya. Oleh itu marilah kira beramai-ramai menyumbang supaya meningkat kualiti. Sikap NATO - No Action Talk Only hendaklah dielakkan. Yosri (bincang) 13:32, 12 Januari 2011 (UTC)[balas]

Betul tu. Saya lihat pengguna Triox78 hanya sekadar pandai cakap sahaja. Kalau macam tu, kenapa anda tidak buat sahaja rencana baru banyak-banyak dan rajin aktif mencipta rencana. Fikirlah. Jangan sekadar cakap kosong sahaja. Faham ?--Aplikasi (bincang) 07:42, 13 Januari 2011 (UTC)[balas]

Baiklah, faham... Triox78 (bincang) 08:27, 13 Januari 2011 (UTC)[balas]

Minta tolong birukan laman utama[sunting sumber]

Saya baru saja kemaskini {{Peristiwa Terkini}}, dan banyak pautan merah padanya. Maka, saya minta bantuan saudara/i sekalian membirukan templat tersebut, dan juga pada bahagian "Peristiwa hari ini". Saudara Fanatix telah membantu, diharap yang lain turut serta ya. :) –Kurnia [ bual ] 08:29, 13 Januari 2011 (UTC)[balas]

Kalau boleh jangan letakkan begitu banyak pautan merah sekaligus. Tidak berapa manis dipandang. ...Aurora... (b) 09:14, 13 Januari 2011 (UTC)[balas]

Untuk artikel Wikipedia Malaysia ke-100.000 dan suntingan ke-1.500.000. :) Bennylin (bincang) 15:04, 25 Januari 2011 (UTC)[balas]

Kalau ada butang "Like" dah lama saya tekan tau! Eh, sama-sama kita merasa kejayaan ni juga! :) عبد الله Pesanan? 23:49, 25 Januari 2011 (UTC)[balas]
Di id.wp saya dah buat id:Templat:Fb-like. Silakan dicuba. Bennylin (bincang) 12:06, 2 Mac 2011 (UTC)[balas]
Saya sudah siapkan templat itu di wikipedia ini.Aplikasi (bincang) 04:40, 15 April 2011 (UTC)[balas]

Ada sesuatu yang tak kena...[sunting sumber]

minta maaf kerana cakap perkara ini.... saya rasa pengguna semangat dan aplikasi ini orang yang sama dengan pengguna md.farhan...

Sebab apa saya cakap perkara ini....kerana dia (dua pengguna ni) cakap perkara yang sama kepada saya. Contohnya dia asyik cakap saya banyak cakap tanpa menyumbang....

satu lagi, dia asyik menambah dan menyumbang rencana tentang komun perancis secara bilangan yang begitu banyak...rencana tentang perkara ni je yg dia tekankan seperti dalam akaun lamanya...

cuba tengok sumbangan saya dan aplikasi dalam revisi kedai kopi lepas2...memang saya syak orang sama...kerana aplikasi tinggal di johor....begitu juga md.farhan tinggal di johor....

tolong cek alamat IPnya kalau tak percaya...saya rasa begitu hairan mengapa dia membuat akaun tambahan sedangkan dia tak buat apa2 salah pun dalam akaun asalnya...

saya cakap perkara ini kerana saya risau perkara sebegini akan jadi tak terkawal....ini kerana pengguna lain boleh terikut-ikut gejala haram ini....juga kerana dia ini semakin melampau...

kalau dia (aplikasi) ni nampak apa yang saya tulis sekarang, kemudian dia padam dan sekatkan saya...saya tak kisah, saya cuma nak menyatakan apa yang benar...

Triox78 (bincang) 10:20, 2 Februari 2011 (UTC)[balas]

Perkara ini bukan rahsia, orang lama memang dah tahu. Tapi kita tak ada peraturan melarang terus akaun berganda. Yang ada cuma Wikipedia:Pengguna boneka. ...Aurora... (b) 14:09, 4 Februari 2011 (UTC)[balas]

Pengguna:Asklinux[sunting sumber]

Pengguna ini telah melakukan vandalisme di laman Pengguna:Aurora. Saya minta mana-mana penyelia sekat pengguna ini secepat mungkin. عبد الله Pesanan? 13:12, 6 Februari 2011 (UTC)[balas]

Saya pun kena juga bila saya batalkan suntingan beliau. Hm, macam mana pun saya dah tahu siapa dia. عبد الله Pesanan? 13:28, 6 Februari 2011 (UTC)[balas]

