Agnes Monica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Agnes Monica
Agnes performing as a guest star at 2007 Asian Idol.jpg
Agnes Monica beraksi di Asian Idol 2007.
Kelahiran Agnes Monica Muljoto
1 Julai 1986 (28 tahun)
Jakarta
Tempat tinggal Jakarta
Warganegara  Indonesia
Nama lain Agnes Monica
Pendidikan Pengajian Undang-undang
Pusat pendidikan Universiti Pelita Harapan
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, penari
Majikan Label:
Aquarius Musikindo (2000–2011),
Sony Music Entertainment
Terkenal kerana drama bersiri Pernikahan Dini (2001-2003)
Tempat asal Jakarta
Pangkat Pop, R&B, dance, soul, jazz, hip-hop
Agama Katolik

Agnes Monica Muljoto (kelahiran Jakarta, 1 Julai 1986) ialah artis dan penyanyi pop dan R&B, pelakon, penari Indonesia berbakat yang dikenali kerana drama bersiri Pernikahan Dini (2001-2003) yang ditayangkan di RCTI. Dalam drama bersiri ini ia berlakon sebagai seorang gadis remaja yang masih duduk di bangku SMU dan hamil di luar nikah. Selain itu ia sendiri yang menyanyikan lagu tema Pernikahan Dini.

Dengan kejayaannya ini, Agnes berjaya menjadi salah seorang artis yang ternama dan telah memenangi pelbagai penghargaan hasil bakat lakonannya. Dengan kejayaannya dalam drama bersiri, Agnes yang juga penyanyi cilik ini juga sering mengisi soundtrack drama bersirinya, dan akhirnya menghasilkan album dewasa pertamanya "..And The Story Goes.....". Albumnya berjaya dan melambungkan namanya dalam kancah industri hiburan Indonesia.

Pada 10 Disember 2005, Agnes melancarkan album Whaddup A'..?!. Single pertama berjudul "Bukan Milikmu Lagi". Pada albumnya yang terbaru ini, Agnes berduet dangan Keith Martin (penyanyi asal Amerika Syarikat yang sekarang mencipta karier di Filipina dan juga turut popular di Indonesia dengan lagunya yang berjudul "Because of You") untuk berduet dan menciptakan lagu buat Agnes dalam bahasa Inggeris dengan judul "I'll Light A Candle".

Rencana luar negeri[sunting | sunting sumber]

Agnes turut berlakon dalam drama berjudul The Hospital di Taiwan di mana Agnes berlakon bersama Jerry Yan, salah satu personil F4(sekarang berubah nama menjadi JVKV). Agnes juga berlakon dalam siri Romance in The White House, di mana Agnes dalam serial ini berlakon hanya beberapa episode saja. Adapun kedua siri ini telah ditayangkan di Indonesia. Dalam versi lokal, bahagian pembukaan dan penutup disunting sedemikian rupa dengan menyelitkan babab yang melibatkan Agnes. Bagi sebagian fans drama Taiwan, penyuntingan ini dianggap memaksa.

Di penghujung tahun 2006, Agnes memutuskan untuk berhenti sepenuhnya dari kuliahnya di Universiti Pelita Harapan, bidang undang-undang, demi memusatkan usahanya bagi memenuhi matlamatnya untuk pentas antarabangsa. Dikatakan Agnes telah mendapat tawaran dalam bidang muzik di Amerika, dan akan merancang untuk berhijrah ke sana.

Konsert[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Agnes menjelajah 4 kota (Bandung, Makassar, Surabaya, dan Lampung) yang dibiayai oleh Clasmild. Penjelajahannya ini diberi judul Claznezenzation. Setelah menjelajah 4 kota ini, Agnes menggelar konset tunggal besarnya di Jakarta pada akhir Jun 2006.

Drama Bersiri (Sinetron)[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Nota
1999 Lupus Milennia
Mr Hologram
2002 Amanda
Pernikahan Dini
Ciuman Pertama
Cinta Selembut Awan FTV
2003 Cewekku Jutek
2004 Cantik
Bunga Perawan
2005 Ku T'lah Jatuh Cinta
Romance In The White House Drama Taiwanese
2006 Pink
The Hospital Drama Taiwanese
2007 Kawin Muda
2008 Jelita
Kawin Masal
2010 Pejantan Cantik
2011 Marissa
2012 Mimo Ketemu Poscha

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Album Single
2003 "..And The Story Goes....."
  • "Bilang Saja"
  • "Indah"
  • "Cinta Mati" (feat. Ahmad Dhani)
  • "Jera"
2005 Whaddup A'..?!
  • "Bukan Milikmu Lagi"
  • "Tanpa Kekasihku"
  • "Tak Ada Logika"
  • "Cinta Di Ujung Jalan"
  • "Dan Tak Mungkin"
2009 Sacredly Agnezious
  • "Matahariku"
  • "Godai Aku Lagi"
  • "Teruskanlah"
  • "Janji Janji

Album lain[sunting | sunting sumber]

Penampilan lain[sunting | sunting sumber]

  • Van (Video Anak Anteve)
  • "Tralala-Trilili" – lagu tema acara televisi Tralala-Trilili (1998)
  • "Pernikahan Dini" dan "Seputih Hati" – album kompilasi Love Theme (2001)
  • "Awan dan Ombak" – duet dengan Yana Julio dalam album Jumpa Lagi (2002)
  • "Said I Loved You...But I Lied" – duet dengan Michael Bolton dalam album Gems: The Duets Album (Asian Edition) (2011)
  • "Rindu" – singel non-album (2011)
  • "Silent Night" – album kompilasi Natal Damai Bersamamu (2011)
  • "Berkelana ke Ujung Dunia" – duet dengan Andi Rif dalam album Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono, Harmoni (2012)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]