Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)/Arkib/2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Cara-cara memesatkan lagi 'kepustakaan' Wikipedia Bahasa Melayu[sunting sumber]

Baru-baru ini, saya menerima mesej dari seorang ahli Wikipedia yang lain yang. Oleh itu, saya terpanggil untuk membuka perbincangan kali ini dengan dua perkara yang relevan dengan tajuk perbincangan ini:

  1. Baru-baru saya 'bereksperimen' dengan menterjemah Wikipedia Bahasa Indonesia dengan enjin Google Translate...taklah menjadi sangat. Apapun, wikipedia Indonesia yang kini dah mencecah 115K rencana dan mengeluarkan rencana pilihan baru di laman utamanya setiap minggu, boleh menjadi sumber yang lebih mudah untuk usaha-usaha penterjemahan rencana ke Bahasa Melayu Malaysia selain Wikipedia bahasa Inggeris. Cuma kita tak boleh malas-malas salin dari situ dan tampal ke sini tanpa membuat olahan-olahan yang sewajarnya, bukan? Kamus Dewan online pun ada lema istilah-istilah Indonesia?
  2. Seperkara lagi, saya baru menyusun rancangan televisyen Malaysia mengikut genre dan saluran siarannya. Ketika melakukan usaha ini, terfikir saya: jika filem Malaysia ada Sinema Malaysia, bidang televisyen, rakaman muzik dan pementasan kita tiadakah tapak web pengkalan data yang seumpamanya? Laman-laman web sebegini berguna untuk mengembangkan rencana-rencana berkaitan bahan-bahan seni dan hiburan audiovisual Malaysia, tak apalah kalau kebanyakan bahan-bahan itu sukar menandingi kehebatan isi rencana Geng: Pengembaraan Bermula, asalkan maklumat-maklumat asasnya ada, mudah dibaca dan teratur.

Mungkin banyak lagi yang saya nak bincangkan, tapi apa kata kita perdengarkan pandangan saudara-saudari. Sekian dulu. – Fanatix (bincang) 16:39, 2 Disember 2009 (UTC)

  1. Kalau anda nak tahu pengalaman menterjemah dari id.wiki, boleh tanya SPR. Kalau tak silap saya dia kata lebih susah. Tapi bergantung kepada kepakaran bahasa Indonesia anda juga.
  2. Berkenaan pangkalan data bidang seni itu, tak tahulah saya. ...Aurora... (b) 14:09, 3 Disember 2009 (UTC)

Anda dialu-alukan untuk menterjemah dari sebarang bahasa, asalkan dapat memastikan hanya istilah bahasa Melayu diutamakan. Kurangkan campur aduk dengan istilah asing agar Wikipedia bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa rojak. Yosri (bincang) 02:43, 4 Disember 2009 (UTC)

Selain wiki Indonesia, tidak lupa juga wiki Simple English. Sesiapa yang penguasaan BI tidak begitu hebat boleh menjadikan rencana-rencana yang bertanda "Very Good Articles" dan "Good Articles" sebagai sumber penghasilan rencana bermutu untuk wiki BM. – Fanatix (bincang) 11:04, 6 Januari 2010 (UTC)

Cadangan membuka WikiProjek untuk karya muzik, TV[sunting sumber]

Saya amat berharap agar Wikipedia BM dijadikan sebuah tapak web yang boleh diharap sebagai simpanan maklumat mengenai industri muzik Malaysia. Terasa pilu melihat betapa tandus dan pincangnya rencana-rencana berkenaan muzik Malaysia, apalagi berbanding dengan serumpun artis idola Jepun yang lebih giat dimasukkan (seingat pemerhatian saya dalam laman Perubahan Terkini sejak mula menggunakan Wikipedia). Tetapi apakan daya, saya mana cukup tenaga untuk membuat kesemuanya, lagi peritnya bilangan sukarelawan WBM tidak memadai...(Wikimedia bilalah nak sediakan laman sunting WYSIWYG? Bukan semua orang pandai guna kod wiki.)

Selain muzik, saya juga mengidamkan Wikipedia BM turut memuatkan rencana-rencana mengenai rancangan TV buatan Malaysia tak kira genre, samada telefilem mahupun siri, drama, komedi mahupun realiti...

