Delima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Buah delima)
Lompat ke: pandu arah, cari
Delima
Buah delima
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Subkelas: Rosidae
Order: Myrtales
Famili: Lythraceae
Genus: Punica
Spesies: P. granatum
Nama binomial
Punica granatum
L.

Delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika[1]. Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.[2]

Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya berbuah bermula dari bulan September sehingga Februari.[3] Manakala di Hemisfera Selatan, pokok delima berbuah dari bulan Mac sehingga Mei.

Buah delima telah banyak diperihalkan dalam beberapa teks-teks / kitab-kitab keagamaan, antaranya Kitab Keluaran dalam Perjanjian Lama, Homeric Hymns dan Al-Quran.[4] sejak tahun-tahun kebelakangan ini, buah delima dilihat telah mencapai permintaan yang memberangsangkan khususnya untuk jualan dalam pasaran komersial di Amerika Utara dan Hemisfera Barat.[1][5]

Foto menunjukkan bahagian dalam buah delima

Huraian[sunting | sunting sumber]

Putik bunga pohon buah delima sebelum bercambah.

Daun Punica granatum disusun seling berhadapan dan para-hadapan (opposite or sub-opposite), daunnya yang bersinar, bersaiz oblong sempit, kecil setiap helai, sisi daun pula jenis menyeluruh, sehelai daun panjangnya 3–7 cm dan lebarnya 2 cm. Manakala bunga pokok delima biasanya berwarna merah cerah (bright red), dengan diameter 3 cm, terdapat 4 hingga 5 kelopak bunga (dikotiledon). terdapat beberapa baka yang tumbuh hanya untuk bunganya sahaja, biasanya jenis baka ini mempunyai warna bunga merah cerah, banyak kelopak seperti pokok bunga kekwa. Buahnya yang kaya dengan sifat antioksida yang tinggi amat sesuai untuk dimakan. Kulit buahnya berwarna dari kuning, oren, merah jambu hingga ke merah pekat. Isi buah yang ranum berwarna merah dan banyak butir yang berbentuk hexagon setiap satu, bercahaya, berdiameter 5-12 cm setiap butir, dan rasanya yang manis diantara rasa buah lemon dan grapefruit. Jumlah butiran isi buah adalah antara 200 hingga 1400 biji, setiap satu buah mempunyai bilangan biji yang berbeza dan tidak serupa.[6] setiap satu butir biji dikelilingi pulpa berjus dan biji benih dalamnya juga rangup, seperti span putih dengan membran astringent.[7]

Kultivar[sunting | sunting sumber]

Lebih daripada 500 kultivar pokok delima telah dinamakan, tetapi buah sedemikian terbukti memiliki banyak nama yang berlainan bagi genotaip yang sama, dinamakan merentasi pelbagai daerah di seluruh dunia.[8] Iran memiliki kepelbagaian genetik terbanyak bagi pokok delima dan lebih 760 genotaip Iran telah dikumpulkan dalam pengumpulan buah delima kebangsaan Iran di Yazd, Iran.

Beberapa ciri-ciri antara genotaip delima berbeza bagi mengenal pasti kecenderungan pembeli, kecenderungan kegunaan, dan penjualan, dan yang terpenting adalah saiz buah, warna kulit luar ("exocarp") (antara kuning kepada ungu, dengan kebiasannya merah jambu dan merah), warna aril (antara putih kepada merah), kekerasan biji benih, kematangan, kandungan cecair dan keasidannya, kemanisan, dan astringency.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Purdue New Crops Profile
  2. Pomegranate. California Rare Fruit Growers
  3. LaRue, James H. (1980). "Growing Pomegranates in California". California Agriculture and Natural Resources. Diperolehi pada 2007-10-25. 
  4. Exodus 28:33-35
  5. "Pomegranate. California Rare Fruit Growers". Crfg.org. Diperolehi pada 2012-06-14. 
  6. "Does a larger pomegranate yield more seeds?". AquaPhoenix. 
  7. Floridata: Punica granatum
  8. 8.0 8.1 Stover E, Mercure EW (August, 2007). "The pomegranate: a new look at the fruit of paradise". HortScience 42 (5): 1088–92. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi