Cylindrophiidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cylindrophiidae
C. ruffus
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Superfamili: Henophidia
Famili: Cylindrophiidae
Fitzinger, 1843
Genus: Cylindrophis
Wagler, 1828[1]
Sinonim
  • Cylindrophes Fitzinger, 1843
  • Tortricidae Jan, 1863
  • Aniliidae Stejneger, 1907
  • Cylindrophinae McDowell, 1975
  • Cylindropheinae McDowell, 1975
  • Cylindrophiidae Cundall, Wallach & Rossman, 1993[1]

Cylindrophiidae atau ular kepala dua ialah sebuah famili monotip[2] yang mengandungi genus Cylindrophis yang ditemui di Asia. Ini merupakan ular pengorek tanah yang kesemuanya berperut petak-petak hitam putih. Kini, lapan spesies telah dikenal pasti tanpa berpecah kepada subspesies.[3]

Taburan geografi[sunting | sunting sumber]

Ular ini ditemui dari Sri Lanka ke timur melalui Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Kepulauan Melayu hingga sejauh Kepulauan Aru dekat pantai barat New Guinea. Ia juga ditemui di selatan China (Fujian, Hong Kong dan Pulau Hainan) dan Laos.[1]

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Giginya sederhana dan subekual, iaitu 10-12 batang di setiap maksila dan tiada di pramaksila. Kepalanya kecil dan tidak ketara dari leher. Matanya sangat halus dengan anak mata yang bulat atau bujur menegak. Kepalanya mempunyai pengadang yang besar dan bersimetri, dengan nostril dalam satu nasal yang membentuk sutur dengan felonya di sebalik rostral. Badannya berbentuk silinder. Sisik dorsalnya licin dalam 19, 21, atau 23 baris. Sisik ventralya lebih besar sedikit ataupun sama besar dengan sisik dorsal. Ekornya teramat kecil dan tumpul.[4]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Genus Cylindrophis mengandungi lapan spesies yang berikut.

Spesies[3] Pengarang takson[3] Nama am[5] Taburan geografi[1]
C. aruensis Boulenger, 1920 Ular kepala dua Aru Indonesia: Kepulauan Aru
C. boulengeri Roux, 1911 Ular kepala dua Boulenger Indonesia: pulau-pulau Babar, Timor, dan Wetar
C. isolepis Boulenger, 1896 Ular kepala dua Pulau Jampea Indonesia: Pulau Jampea
C. lineatus Blanford, 1881 Ular kepala dua Blanford Indonesia: Borneo and Sarawak
C. maculatus (Linnaeus, 1758) Ular kepala dua Ceylon Sri Lanka
C. melanotus Wagler, 1828 Ular kepala dua hitam Indonesia: Sulawesi, Kepulauan Tabukan, Kepulauan Sangihe, Kepulauan Sula, Halmahera dan Batjan
C. opisthorhodus Boulenger, 1897 Ular kepala dua pulau Indonesia: Lombok, Sumbawa, Komodo dan Flores.
C. ruffusT (Laurenti, 1768) Ular kepala dua berekor merah Myanmar dan selatan China (Fujian, Hong Kong dan Pulau Hainan), ke selatan melalui Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Semenanjung Melayu dan Hindia Timur hingga Indonesia (Kepulauan Riau, Sumatra, Bangka, Borneo, Jawa, Sulawesi, Buton dan Kepulauan Sula

T) Spesies jenis.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
  2. 'Cylindrophiidae' (TSN 563896). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 17 August 2007.
  3. 3.0 3.1 3.2 'Cylindrophis' (TSN 209616). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 17 August 2007.
  4. Boulenger, G.A. 1893. Catalogue of the Snakes in the British Museum (Natural History), Volume I. London. pp. 134-135.
  5. Templat:NRDB genus

Pautan luar[sunting | sunting sumber]