Wikipedia Jawi[sunting sumber]

[1]. laman ini dikenali sebagai Incubator Bahasa Yawi atau dikenali sebagai Wikipedia tulisan Jawi. Penduduk selatan Thai menggunakan gelaran Bahasa Yawi. Harap ini boleh dijadikan Wikipedia Bahasa Melayu tulisan Jawi.Aplikasi (bincang) 10:17, 12 Februari 2011 (UTC)[balas]

Bahasa Yawi adalah sejenis bahasa/dialek, bukan tulisan. ...Aurora... (b) 03:32, 13 Februari 2011 (UTC)[balas]
Apa ada perbedaan bahasa Yawi dan Jawi? di tempat saya (Aceh) banyak orang bisa cakap bahasa Jawi, tapi saya tidak bisa. Salam. --Fadli Idris (bincang) 18:15, 14 Februari 2011 (UTC)[balas]
Bahasa Yawi adalah sejenis dialek Bahasa Melayu, hampir dengan Bahasa Melayu Kelantan. Bagaimanapun, mereka menulis menggunakan Tulisan Jawi. ...Aurora... (b) 02:40, 16 Februari 2011 (UTC)[balas]

Rencana bertambah, kedalaman (depth) bertambah pula[sunting sumber]

Hello, rekan-rekan komuniti WBM!

Saya ada satu rancangan yang dapat menambah rancangan dan sekalian menambah dalam depth. Rancangan tersebut ialah dengan cara melakukan penyuntingan setidaknya sekali di setiap 1 rencana baru, syukur bila bisa 2 atau 3 kali pada 1 rencana baru. Hal ini memang kurang berjaya bagi pengguna, tetapi dengan rancangan ini kita bisa membantu mendalamkan depth sekaligus menambah rencana baru.

Mohon maaf bila Bahasa Melayu saya kurang berkesan. Salam. Wagino 20100516 (bincang) 10:01, 28 Februari 2011 (UTC)[balas]

Terima kasih Wagino 20100516 kerana sudi menyumbang di WBM ini. Terima kasih juga atas sumbangan saudara. --Jufert (bincang) 10:18, 28 Februari 2011 (UTC)[balas]

Sama-sama, saya merasa senang sangat di WBM karena disambut dengan ramah oleh komuniti disini. Wagino 20100516 (bincang) 10:25, 28 Februari 2011 (UTC)[balas]
Wah, cadangan yang bagus. Anda berani bersuara dalam hal ini! Saya sokong anda! عبد الله Pesanan? 12:03, 28 Februari 2011 (UTC)[balas]
Terima kasih, sokongan Anda sangat berarti bagi saya. Wagino 20100516 (bincang) 04:19, 1 Mac 2011 (UTC)[balas]

print out[sunting sumber]

salam, saya mahu tanya ni..macam mana mau print out maklumat yang ada d wikipedia ni?? --Kiela

Cara termudah ialah dengan menekan Ctrl+P sekiranya anda menggunakan Windows. Untuk huraian lanjut, anda boleh baca Help:Printable. ...Aurora... (b) 23:58, 15 Mac 2011 (UTC)[balas]

Perkembangan bencana alam di Jepun[sunting sumber]

Rencana Gempa bumi dan tsunami Sendai 2011 amat memerlukan perhatian penyunting sekarang. Bantuan diperlukan untuk mengemaskini maklumat, khususnya menterjemah dari bahasa Inggeris. Kerana peristiwa sedahsyat ini akan menyaksikan jumlah mangsa dan kerosakan meningkat hari demi hari, mungkin mengambil masa dua bulan untuk keadaan reda. Saya telah mencipta tiga templat baru untuk memudahkan pengemaskinian jumlah mangsa:

Versi bahasa Inggeris dalam pautan yang disediakan boleh dirujuk untuk pengemaskinian. Isi rencana bahasa Inggeris dan Jepun (untuk sesiapa yang fasih) boleh dirujuk dan diterjemah ke rencana BM tentang peristiwa ini. Akhir kata, sedekahkan doa kepada mangsa-mangsa bencana alam di Jepun dan semoga rakyat Jepun dapat bangkit dari musibah ini. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (bincang) 11:42, 16 Mac 2011 (UTC)[balas]

Saya rasa berikutan penukaran tajuk WBI kepada 2011 Tōhoku earthquake and tsunami maka eloklah rencana WBM juga ditukarkan sewajarnya. — 110.159.232.144 12:09, 20 Mac 2011 (UTC)[balas]
Boleh juga. Akan saya tukarkan sekiranya tiada bantahan. ...Aurora... (b) 01:46, 21 Mac 2011 (UTC)[balas]

Default = Lalai?[sunting sumber]

Mengikut kamus-kamus DBP, istilah "default" diterjemahkan sebagai "lalai". Hmm...janggal sekali bunyinya. Seolah-olah ia menyelar pengguna kerana dia hendak kembalikan tetapan kepada waktu dia mula pasang komputer, atau tidak sesekali mengubahsuai tetapan perisian. Kerana inilah (antara lain), ada pihak yang berasa kurang yakin dengan kemampuan istilah BM mengungkapkan ilmu IT. Siapalah yang sanggup pasang LIP Bahasa Melayu dalam Windows? Banyak pihak lain yang syorkan terjemahan lain untuk "default". Ada yang kata "tersedia", "tentu awal", "asali", "berian asal"...ataupun biarkan "default" sahaja. Saya cadangkan "sediakala" pula (spt. pulih seperti sediakala), dan beginilah yang saya buat dalam Translatewiki.net baru-baru ni ketika nak menterjemah antara muka Wikia. Apakah pandangan anda? – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 13:56, 23 April 2011 (UTC)[balas]

Sedia atau sedia ada atau dah ada. Tetapi kita bukan pencipta istilah, tetapi mengikut DBP. PLANE BI ada banyak makna (satah, kapal terbang, pengetam kayu, alam/dimensi), tetapi ramai yang boleh menyakini diri mereka bahawa BI bahasa IT. Apa lagi MOUSE. Kalau tak hendak seribu dalih. Yosri (bincang) 21:55, 23 April 2011 (UTC)[balas]
Janggal kerana tidak biasa dengar. 5 tahun dahulu ia juga janggal bagi saya, sekarang tidak lagi. Pandangan saya dari dahulu lagi ialah, jika ada istilah rasmi gunakan sahaja, bukan tugas kita mencipta istilah. Jika kurang setuju boleh syorkan kepada DBP, kadang2 mereka terima juga. ...Aurora... (b) 14:03, 24 April 2011 (UTC)[balas]
Perkataan lalai ini sudah lama digunakan. Mungkin anda rasa janggal kerana anda baru saja melihat ia digunakan. Lama-kelamaan, jika anda sudah biasa, maka ia tidak akan janggal lagi. :) --Kurnia [ bual ] 20:08, 24 April 2011 (UTC)[balas]
Saya memang dah lama tahu tapi tetap janggal juga. Masalahnya, adakah istilah "lalai" menyampaikan erti sebenar default? Adakah sesiapa yang baru kenal istilah komputer asas dalam BM boleh cepat menerimanya atau mengertinya (khususnya yang tidak fasih BI)? (Default memang istilah asas pun.) Tapi mengikut Kamus Istilah MABBIM (di tapak web http://prpm.dbp.gov.my), pihak Brunei memberikan "tersedia" untuk erti "default"; yang ini lebih tepat tapi hanya sesuai sebagai kata sifat. Default sebagai kata nama, "tetapan tersedia" bolehlah. Tapi waktu saya terjemahkan Wikia, saya dapati istilah yang sesuai untuk default boleh berubah mengikut konteks atau situasi, misalnya default browser menjadi "pelayar utama".
Lalai itu kerana ia paling sesuai untuk terjemahan lain seperti payment default dll. Yosri (bincang) 15:05, 25 April 2011 (UTC)[balas]
Kita kena berhati-hati sikit dengan istilah berian DBP, akhir-akhir ni reputasi DBP kurang bagus, ia dibidas kononnya kerana suka hati tukar ejaan, tatabahasa, istilah dsb. Untuk yang tak faham, cuba cari "Gerakan Darurat Bahasa" dalam Google. :( – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 14:58, 25 April 2011 (UTC)[balas]

Perkataan "default" ni sebenarnya ada 2 maksud:-

  • "ingkar" atau "lalai", misalnya default debtor = penghutang ingkar
  • "utama", misalnya default setting = penetapan utama

Disebabkan terdapat dua khilaf inilah maksud yang diberikan oleh DBP tu cuma 50% tepat, sebab ada dua maksud. - Hezery99 (bincang) 17:56, 25 April 2011 (UTC)[balas]

Seperti yg saya kata sebelum ini, kalau dah ada dalam kamus, gunakan sahaja. Jika anda lebih setuju dengan istilah Brunei "tersedia", saya tidak membantah memandangkan kamus istilah MABBIM diiktiraf DBP. Tapi kalau anda seorang guna "tersedia" dan orang lain semua guna "lalai" (dah lama digunakan di Wikipedia/Wikimedia) kan pelik? Ini bercakap mengenai konteks komputer/IT, kalau konteks lain default boleh ada makna lain. ...Aurora... (b) 02:19, 26 April 2011 (UTC)[balas]
P/s: Brunei juga ada guna istilah "lalai" (default value = nilai lalai).

Saya setuju dengan penggunaan istilah sediakala atau tetapan awal, sekiranya terlalu janggal, gunakan default sahaja. Terjemahan tidak semestinya mesti mengikut kamus kerana penggunaan perkataan tersebut mungkin tidak dapat disesuaikan dengan masyarakat umum. Sebagai contoh, WP menggunakan istilah pautan luar walaupun DBP menetapkannya sebagai laman sesawang. Pada pandangan saya, bahasa merupakan sesuatu yang kolektif dan berubah mengikut peredaran masa. Masayrakat yang menetapkan kepenggunaan sesuatu bahasa bukannya badan-badan tertentu. Kebanyakan daripada istilah yang digunakan dalam WP MS tidak terdapat dalam kamus kerana DBP gagal memainkan peranannya dalam melakukan penterjamahan istilah tertentu terutamanya dalam ICT dan memaklumkan istilah yang betul kepada masayarakat. WP merupakan usaha kolektif masyarakat dan penggunaan sebarang istilah seharusanya berdasarkan pandangan kolektif.

Sememangnya isu ini tidak terhad kepada perkataan default atau external link sahaja. Wikimedia sister projects diterjemahkan sebagai Projek-projek berkembar Wikimedia dan bukannya Projek-projek persaudaraan Wikimedia. Penterjemahan sesuatu istilah haruslah konsisten supaya tidak mengelirukan pengguna. --Diagramma Della Verita (bincang) 14:37, 28 April 2011 (UTC)[balas]

Diagramma Della Verita, agak lain contoh yg anda berikan itu. Istilah external link dan sister project tiada di kamus PRPM DBP, sedangkan default ada. ...Aurora... (b) 14:49, 28 April 2011 (UTC)[balas]

Multilingual Challenge[sunting sumber]

Mengumumkan Cabaran Berbilang Bahasa Derby

Ini merupakan kerjasama Wikipedia berbilang bahasa pertama. Semua anggota Wikipedia boleh mengambil bahagian, dalam mana-mana bahasa Wikipedia. Cabaran ini berlangsung dari 1 Mei sehingga 3 September 2011.
Daftar sekarang!
"Wikipedia sangat gembira melibat Derby Museums menggalakkan penciptaan rencana dalam bahasa selain Inggeris." (Jimmy Wales, 14 January 2011)

Announcing the Derby Multilingual Challenge

This is the first multilingual Wikipedia collaboration. All Wikipedians can take part, in any Wikipedia language. The challenge runs from 1 May until 3 September 2011.
Sign up now!
" Wikipedia is particularly pleased to see that Derby Museums are encouraging the creation of articles in languages other than English." (Jimmy Wales, 14 January 2011)

Andrew Dalby (bincang) 13:20, 2 Mei 2011 (UTC)[balas]

Diterjemah ...Aurora... (b).

Baru-baru saya telah melihat ada sesetengah pihak yang cuba melontarkan kata-kata kesat pada penyelia dan admin di Wikipedia, lebih-lebih lagi apabila rencana atau penyata yang sesuatu pihak itu cuba untuk dibalikkan atau dihapuskan oleh penyelia. Bagi pandangan saya penyelia memang bertanggungjawab dan seharusnya bertindak menghindari sebarang gejala vandalisme dan perbuatan yang melanggari etika penulisan di Wikipedia. Namun bagaimanapun saya berasa amat simpati kerana saya sendiri penyelia di Wiki ini. Saya harapkan agar para penyelia dapat terus bersabar dan melipat gandakan usaha murni ini kerana dengan cara ini kita akan dapat menjadikan Wikipedia sebagai gedung ilmu yang mempunyai sumber rujukan dan bukti mengapa sesuatu penyataan dalam wiki ini dicipta. Kepada penyunting teruskan usaha memberikan suntingan yang bermutu, sentiasalah berfikiran positif dan sentiasalah membetuli fakta-fakta yang diberikan dengan sebenar yang mungkin, elakkan lah vandalisme, tohmahan dan pencarutan dalam gedung ini. Ingatlah memfitnah lebih buruk dari membunuh.--Smim90 (bincang) 03:24, 11 Jun 2011 (UTC)[balas]

