Tentera Udara Diraja Maghribi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Udara Diraja Maghribi
  • Arab: القوات الجوية الملكية
  • bahasa-bahasa Barbar: Adwas ujenna ageldan
  • Perancis: Forces royales air
Lencana Tentera Udara Diraja Maghribi
Ditubuhkan pada19 November 1956; 67 tahun yang lalu (1956-11-19)
Negara Maghribi
JenisTentera udara
PerananPeperangan udara
Saiz13,500 anggota
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Diraja Maghribi
Kelengkapan360 buah pesawat
Pertempuran
Komander
Commander-in-ChiefRaja Mohammed VI
Panglima Tentera UdaraJeneral El Abed Alaoui Bouhamid
Tanda kebesaran
Roundel
Lambang sirip
Pesawat terbang
PejuangF-16 Fighting Falcon, Northrop F-5, Mirage F1
Helikopter penyerangSA 342, AH-64E Apache[1]
Helikopter pebagai perananCH-47, SA 330, AB205
PengawasanRC-130H, SLAR, R4E-50, Predator XP, I-GNAT ER, Heron
PelatihB300, T-6C, A-Jet E+, F-5F
PengangkutC-130H, CN235M, C-27J
PenangkiKC-130

Tentera Udara Diraja Maghribi, RMAF, (Arab: القوات الجوية الملكية; bahasa-bahasa Barbar: Adwas ujenna ageldan; Perancis: Forces royales air) adalah cabang tentera udara bagi Angkatan Tentera Diraja Maghribi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tentera udara Maghribi telah ditubuhkan pada 19 November, 1956 dengan nama Penerbangan Diraja Sherifian (Aviation Royale Chérifienne).

Instalasi dan pangkalan modennya diwarisi dari Perancis (Meknes, Rabat {seiring dengan Amerika Syarikat}, Marrakech), Amerika Syarikat (Rabat {seiring dengan Perancis}, Kenitra, Benguérir, Boulhault, Nouasser dan Sidi Slimane) dan Sepanyol (Laayoune).

Perolehan pertama untuk tentera udara yang baharu ditubuhkan ini adalah enam buah Morane-Saulnier MS-500 Criquets, tiga buah pesawat pengangkut Max Holste MH.1521 Broussard, dua buah Beechcraft Twin Bonanza, sebuah de Havilland DH.114 Heron dah sebuah helikopter Bell 47G.

Pada tahun 1961, ia bertukar nama kepada Tentera Udara Diraja (Force royales air), satu designasi yang digunakan sehingga hari ini. Pada tempoh yang sama, ia memperolehi 12 buah pesawat pejuang Mikoyan-Gurevich MiG-17, dua buah pesawat latihan Mikoyan-Gurevich MiG-15UTI dan empat buah pesawat pengebom Ilyushin Il-28 dari Soviet Union. 24 buah pesawat latihan Fouga Magister juga diterima dari Perancis.

Pergolakan politik dengan Soviety Union memaksa Maghribi untuk menjadi sekutu baharu bagi Amerika Syarikat, dan membeli enam buah pesawat tempur Northrop F-5 (4 buah F-5A dan 2 buah F-5B) sebelum menambah 20 buah F-5A dan empat buah F-5B pada tahun 1966. Pesawat pengangkut yang dibeli pada waktu itu adalah 10 buah [[Douglas C-47 Skytrain]s, 18 buah Fairchild C-119G dan enam buah Lockheed C-130 Hercules. Armada helikopter pula terdiri daripada 24 buah Agusta-Bell AB205A, dan 12 buah North American T-6 Texan yang digunakan untuk melatih juruterbang.

Pemodenan seterusnya ke atas Tentera Udara Diraja Maghribi berlaku tidak lama sebelum konflik Sahara, dengan pembelian pesawat penyerang Mirage F-1CH, pesawat latihan Beech T-34C Mentor, helikopter Aerospatiale Puma, dan pesawat pengangkut Hercules baharu untuk mengantikan unit-unit lama. Program pemodenan ke atas Northrop F-5 Freedom Fighter dengan teknologi terkini dan pembelian 24 buah Alpha Jet E kemudian dilaksanakan oleh RMAF; sebelum satu lagi program pemodenan ke atas armada Dassault Mirage F1 yang disiapkan pada tahun 1996 dan 1997.

Semasa tahun 1990an, terdapat rancangan untuk membeli pesawat pejuang Mirage 2000 atau F-16, bagaimanapun oleh kerana ketiadaan dana ia tidak dapat direalisasikan. Menjelang tahun 2011, RMAF mula memodenkan armada usangnya dengan membeli F-16.[2]

Operasi[sunting | sunting sumber]

Perang Pasir[sunting | sunting sumber]

RMAF terlibat dalam satu konflik sempadan Algeria-Maghribi pada tahun 1963 yang dikenali sebagai Perang Pasir yang mana ia menggunakan pesawat serangan moden sementara Algeria tidak mempunyai sebuah pesawat pun.[3]

