Bandar diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar DiRaja)
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar diraja adalah merupakan bandar kedua terpenting selepas bandar atau bandar raya yang menjadi ibu negeri bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Selalunya bandar diraja ialah daerah yang menjadi tempat berdirinya Istana kediaman rasmi bagi Sultan atau Raja, dan daerah yang menjadi bandar diraja (Royal Capital) bukanlah daerah yang dipilih menjadi ibu negeri (State Capital). Istilah ibu negara (atau ibu negeri) yang digunakan ketika zaman penjajah menunjukkan kawasan yang menjadi ibu negara itu menempatkan pusat pentadbiran kerajaan dan lazimnya istana raja yang memerintah dibina di ibu negara, seperti yang terdapat di London dan negara-negara beraja yang lainnya di Eropah. Hal ini dilakukan bagi memudahkan urusan pentadbiran. (Capital juga boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia sebagai Pusat, bergantung kepada konteks ayat.)

Namun di Tanah Melayu, atas sebab-sebab geografi dan ekonomi, di sesetengah negeri pihak British terpaksa mewujudkan pusat pentadbiran di tempat lain yang kadangkala jauh dari Istana rasmi. Contohnya di negeri Perak, baginda Sultan Perak bersemayam di Kuala Kangsar, namun Ipoh dijadikan ibu negeri kerana Ipoh menjadi kawasan yang paling pesat hasil daripada pembukaan banyak lomboh bijih yang mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada imigran. Lalu Ipoh dipilih menjadi ibu negeri dan Kuala Kangsar diangkat menjadi bandar diraja. Begitulah juga keadaan di negeri-negeri yang lain yang mempunyai situasi yang hampir sama.

Secara umumnya, hanya beberapa negeri sahaja yang memiliki bandar diraja iaitu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang namun Kedah juga memiliki bandar diraja (Anak Bukit) tetapi terletak di daerah Kota Setar (Alor Setar - ibu negeri). Bandar diraja bagi kelima-lima negeri kecuali Kedah terletak di kawasan di luar ibu negeri masing-masing yang kadang kala jauh dari ibu negeri itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelima-lima Sultan atau Raja bagi lima negeri ini memiliki istana hinggap di ibu negeri masing-masing bagi memudahkan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Biasanya apabila kita menjejakkan kaki ke mana-mana bandar diraja, pasti kita akan dapat melihat papan tanda yang memberitahu bandar tersebut merupakan bandar diraja. Contoh: - Pekan Bandar Diraja Indah Dan Makmur.

Namun baru-baru ini Bandar Maharani yang merupakan bandar bagi daerah Muar telah dimasyhurkan oleh DYMM Sultan Ibrahim sebagai Bandar Diraja meski tidak terdapat ura-ura bahawa baginda akan bersemayam secara kekal di Muar. Walaupun begitu Bandar Maharani tetap diiktiraf sebagai Bandar Diraja atas pemasyhuran ini tetapi memiliki format yang berbeza berbanding Lima negeri yang dinyatakan sebelum ini.

Kebiasaannya majlis-majlis rasmi seperti sambutan Hari Keputeraan, Pemasyhuran, Sambutan Tetamu Negeri, Perlantikan Menteri Besar dan pelbagai upacara yang melibatkan Raja atau Sultan dijalankan di bandar diraja kerana di bandar diraja itulah terletaknya istana rasmi bagi Sultan atau Raja yang memerintah.

Senarai negeri di Malaysia yang memiliki bandar diraja beserta lokasi istana rasmi[sunting | sunting sumber]

Bandar diraja lain di dunia[sunting | sunting sumber]