Sebenarnya sesuatu perkataan itu hanya mengganggu kita jika kita benarkan perkataan itu mengganggu kita. Oleh itu selagi anda mematuhi semangat asal Wikipedia, abaikan sahaja perkataan-perkataan sumbang sebegitu. Yosri (bincang) 11:49, 11 Jun 2011 (UTC)[balas]

Call for image filter referendum[sunting sumber]

The Wikimedia Foundation, at the direction of the Board of Trustees, will be holding a vote to determine whether members of the community support the creation and usage of an opt-in personal image filter, which would allow readers to voluntarily screen particular types of images strictly for their own account.

Further details and educational materials will be available shortly. The referendum is scheduled for 12-27 August, 2011, and will be conducted on servers hosted by a neutral third party. Referendum details, officials, voting requirements, and supporting materials will be posted at Meta:Image filter referendum shortly.

Sorry for delivering you a message in English. Please help translate the pages on the referendum on Meta and join the translators mailing list.

For the coordinating committee,
Philippe (WMF)
Cbrown1023
Risker
Mardetanha
PeterSymonds
Robert Harris

maaf ingin bertanya[sunting sumber]

saya baru dalam laman ini dan tak berapa faham...

saya ade buat blog boleh kan saya ambil rencana disini utk blog saya

Boleh, sila lihat laman perbicangan anda untuk maklumat lanjut, dasar dan cara meyunting di Wikipedia. Anda boleh memasukkan apa-apa sahaja rencana yang anda ketemukan dari Wikipedia ke dalam blog anda, dengan memulakan perkataan tulisan anda di blog Dari Wikipedia bahasa Melayu atau menyatakan sumber rencana di blog anda datang dari Wikipedia bahasa Melayu. Saya nasihati anda pertimbangkan setiap satu rencana sebelum di muat naik dalam blog anda kerana, rencana yang terdapat disini mungkin baru sahaja dimanipulasi dan diubah oleh orang tak bertanggungjawab dengan fakta tak bernas walaupun segala usaha memperbaiki rencana telah diambil. Sila lihat Wikipedia:Penafian umum.
Terima kasih--Smim90 (bincang) 05:23, 7 Julai 2011 (UTC)[balas]
Lihat juga http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/deed.ms Yosri (bincang) 09:27, 7 Julai 2011 (UTC)[balas]

Konflik tajuk[sunting sumber]

Saya hendak meminta pertolongan untuk pindah Stesen MRT Sungei Road ke Stesen MRT Jalan Besar. Saya tak dapat memindahnya kerana selepas saya pindah Stesen MRT Jalan Besar (nama stesen DT23 dahulu/sementara) ke Stesen MRT Bendemeer (nama stesen DT23 terakhir/disahkan), sebuah lencongan dicipta di Stesen MRT Jalan Besar dan saya tiada kebenaran untuk memadam laman lencongan tersebut, oleh itu, saya tidak dapat memindah rencana Stesen MRT Sungei Road (nama stesen DT22 dahulu/sementara) ke Stesen MRT Jalan Besar (nama stesen DT22 terakhir/disahkan).

Rujukkan: Downtown Line 3 Station Names Finalised Land Transport Authority

Pizza1016 (bincang) 00:45, 20 Ogos 2011 (UTC)[balas]

Telah dipindah oleh Yosri. Terima Kasih Pizza1016 (bincang) 12:53, 20 Ogos 2011 (UTC)[balas]

Pemakanan[sunting sumber]

Tajuk ini dicadangkan kerana setiap individu pasti akan makan dan pemakanan akan membincangkan tentang jenis makanan, makanan yang baik, makanan yang bahaya, makanan untuk kesihatan yang membolehkan manusia hidup lama Dan sihat.

Jenis-jenis makanan yang halal, haram Dan makruh dimakan

Makanan yang memudaratkan. Perbincangan ini Akan meliputi proses pencernaan, jenis-jenis enzim, kesan makanan kepada kesihatan Dan penyakit. Zat, vitamin, mineral Dan bahan lain yang terdapat dalam makanan.

Bagaimana makanan boleh menyebabkan penyakit dan bagaimana makanan boleh menyembuhkan penyakit

Jika tajuk ini sesuai maka saya perlukan sedikit panduan untuk proses seterusnya. Saya rasa tajuk ini agak penting kerana "penyakit bermula dari apa yang kita makan" – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh MohamedMustafa (bs).