Berbeza dengan filem kita yang sudah ada portal Sinema Malaysia yang menyenaraikan lebih kurang kesemua filem buatan Tanah Melayu/Malaysia sejak sebelum merdeka, lengkap dengan senarai pelakon dan kakitangan yang terpenting serta bahan-bahan keratan akhbar yang berkaitan, karya muzik dan TV pula tiada pangkalan data awam sehenti yang seumpamanya di Internet, yang pasti akan memudahkan pencarian bahan-bahan untuk setiap satu karya.

Oleh itu, saya cadangkan laman WikiProjek untuk album, lagu dan siri TV diwujudkan untuk membantu para pengguna Wikipedia menyediakan rencana-rencana mengenai karya-karya berkenaan dengan tepat, padat dan kemas, apatah lagi karya tempatan (sementara kita menunggu kelahiran portal sehenti untuk muzik dan TV Malaysia yang seperti Sinema Malaysia yang diungkitkan tadi).

Sementara itu, apa kata kita memilih rencana-rencana artis Malaysia sedia ada untuk dijadikan rencana gotong-royong agar diperkemaskan sehingga menjadi cukup bermutu untuk dijadikan rencana pilihan suatu hari nanti. Saya cadangkan kita mula dengan artis-artis bertaraf megastar seperti Search, Datuk Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan sebagainya; lengkapinya dengan rujukan, imbangkan isi kandungan sejarah dan diskografinya dsb. Sebagai petua mencari sumber rujukan, gunakan Google News Archive Search dan masukkan kata kunci yang secukupnya (cth: Search juga merupakan kata kerja dalam bahasa Inggeris, jika menaip "search" sahaja, dapatlah bermacam-macam bahan berita yang menggunakan perkataan search tanpa kena-mengena dengan kugiran ternama Malaysia, sebaliknya gunakan "search malaysia amy" untuk memudahkan pencarian). – Fanatix (bincang) 08:32, 11 Januari 2010 (UTC)

WikiProjek sedia ada di Wikipedia ini semuanya terbengkalai. Bukan nak lemahkan semangat anda, tapi anda perlulah cari orang2 yg minat muzik (dan harapnya takkan hilang dlm masa terdekat) untuk membantu. Juga perlu fikirkan bagaimana supaya laman2 artis tak menjadi laman peminat. ...Aurora... (b) 14:18, 12 Januari 2010 (UTC)
Saya faham. Rasanya buat masa ini kalau ikut kemampuan kita, ada baiknya kita beri tumpuan kepada artis-artis tersohor; selebihnya kita kembangkan bahan-bahan ilmiah. Saya rasa rencana-rencana individu mengenai sains, geografi, sejarah, tokoh yang sudah meninggal/menyepi lebih mudah kerana kurangnya perkembangan baru berbanding politik, sukan, tokoh yang masih aktif dsb. Saya juga mendapati ada sesetengah nama artis yang tidak dapat saya sahkan kewujudannya, jadi saya meminta agar rencana-rencana berkenaan dipertimbang untuk penghapusan dalam laman perbincangan masing-masing. Apa maknanya WBM mencapai 100K rencana tetapi 90% darinya picisan yang menceritakan benda-benda yang tidak wujud atau 110% mengarut? – Fanatix (bincang) 07:20, 13 Januari 2010 (UTC)

Penyelarasan tajuk rencana senarai negeri/wilayah negara[sunting sumber]

Saya mendapati bahawa semua rencana senarai wilayah-wilayah dan negeri-negeri dalam sesebuah negara adalah tidak selaras. Berikut ialah tajuk-tajuk yang digunakan untuk rencana senarai sebetulnya dan bukan lencongan:

Walaupun kesemua tajuk di atas difahami sebagai rencana senarai negeri/wilayah, namun ketakselarasan ini menyukarkan pengguna WBM menggunakan tajuk yang sesuai untuk mencipta senarai negeri/wilayah baru, apatah lagi menambah pautan ke rencana sebegini dari rencana lain. Oleh itu, ada perlunya kita menyelaraskan tajuk senarai bahagian pentadbiran secara format; saya cadangkan antara yang berikut"

  • "Negeri-negeri/Wilayah-wilayah di Xxx" (cth: Negeri-negeri dan wilayah-wilayah di Malaysia)
Perkataan negeri/wilayah digandakan untuk menunjukkan kejamakan negeri, perkataan di untuk memastikan bahawa tajuk merujuk kepada berbilang entiti, bukannya satu macam "Negeri-negeri Melayu Bersekutu" atau "Negeri-Negeri Gabungan Amerika".
  • "Senarai negeri/wilayah di Xxx" (Senarai negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia)
Perkataan senarai berguna agar tidak perlu menggandakan perkataan negeri/wilayah

Apa kata anda? Fanatix (bincang) 06:39, 23 Mac 2010 (UTC)

Memang patut diselaraskan, supaya mudah dicari. Saya suka bentuk Negeri di Austria. Lazimnya dalam BM kita menggunakan kata tunggal dalam tajuk. Faham2lah di Austria ada lebih dari satu negeri, sebab kalau cuma ada satu negeri, maknanya negeri=negara. Tiada maknanya rencana itu. ...Aurora... (b) 15:44, 23 Mac 2010 (UTC)
Setuju dengan Aurora. Yosri (bincang) 23:16, 23 Mac 2010 (UTC)
Kalau tak ada apa lagi...kita ikut format "Negeri/Wilayah di xxx". Fanatix (bincang) 08:39, 4 April 2010 (UTC)
Semua rencana senarai dan kategori berkenaan subbahagian negara wajar mengikut format "Xxx di Yyy". Fanatix (bincang) 13:29, 6 April 2010 (UTC)
Syabas. ...Aurora... (b) 14:10, 6 April 2010 (UTC)

Cadangan dalam mempromosikan Wikipedia bahasa Melayu di Laman Utama[sunting sumber]

Assalamualaykum dan Salam Wikipedia, disini saya ingin membuat cadangan dan mencari persetujuan bersama adakah boleh saya meletakkan perkataan ini di bahagian paling atas laman utama Wikipedia bahasa Melayu. TAHUN 2010 INI, WIKIPEDIA BAHASA MELAYU MENYASARKAN 100,000 RENCANA BERKUALITI, BANTULAH DALAM MENYUMBANG TULISAN ANDA, ANDA MENENTUKAN HALA TUJU WIKI INI!!!.

Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk menarik serba sedikit orang ramai yang melayari internet diluar sana dimana apabila mereka memasuki laman ini mereka akan rasa semangat ingin menyumbang tulisan mereka. Memandangkan kita kekurangan para penyunting yang benar-benar aktif, ini mungkin salah satu jalan untuk kita memajukan Wikipedia ini. Sekian, Wasallam.

p.s: Harap pengguna budiman dapat memberikan komen atau cdangan yang lebih bernas dalam menyokong usaha mempromosi Wikipedia bahasa Melayu. --Smim90 (bincang) 04:31, 14 Jun 2010 (UTC)

Saya tidak setuju atas beberapa sebab:
  1. Sasaran 100,000 bukan sasaran WBM, tapi sasaran beberapa pengguna shj.
  2. Sasaran 100,000 tidak logik. Melihat Wikipedia:Pengumuman, bilangan rencana cuma meningkat ~1,000 sebulan sejak awal tahun. Untuk capai sasaran itu perlu 5,000+ sebulan.
  3. Setakat bilangan rencana banyak tapi kebanyakkannya tunas tak guna juga. ...Aurora... (b) 09:35, 14 Jun 2010 (UTC)

Hmm...kalau nk tau... cuba tgk link list of wikipedias/depth... da makin menurun kedalaman kualiti rencana WBM... makin teruk... dari kedalaman WBM 32 turun jadi 15... takkanlah nasihat yg saya berikan nie asyik nk ketepikan je buat selama-lamanya... mcm nk biarkan orang tu mati baru sedar? cuba tgk rencana wiki BI dan rencana wiki AR... tgk betul2 mutu dua2 rencana ni... xleh ke nk buat kualiti rencana serta kedalaman WBM sebagus cth dua link tadi? satu lagi, kalo nk sgt 100,000 rencana berkualiti... ikut contoh prosedur perencanaan dari wiki BI dan AR...serta setiap pengguna WBM perlu rajin buat rencana berkualiti, xleh malas...kalo sorang buat apa... setiap pengguna WBM juga perlu sukarela menyumbang, bukan sekadar tambahkan kuantiti rencana tapi juga kualiti rencana... baru pengunjung wiki kagum ngan kualiti rencana kita...nk dengar ckp saya atau x... itu pilihan pengguna WBM...bukan saya...saya cuma beri pendapat yg mungkin boleh membantu... sekian... Triox78 (bincang) 14:04, 1 November 2010 (UTC)

Menurut pendapat saya itu adalah soal keutamaan peribadi, kerana ini merupakan usaha sukarela. Beberapa orang menumpukan perhatian kepada kuantiti, beberapa kepada kualiti rencana. Keadaan saat ini, tidak banyak penyumbang suka menulis rencana panjang. Memperbaiki/mengembangkan rencana-rencana pendek yang telah ada, sedikit demi sedikit, akhirnya akan meningkatkan kualiti WBM secara keseluruhan. Naval Scene (bincang) 04:51, 2 November 2010 (UTC)
Ada apa2 cadangan utk menaikkan jumlah kedalaman WBM ni tak? Kurosagi7 (bincang) 07:08, 2 November 2010 (UTC)
Wikipedia Indonesia memerlukan penyelia mereka menyumbang 50 rencana sebulan, dan mereka yang tidak aktif akan dicabut jawatan sysop mereka. Mungkin perkara ini dapat meningkatkan sumbangan penyelia di sini. Mungkin juga boleh menubuhkan jawatan kuasa kecil untuk meningkatkan pautan melalui BOT. Yosri (bincang) 12:36, 2 November 2010 (UTC)

Jika 50 rencana sebulan bererti setiap penyelia perlu menghasilkan 3 rencana dalam masa 2 hari. Bunyinya seperti mudah, tetapi sebenarnya tidak semudah disangka atas beberapa sebab:-

  1. Tidak semua penyelia yang ada capaian internet 24 jam sehari, 365 hari setahun. Ada yang terpaksa menumpang di kafe siber semata-mata untuk menghasilkan rencana.
  2. Kebanyakan penyelia juga perlu menumpukan komitmen terhadap perkara yang lebih utama seperti persekolahan atau pekerjaan.
  3. Jika rencana yang dibuat itu adalah pendek, maka sangat mudah untuk mencapai sasaran 100,000 rencana itu, tetapi akhirnya kebanyakan rencana tersebut nanti dikhuatiri berkualiti rendah dan hanya berstatus tunas sahaja. Penulisan rencana berkualiti tinggi sangat memakan masa, walaupun diterjemah secara langsung daripada Wikipedia Bahasa Inggeris.

Oleh itu, memandangkan penyertaan kita dalam WBM ini adalah secara sukarela, maka ia memerlukan komitmen semua ahli WBM dan bukan sekadar beberapa orang sahaja. Pada saya, kita perlu lebih banyak mengenal pasti rencana yang patut dikategorikan sebagai rencana gotong-royong dan sama-samalah kita bantu perbaiki rencana-rencana tersebut. - Hezery99 (bincang) 13:13, 2 November 2010 (UTC)

Kepada Kurosagi7 dan yg lain:
Kalau nk tingkatkan kedalaman WBM nie sungguh mudah je... panjangkan rencana pendek dan yg x terurus, dan perbaiki rencana sedia ada. Kemudian letak rujukan, letak pautan luar byk2, hingga berkualiti, serta letak kategori byk2 pada setiap rencana berkualiti tinggi... Untuk lakukan perkara ini, memerlukan setiap pengguna WBM yg rajin buat rencana berkualiti masing2. Kalau boleh, jika ternampak rencana yg x terurus, x diterjemah atau lain2 masalah kat perubahan terkini, cpt2 setiap pengguna WBM sunting dan tingkatkan kualiti rencana tersebut. Barulah rencana berkualiti dpt bertambah dan selesai dlm jangka singkat. Satu lagi, semua pengguna perlu bantu buatkan rencana masing2 antara satu sama lain jika terlihat dlm perubahan terkini, mungkin cara sebegini dpt kurangkan beban pengguna lain, yg buatkan rencana panjang atau penting tersebut secara sorang2. Mmg sorang takkan larat, kena sukarela semua utk buat rencana kualiti tinggi dan kuantiti tinggi... itu sahaja... salam... Triox78 (bincang) 13:55, 2 November 2010 (UTC)

P/S:Kalau boleh, peraturan wikipedia serta teks bukan rencana yg lain, juga perlukan teks yg byk dan berkualiti tinggi seperti rencana...

Tak silap saya 50 itu termasuk suntingan kecil, pembetulan ejaan dll. Yosri (bincang) 13:57, 2 November 2010 (UTC)

Mengenai kedalaman kualiti rencana, kedalaman rencana didefinisikan sebagai

Ia juga boleh dipermudahkan sebagai

Dengan kata lain, ada 2 faktor yang menentukan kualiti rencana:-

  1. Lebih kerap sesebuah rencana itu disunting, maka lebih tinggi kedalamannya
  2. Lebih banyak laman bukan rencana (seperti perbincangan, lencongan dan laman pengguna) maka lebih tinggi kedalamannya

Jadi kedalaman itu sebenarnya lebih merujuk kepada berapa aktif ahli-ahli WBM, bukan sahaja dalam penghasilan rencana malah laman sokongan seperti perbincangan. Rencana yang berkualiti tinggi sahaja tidak semestinya akan meningkatkan kedalaman rencana. Sebab itulah ada pihak yang mempersoalkan kesahihan penggunaan kedalaman bagi mengukur kualiti Wikipedia. - Hezery99 (bincang) 14:30, 2 November 2010 (UTC)

Mengapa tiba2 sahaja kedalaman rencana dan jumlah rencana menjadi kayu ukur di sini? Saya lebih suka melihat peningkatan jumlah para penyumbang yang aktif daripada 2 perkara di atas. Zamwan (bincang) 14:42, 2 November 2010 (UTC)
Sebab kedalaman rencanalah yg akan membuatkan pembaca WBM dpt menikmati dan menghayati setiap jumlah rencana berkualiti WBM semasa membaca. Kita kena ingat, wikipedia ni merupakan ensiklopedia yg memberikan maklumat sumber ilmu yg bebas. Serta dibacakan oleh pengguna dan pengunjung WBM. Jadi kalau kebanyakan rencana WBM ni berkualiti tinggi, ramaikan org nk tgk, rujuk dan dalami sumber maklumat di sini. Laman utama pun kenalah tukar rencananya secara kerap, supaya pengunjung dpt baca berbagai rencana pilihan kualiti tinggi tanpa asyik rencana sama ajer. Cth di wiki en, rencananya ditukar tiap2 hari. Saya pergi ke rencana wiki ar pun saya berasa enjoy baca rencana berkualiti tersebut, meskipun saya x faham apa yg saya baca. Cth link rencana AR ni. Manakala jumlah rencana akan membuatkan kedudukan WBM ke ranking tangga atas berbanding bawah. Serta pembaca dpt browse pelbagai rencana byk tanpa perlu baca rencana sama saja.
Kepada Yosri:
Kalau setiap penyelia rajin, sgt rajin apatah lagi ramai (16 penyelia ms, boleh hasilkan lebih rencana spt yg dijangkan. Itupun kalau setiap penyelia adlh aktif). Boleh buat rencana lebih dari 5 rencana dlm masa 2 hari. Triox78 (bincang) 16:49, 2 November 2010 (UTC)
Kalau nak jadikan kedalaman rencana sebagai ukuran, setiap orang bukan sahaja perlu banyak buat rencana sahaja tetapi perlu banyak menyunting rencana sedia ada, di samping banyak menambah laman bukan rencana. Paling mudah ialah lencongan. Tapi kalau perbincangan pula, haiii... susah sikitlah. Sebabnya di sini jarang ada perbincangan rencana yang hangat. Satu lagi sebab mengapa kurang suntingan ialah ada ahli yang lebih mementingkan kualiti akademik, macam saya - cipta rencana yang cukup lengkap (tak semestinya berjela-jela) yang ada kesemua isi pentingnya. Bila rencana sebegitu dicipta secara "one-shot", maka sudah tentulah kebarangkalian untuk disunting semula menjadi kecil, memandangkan ahli lain yang membaca rencana sebegitu akan fikir rencana tersebut tidak perlu disunting lagi sebab dah lengkap, padahal rencana yang sama dalam Wikipedia BI pula seringkali disunting walaupun lebih daripada lengkap. Sebab itulah ada ahli yang mempertikaikan kesahihan penggunaan kedalaman rencana sebagai kayu ukur kualiti Wikipedia. Satu lagi, minat setiap orang tak sama - memang ada banyak rencana tunas yang perlu dikembangkan tapi tak semua ahli (termasuk penyelia) yang berminat dalam bidang rencana berkenaan, jadi kalau kurang yang berminat tu dah tentulah bermakna kurang suntingan. - Hezery99 (bincang) 21:46, 2 November 2010 (UTC)
Jikalau matlamat meningkat kedalaman, perlu bot bagi menambah kategori di rencana yang bersesuian. Setiap penyumbang memainkan peranan masing-masing, yang berminat meningkat rencana teruskan, yang berminat dengan rencana panjang - tiada siapa yang menghalang. Setiap sumbangan boleh diperiksa melalui pautan Sumbangan masing-masing. Semoga bersama-sama kita mengembang Wikipedia bahasa Melayu secara berterusan. Yosri (bincang) 05:12, 3 November 2010 (UTC)
Masalah sekarang bukan tentang dia kurang menyunting atau apa-apa yang lain, masalahnya tentang kedalaman rencana di wiki ini. Apa yang dikatakan Hezery memang masuk akal, tidak sesuai menilai dari segi kedalaman kerana ada penyunting yang membuat rencana lengkap dalam satu suntingan. Tapi apa pun, seboleh-bolehnya buatlah rencana lebih daripada tiga baris jadi ia boleh dianggap sebagai rencana tunas. Juga, jangan lupa letakkan kategori dan sekurang-kurangnya satu pautan luar kalau boleh. --kurkur 10:14, 3 November 2010 (UTC)

