Arbaiyah binti Abdul Manan
| Abby Abadi | |
|---|---|
| Lahir | Arbaiyah Abdul Manan 1 Disember 1977 (umur 34) Malaysia |
| Nama lain | Abby Abadi |
| Berkahwin dengan | Norman Hakim (bekas suami), |
Arbaiyah binti Abdul Manan atau juga dikenali sebagai Abby Abadi, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Arbaieyah binti Abdul Manan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977.
Beliau turut merupakan seorang anggota asal Elite yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim.
Berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas. Merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim.
Beliau mempunyai 3 orang cahayamata. Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim. Pada 2009 mereka telah disahkan bercerai.Hak penjagaan sepenuhnya diserahkan kepada abby abadi.
Isi kandungan |
[sunting] Filem lakonannya
- Pasrah(2000)
- Gerak Khas The Movie (2001)
- Gerak Khas The Movie II (2002)
- Gerak Khas The Movie 3 (2005)
- Sembilu 2005 (2005)
- Skrip 7707 (2009)
- Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami (2010)
[sunting] Antara Drama
- Gerak Khas
- Merentas Pelangi
- Kesatria 7
- Maria Mariana
- Garisan Terakhir
- Labuna Labuni
- Menantu Mak Dara
- Manjalara sebagai Zaza Abdullah
- Hikayat Putera Shazlansebagai Mak Som
[sunting] Album
- Catwalk (Elite)
- Tamparan Wanita (Elite)
- Idola (Elite)
- Merbahaya (Elite)
- Soundtrack Gerak Khas
[sunting] Anugerah:
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)2000
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)2001
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)2002
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)2003
Dicalonkan untuk kategori sama pada 2004, 2005, 2006 & 2008