Sila klik pemakanan dan mula menulis. ...Aurora... (b) 07:38, 27 Ogos 2011 (UTC)[balas]
Pada asasnya anda perlu menulis dengan memberi rujukan sumber bagi penulisan anda. Wikipedia melarang penyelidikan sendiri. Yosri (bincang) 11:55, 27 Ogos 2011 (UTC)[balas]

selamatkan aku[sunting sumber]

tolongin saya donk, saya juga sedang diblokir selama 6 bulan nih di WBI dengan alasan "Perilaku intimidasi/pelecehan: vandalisme". Lha, saya tak melakukan intimidasi kok. Saya hanya suruh mempertimbangkan lagi keputusan mereka karena mereka adalah para newbie. Untuk pelecehan apa karena saya mengejek pak Sentausa "Si Lamban dari WikiLand" sama saya mengejek mas Ezagren "Anak Durhako" ? Lha, itu kan cuma lagi bercanda aja. Sama halnya id:Pengguna:Mimihitam beri julukan pada id:Pengguna:Willy2000 "BadutWiki" disini ==> id:Pembicaraan Pengguna:Willy2000/arsip3#Interwiki. Mengenai vandalsime itu jujur saja saya tak pernah melakukan vandalisme. Lihat saja ini --> http://id.wikipedia.org/wiki/Istimewa:Kontribusi_pengguna/Erik_Evrest

Soal pemblokirannya itu amat keterlaluan karena saya ini termasuk pengguna lama di WBI (soedah sedjak tahoen 2009) Terus juga saya udah giat berkontribusi di WBI. Ditambah saya tak pernah melakukan vandalisme artikel dan hanya masalah sosialisasi saja terhadap sesama pengguna. Jadi tidak boleh diperlakukan kaya para anon yang biasanya kaya kutu loncat (suka gonta-ganti alamat IP supaya tidak ditangkap oleh pengurus) Saya juga tak mau hanya diperpendek masa pemblokirannya. Nanggung, lagipula jelas-jelas saya tidak melakukan hal tersebut.

Oh ya, saya juga punya 1 link yang (diyakini) dapat menuntaskan masalah pemblokiran saya di WBI ==> http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Pembicaraan_Pengguna:Stephensuleeman&diff=prev&oldid=4693300

Yap, itu pesan seorang user WBI bernama Sentausa yang mendapatkan pesan kalo saya sedang diblokir dan minta dicabut status blokirnya dan menyinggungnya kepada Stephensuleeman si tukang blokir. Sentausa bisa jadi kunci akan penuntasan masalah ini mengingat Mimihitam (seorang pengurus) mengatakan bahwa Sentausa merupakan salah seorang yang saya intimidasi-kan (bukti) Bukankah yang namanya "masalah" adalah "dimana ada 1 pihak yang dirugikan" yang itu berarti pihak tersebut merupakan kunci ke arah mana "masalah" ini akan berakhir. Keputusan pengurus itu kan (kurasa) hanya karena mereka merasakan kalau saya sedang bertindak seperti itu. Padahal sebetulnya tidak. Sama halnya Anda lihat orang lagi kecopetan terus copetnya lari dan Anda gebukin tuh copet namun Anda haruslah hentikan karena sebetulnya adegan pencopetan itu cuma sedang syuting sinetron aja. Demikian juga dengan permasalahan saya sekarang ini, saya diblokir tapi sebetulnya dengan "korban" menyatakan bahwa permasalahan ini cuma karena kesalah pahaman saja.

Kiranya saya minta tolong ke Anda buat sampaikan suatu pesan mengenai permasalahan saya diblokir tersebut pada para pengurus WBI di WBI untuk mempertimbangkan saja mengingat pemblokiran diatur berdasarkan keputusan para pengurus maka (kurasa) pencabutan statusnya juga demikian. --Erik Evrest 02:09, 4 September 2011 (UTC)[balas]

Menghampiri 2 juta suntingan[sunting sumber]