Sudah mencecah 80,000 rencana hari ini, apa perancangan terdekat wikipedia ini? Kedalaman semakin menurun Kurosagi7 (bincang) 07:28, 11 November 2010 (UTC)

Rasanya tentang kedalaman rencana tu tidak perlu diperbesarkan sebab ramai para pengguna termasuk beberapa orang penyelia tidak aktif dan kurang mencipta rencana baru. Harap jangan lagi memperbesarkan hal itu. Lihat Wikipedia Bahasa Poland tu kedalamannya cuma 12 sahaja. Tidak lagi perlu diperbesarkan lagi. Kalau nak kedalaman tu besar kenalah ramai pengguna yang perlu aktif seperti pengguna aktif perlu melebihi sekurang-kurangnya 1,000 orang. Sekarang hanya 257 orang. Saya rasa perbincangan ini perlu ditutup tak payah diperbesarkan lagi. Saya cuma hanya ingin membantu WBM mencapai 100,000 seperti wikipedia bahasa lain.--Md. Farhan (bincang) 07:58, 12 November 2010 (UTC)

Kedalaman yg terlalu rendah itu tanda banyaknya rencana tunas. Dan Wikipedia yg terlalu banyak tunas tidak akan dipaparkan di laman utama en.wiki. ...Aurora... (b) 01:59, 12 November 2010 (UTC)
Kedalaman yang rendah tak bermakna banyak rencana tunas. Kedalaman yang rendah sebenarnya bermakna kita di Wikipedia BM belum cukup aktif - kembangkan rencana tunas, kemaskini rencana, kerap menyunting rencana, banyakkan perbincangan hangat dsb. Rencana lengkap yang dicipta dengan sekali suntingan sahaja pun boleh merendahkan kedalaman, walaupun ramai pengguna termasuk saya lebih gemar mencipta rencana secara "one-shot" kerana lebih mementingkan kualiti akademik. - Hezery99 (bincang) 03:59, 12 November 2010 (UTC)

Perlucutan status penyelia[sunting sumber]

Saya rasa Penyelia Didie dan Niduzzi patut dilucutkan kerana hampir setahun dia tidak aktif di WIkipedia.--Md. Farhan (bincang) 16:03, 13 November 2010 (UTC)

Sudah dicadangkan di Wikipedia:Penyelia/Permohonan. ...Aurora... (b) 01:53, 16 November 2010 (UTC)

Cadangan gambar untuk dimasukan kedalam Calon Gambar Pilihan 2011[sunting sumber]

Untuk makluman kami memerlukan gambar-gambar menarik dari mana-mana rencana di Wikipedia Bahasa Melayu untuk dicalonkan kedalam Calon Gambar Pilihan 2011.

Jika saudara/ri mempunyai gambar menarik dari mana rencana di Wikipedia Bahasa Melayu, sila kemukakan gambar tersebut dalam format.

<gallery>
Fail:Gambar1.jpg|[[Rencana1]]
Fail:Gambar2.jpg|[[Rencana2]]
</gallery>

Terima Kasih

<*)))>< Mr Ikan (bincang) 04:50, 18 Julai 2010 (UTC)

Hmm... cadangan dan pendapat yang bagus... Triox78 (bincang) 16:53, 2 November 2010 (UTC)

Memohon agar mengadakan wikipedia mengenai bangsa/etnik asli di Malaysia[sunting sumber]

Secara khusus setiap bangsa dan etnik dibicarakan dan dikaji mendalam mengenai sejarah kemunculan etnik serta ciri-ciri asli ,bukan setakat penempatan sahaja tetapi perbicaraan dan perbincangan tentang perbezaan ketara dan pengaruh daripada setiap etnik dengan etnik yang lain sama ada dari luar negara dan dalam negara agar maklumat lebih luas dan memupuk jati diri masing-masing. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh Intelikxx

Anda boleh apa sahaja di Wikipedia yang difikirkan layak masuk dalam ensiklopedia. Atau anda maksudkan ingin mencipta wiki lain khusus untuk bangsa/etnik asli di Malaysia? ...Aurora... (b) 01:53, 16 November 2010 (UTC)
Tidak perlu mencipta wikipedia bahasa lain jika penutur suatu bahasa itu tidak sampai 1 juta. Lihat sahaja di negara luar, wiki bahasa lain kurang dicipta untuk memperkukuhkan lagi bahasa kebangsaan sesuatu negara.--Md. Farhan (bincang) 10:04, 26 November 2010 (UTC)

Cadangan meletakkan penyataan "Wikipedia mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian"[sunting sumber]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam Wikipedia, disini saya mencadangkan agar diletakkan penyataan "Wikipedia mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian" di bahagian paling atas halaman utama, ini sebagai suatu inisiatif rapat umum Wikipedia dengan masyarakat. untuk pengetahuan Hari Natal atau Krismas akan diraikan oleh penganut Kristian pada hari esok Sabtu 25 Disember 2010. Sekian terima kasih. --Smim90 (bincang) 15:39, 24 Disember 2010 (UTC)

Yes check.svg Beres, tapi diubah sedikit. Harap anda tidak kisah. ;) --Kurnia [ bual ] 16:14, 24 Disember 2010 (UTC)
Terima kasih, semoga usaha kita bersama di Wikipedia Bahasa Melayu terus maju jaya. :-)--Smim90 (bincang) 12:46, 25 Disember 2010 (UTC)

Nanti setiap perayaan turut diletak juga lebih penting perayaan di Malaysia.--Aplikasi (bincang) 10:20, 26 Disember 2010 (UTC)

Saya setuju jika perayaan utama Malaysia diletakkan, cuma mungkin kita boleh pertimbangkan juga untuk beberapa hari kebesaran dan hari-hari penting lain yang disambut oleh masyarakat dunia juga. --Smim90 (bincang) 03:27, 27 Disember 2010 (UTC)

Bagi saya tak perlu, dah ada di bahagian "Peristiwa hari ini". ...Aurora... (b) 03:41, 27 Disember 2010 (UTC)

Saya mencadangkan apabila WBM sudah mencapai 100,000 kita tulis sekali “Wikipedia Bahasa Melayu kini telah mencapai 100,000 buah rencana

--Aplikasi (bincang) 07:27, 27 Disember 2010 (UTC)

Kalau aras tanda 100 ribu ini boleh juga. ...Aurora... (b) 10:49, 28 Disember 2010 (UTC)
Saudara Smim90 dan Aplikasi jangan salah sangka, wiki ini bukan hanya untuk Malaysia, tapi para penutur bahasa Melayu termasuk rakyat Brunei, Singapura, Indonesia dan Australia (mungkin juga di Afrika Selatan). Sekadar memberi tahu. :) --Kurnia [ bual ] 02:41, 28 Disember 2010 (UTC)
Saya tahu hal itu. Sebab tu saya guna nama Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Malaysia.--Aplikasi (bincang) 12:55, 29 Disember 2010 (UTC)
Assalamualaikum, Salam Wikipedia. Terima kasih di atas ingatan saudara Kurniasan, ya saya sudah sedia maklum dari awal penglibatan saya dalam Wikipedia bahawa memang Wikipedia bahasa Melayu ini tidak terhad untuk orang Malaysia sahaja, namun skopnya cukup meluas sehinggalah keseluruh dunia, kerana itu cadangan saya bukan hanya menjurus kepada perletakan penyataan hanya untuk perayaan Malaysia sahaja, malah saya syorkan untuk perayaan atau hari penting di dunia yang lain (lihat komen ke-2 saya diatas).

Apa yang hendak tegaskan disini sebenarnya bukanlah untuk MENYEMAKKAN Wiki ini dengan tulisan yang berulang-ulang cuma sebagai suatu banner / notis / inisiatif bersama, bahawa menunjukkan SEMUA SUKARELAWAN Wikipedia Bahasa Melayu sangat mementingkan nilai kemasyarakatan serta berkobar-kobar untuk MEMPROMOSIKAN Wiki ini.

Mungkin tak salah kalau kita letak penyataan kerana orang yang awam yang melayari Wiki ini mungkin akan tertarik untuk memberikan sumbangan atau suntingan yang baik, ini juga untuk memberikan rasa SEMANGAT para penyunting seperti KITA semua untuk menyunting juga.

JUN 2010 saya pernah mengajukan cadangan meletakkan Banner / penyata yang mengatakan "TAHUN 2010 INI, WIKIPEDIA BAHASA MELAYU MENYASARKAN 100,000 RENCANA BERKUALITI, BANTULAH DALAM MENYUMBANG TULISAN ANDA, ANDA MENENTUKAN HALA TUJU WIKI INI!!!". Kerana pada waktu itu walaupun jumlah rencana terkumpul di wiki ini hanyaa 64,000, jauh sekali denga sasaran saya 100,000. TAPI SAYA PERCAYA KITA SEMUA BOLEH LAKUKAN. Namun cadangan ini akhirnya tidak disepakati bersama akibat sokongan undi suara yang tidak seragam. Tapi jika kita lihat akhir 20 DISEMBER 2010 sahaja kita sudah mempunyai 90,000 rencana (walaupun kebanyakannya rencana kecil, singkat dan tunas).

Ini menunjukkan jika kita ada semangant tak mustahil kita boleh sampai ke sasaran. Jadi pada pandanga saya jika adanya banner / penyataa kemungkinan BESAR semangat kita juga boleh terus diasah dengan lebih gigih. Sekian--Smim90 (bincang) 16:21, 4 Januari 2011 (UTC)

Cadangan meletakkan logo apabila mencapai 100,000[sunting sumber]

Disini saya bercadang supaya WBM meletakkan logo sempena 100,000 di bahagian kiri seperti disambut wikipedia sebelum ini.--Aplikasi (bincang) 10:22, 26 Disember 2010 (UTC)

Boleh tolong jelaskan logo seperti apa itu? Sekian, terima kasih --Smim90 (bincang) 03:24, 27 Disember 2010 (UTC)
Seperti lambang emas atau belon di logo wikipedia tersebut seperti yang dilakukan oleh Wikipedia bahasa arab dan wikipedia bahasa korea.--Aplikasi (bincang) 04:50, 27 Disember 2010 (UTC)
Saya setuju, tapi sediakan dulu logonya. --Kurnia [ bual ] 02:43, 28 Disember 2010 (UTC)
Ini logonya. Fail:Wikipedia-logo-sr-100000-09.png. tapi bahasa serbia tu diubah ke dalam BM.--Aplikasi (bincang) 12:52, 29 Disember 2010 (UTC)
Macam mana dengan logo ini. Sesuai kan ?--Aplikasi (bincang) 06:37, 8 Januari 2011 (UTC)
Ya, bagi saya sesuai, tetapi warna apa yang hendak anda gunakan pada perkataan 100 000 itu? Saya rasa warna bendera Malaysia mungkin agak realistik? agak-agak?--Smim90 (bincang) 09:06, 8 Januari 2011 (UTC)
Betul juga. Bedera Malaysia pun boleh. Sekarang kita sudah mencapai 100,000 rencana.--Digimon Adventure (bincang) 10:42, 9 Januari 2011 (UTC)
Sekarang sudah lebih 100,000 buah rencana. Tiada sesiapa yang sediakan logokah? Kalau warna bendera Malaysia munkin boleh saya setuju, tapi kalau belatarkan bendera Malaysia itu saya agak kurang setuju. Apa-apa pun sediakan dulu logonya. :) --Kurnia [ bual ] 15:56, 9 Januari 2011 (UTC)