Kita perlukan lagi SUDAH DUA JUTA LAH! suntingan untuk mencapai 2 juta suntingan. Maknanya, jika semua 620 pengguna aktif termasuk bot menyunting sebanyak lebih kurang 2241 suntingan sehari. Kita akan mencapai 2,000,000 suntingan -3 hari lagi! --Kurnia [ bual ] 21:44, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Terima kasih atas maklumat anda, saya akan cuba yang terbaik.--Smim90 (bincang) 15:42, 11 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Sama-sama. Kalau anda ada masa, bantulah saya birukan kategori sedikit demi sedikit. Saya kejar kedalaman wiki ini, kalau boleh sekurang-kurangnya atas 10. Kalau jumlah suntingan banyak, dan jumlah bukan rencana pun banyak, maka kedalaman pun meningkat. :) --Kurnia [ bual ] 17:01, 11 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Adakah templat juga dikira sebagai jumlah bukan rencana? — عبد الله (Pesanan?) 15:37, 12 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Ya, templat juga dikira sebagai bukan rencana. Bukan rencana ialah semua laman kecuali laman rencana. Tapi laman fail dan laman pesanan saya tidak pasti. Mungkin juga disertakan dalam kiraan jumlah bukan rencana. --Kurnia [ bual ] 15:54, 12 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Baru-baru ini terdapat banyak laman-laman baru dicipta dengan kandungannya kod sumber OpenGL ditulis dalam bahasa pengaturcaraan C atau C++. Kandungan ini tidak semestinya merapu, tetapi berguna sebagai contoh. Sayangnya tidak sesuai di Wikipedia, tetapi lebih sesuai di Wikibooks. Minta bantuan para penyumbang lain maklumkan kepada mereka tentang kewujudan Wikibooks. Mereka boleh ciptakan buku yang mengandungi contoh-contoh OpenGL di sana. --Kurnia [ bual ] 02:57, 19 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Adakah mereka ini datangnya drpd sini ...Aurora... (b) 08:36, 28 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya tak pasti. Tapi nama pengguna mereka serupa dengan nombor matrik. --Kurnia [ bual ] 09:26, 28 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya sokong dipindahkan, tetapi perlu tetapkan had masa/by when. Yosri (bincang) 12:30, 28 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya terima jika sehingga 1 November, tapi minta bantuan yang lain untuk salin dan tampal ke sublaman buku b:OpenGL dalam format berikut OpenGL/Tajuk asal dari sini. Nanti saya kemaswikikan tajuk dan isinya jika ada masa. Senarai laman yang sudah ditag ada di Kategori:Salin ke Wikibooks. Alangkah bagus jika ciri Import di Wikibooks berfungsi. *keluh* --Kurnia [ bual ] 12:43, 28 Oktober 2011 (UTC)[balas]

*SUNTING* Saya lupa saya boleh gunakan skrip untuk buat salin tampal untuk saya. Hehehe. teehee Aurora, kerana penyelia di Wikibooks, tiada masalahkan jika saya salin tampal kod-kod ini di sana? --Kurnia [ bual ] 13:08, 28 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Saya tiada masalah. ...Aurora... (b) 01:03, 30 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Terms of Use update[sunting sumber]

I apologize that you are receiving this message in English. Please help translate it.

Hello,

The Wikimedia Foundation is discussing changes to its Terms of Use. The discussion can be found at Talk:Terms of use. Everyone is invited to join in. Because the new version of Terms of use is not in final form, we are not able to present official translations of it. Volunteers are welcome to translate it, as German volunteers have done at m:Terms of use/de, but we ask that you note at the top that the translation is unofficial and may become outdated as the English version is changed. The translation request can be found at m:Translation requests/WMF/Terms of Use 2 -- Maggie Dennis, Community Liaison 01:06, 27 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Bantulah kami terjemahkan kutipan derma Yayasan Wikimedia 2011[sunting sumber]

Kami memerlukan bantuan untuk menterjemahkan kutipan derma Yayasan Wikimedia 2011 ke dalam Bahasa Melayu. Kutipan derma akan bermula pada November 7. Oleh itu, semua dokumen berikut haruslah diterjemahkan sebelum tarikh tersebut. hulurkan bantuan anda sekarang. Diagramma Della Verita (bincang) 13:45, 29 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Suntingan per laman[sunting sumber]

Wah! Suntingan per laman (s/l) kita sudah mencapai 8.01, kedalaman pula 9.95 dalam masa beberapa hari. Kali terakhir saya periksa (11 Nov) tak silap saya, kedalaman kita cuma 9.74, dan s/l cuma 7.77. Tidak sangka begitu pantas sudah melebihi 8.0! Tahniah para pengguna, teruskan kerja keras anda. Kerajaan Malaysia sedang mengusahakan penggunaan semula bahasa Melayu, walaupun ramai yang menentang, namun kita masih boleh berharap bahasa Melayu akan kembali menjadi bahasa ilmu seperti di tahun 1980-1990an. teehee --Kurnia [ bual ] 15:12, 12 November 2011 (UTC)[balas]

Tahniah2, teruskan usaha dan maju jaya dalam segenap dimensi persuratan bahasa Melayu--Smim90 (bincang) 16:09, 12 November 2011 (UTC)[balas]
Terkejut juga saya, hari ni dah 10.28. Kali terakhir lebih 10 ialah pada awal tahun ini. ...Aurora... (b) 08:26, 14 November 2011 (UTC)[balas]
Mari kita semua kerja keras membangunkan Wikipedia bahasa Melayu ini.--Aplikasi (bincang) 18:05, 17 November 2011 (UTC)[balas]

Wiktionary perlukan sumbangan[sunting sumber]

Salam semua, saya ingin minta jasa baik pengguna ms wikipedia untuk menyumbang juga dalam ms wiktionary. Sekarang cuma ada 1,427 entri sahaja. Terima kasih. --Kamalzack (bincang) 08:17, 21 November 2011 (UTC)[balas]

Bukan setakat Wiktionary, Wikibooks juga perlukan sumbangan. Malangnya saya tidak begitu lapang untuk menyumbang di banyak wiki buat masa ini. --Kurnia [ bual ] 08:50, 21 November 2011 (UTC)[balas]
Mungkin anda boleh bukukan beberapa rencana panjang di Wikipedia sebagai pdf. Yosri (bincang) 18:10, 21 November 2011 (UTC)[balas]

Pemeriksaan Rencana[sunting sumber]

Mungkin saya agak ketinggalan dalam hal ni, tetapi bagaimana beberapa Versi Bahasa lain Wikipedia mempunyai fungsi Pending Change Protection ini?

Fungsi ini membolehkan perubahan terkini yang belum diperiksa disimpan dibawah tab "perubahan tergantung" sementara versi stabil (yang telah diperiksa) diletakan dibawah tab paparan. Dengan fungsi ini, kualiti rencana untuk paparan umum sedikit sebanyak dapat dikawal dan dijaga dari laku musnah.

Saya lihat Wikipedia Bahasa Indonesia, Wikipedia Bahasa Jerman, Wikipedia bahasa Russia dan sebagainya menggunakan fungsi ini, Tapi kenapa ia tidak terdapat di mswiki dan enwiki? sesiapa boleh terangkanya secara terperinci?

--Adikhebat (Bual dengan saya) 14:06, 30 November 2011 (UTC)[balas]

Itu namanya m:Flagged Revisions. Wiki yg inginkannya perlu menjalankan pungutan suara sebelum meminta diaktifkan. en.wiki pernah mencuba tapi tiada kemuafakatan, id.wiki pula mempersetujuinya suatu ketika dahulu, tetapi ketika ini ada ura2 ingin menarik balik. Sebabnya suntingan baik lebih banyak drpd laku musnah, hingga tak cukup tangan memeriksa. ...Aurora... (b) 15:50, 1 Disember 2011 (UTC)[balas]

Kemana perginya semua bot yang dilantik di wikipedia ini. Mengapa tidak ucapkan selamat datang kepada pengguna baru? Hal ini penting demi meningkatkan jumlah semua laman di wikipedia ini. Saya harap anda semua faham. Terima kasih.--Aplikasi (bincang) 10:21, 1 Disember 2011 (UTC)[balas]

Open Call for 2012 Wikimedia Fellowship Applicants[sunting sumber]

I apologize that you are receiving this message in English. Please help translate it.

  • Do you want to help attract new contributors to Wikimedia projects?
  • Do you want to improve retention of our existing editors?
  • Do you want to strengthen our community by diversifying its base and increasing the overall number of excellent participants around the world?

The Wikimedia Foundation is seeking Community Fellows and project ideas for the Community Fellowship Program. A Fellowship is a temporary position at the Wikimedia Foundation in order to work on a specific project or set of projects. Submissions for 2012 are encouraged to focus on the theme of improving editor retention and increasing participation in Wikimedia projects. If interested, please submit a project idea or apply to be a fellow by January 15, 2012. Please visit https://meta.wikimedia.org/wiki/Wikimedia_Fellowships for more information.

Thanks!

--Siko Bouterse, Head of Community Fellowships, Wikimedia Foundation 02:56, 22 Disember 2011 (UTC)[balas]

Distributed via Global message delivery. (Wrong page? Fix here.)