Perang Yom Kippur[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Yom Kippur, satu skuadron pesawat Northrop F-5A dari RMAF telah menyertai Skuadron ke-69 Mesir di Tanta pada 19 Oktober 1973. Sekurang-kurangnya 14 buah MiG-17 dan sekitar sedozen F-5A telah diaturgerak. F-5A tiba setelah satu penerbangan yang jauh, melalui Tunis dan Libya, diiringi oleh pesawat pengangkut Lockheed C-130 Hercules yang membawa alat ganti, senjata dan peralatan. Maghribi memulakan tugas penerbangan dengan misi-misi CAP di Delta Nile. Pada Januari 1974, dua buah F-5A yang dipersenjatai dengan AIM-9B dan meriam 20mm, telah memintas sepasang pesawat IAF Mirage IIIC yang melakukan satu misi pengawasan. Pesawat Israel berpatah balik apabila ternampak F-5A, meninggalkan kedua-dua pesawat pejuang RMAF di belakangnya, gusar akan kemungkinan diserang hendap oleh pesawat F-4E Phantom II milik Israel, kawalan misi EAF telah mengarahkan kedua-dua pesawat pejuang Maghribi untuk kembali, dan mengantikan ia dengan dua buah pesawat MiG-21MF dari Tentera Udara Mesir.[4]

Perang Sahara Barat[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan konflik Perang Sahara Barat, Fouga Magister (berpangkalan di Laayoune) dan North American T-6 Texan (berpangkalan di Ad Dhakla) pada mulanya digunakan untuk misi sokongan darat dan serangan malam. Kemudian, pesawat F-5 dimasukkan untuk beraksi untuk menghapuskan sasaran-sasaran POLISARIO. Sejak awal, objektif pihak MAghribi adalah untuk mewujudkan sebuah zon selamat dan terkawal di kawasan ini yang mana dianggap sebagai “berguna” untuk kepentingan politik dan ekonominya, iaitu ibu kotanya, Al-Aaiun dan pusat keagamaan Smara, dan medan fosfat di Bu-Craa.

Pada tahun 1980, pembinaan tembok-tembok pertahanan Sahara bermula, yang mana terdiri daripada semua jenis halangan untuk infantri dan kenderaan berperisai seperti peiuk api dan radar, dengan sokongan Pasukan Atur Cepat (Détachements d'Intervention Rapide) yang boleh bergerak dan dengan pantas mengukuhkan setiap lokasi di sepanjang tembok, dibantu dengan pengangkutan udara yang terdiri dari helikopter Super Puma, AB-205 dan CH-47 Chinook. Bagi pertahanan anti kereta kebal, ia diputuskan untuk menggunakan tambahan helikopter Aérospatiale SA 342 Gazelle yang dilengkapi dengan peluru berpandu HOT untuk menghapuskan T-54, T-55 dan IFV BMP milik POLISARIO. Selain radar di darat, dua buah pesawat C-130 Hercules dengan sistem SLAR juga digunakan untuk mengesan unit-unit musuh.

Selepas kehilangan sebuah pesawat F-5A dan dua buah RF-5A dalam pertempuran, 20 buah F-5E "Tiger II" dan 4 buah F-5F telah dibeli. Masalah utama yang dialami oleh F-5 di Sahara Barat adalah jarak yang tidak mencukupi untuk melaksanakan misi-misi jauh ke medan tempur di padang pasir Sahara. Bagi mengurangkan masalah ini, sebuah Boeing B707-138B dipasang dengan unit-unit hos Beech pada hujung sayap untuk pengisian minya di udara dan dua buah pesawat Lockheed KC-130H juga telah diserahkan pada awal tahun 1982 untuk menyokong tugasan pengisian minyak di udara kepada “Tiger II”, oleh itu meningkatkan jarak serangannya.

Mirage F-1 pula bertanggungjawap untuk mempertahankan ruang udara Maghribi daripada sebarang kemungkinan ancaman serangan dari Algeria atau Libya, di mana kerajaan-kerajaan ini menyokong Barisan Polisario dari segi politik dan kewangan, semasa permulaan konflik.

Pada tahun 1977, para juruterbang Mirage memulakan latihan di pangkalan tentera udara yang terletak di Orange, Perancis. Pada tahun yang sama, RMAF mula menerima pesawat pejuang Mirage F-1C pertamanya. Libya dan Algeria tidak menyerang Maghribi, dan akhirnya Maghribi menggunakan pesawat Mirage dalam misi-misi serangan darat menentang POLISARIO. Tiga penghantaran pesawat Mirage telah dilakukan antara tahun 1978 hingga 1982. Penghantaran pertama terdiri daripada 30 buah Mirage F1-CH telah diterima antara bulan Februar i hingga Disember 1978. Penghantaran kedua, dilakukan antara bulan Disember 1979 dan Julai 1982 dan terdiri daripada 14 buah Mirage F1-EH. Antara bulan Julai 1980 dan Jun, penghantaran terakhir untuk 6 buah Mirage F-1EH-200 telah diserahkan.

Dengan kehilangan Fouga Magister, FARM memutuskan untuk membeli sebanyak 24 buah Rockwell OV-10A dari Kor Marin Amerika Syarikat. Enam buah pesawat dalam kumpulan pertama diserahkan, akan tetapi sebuah darinya telah musnah dalam tempoh singkat, pesawat selebihnya dipindahkan ke peranan rondaan maritim di sebabkan ketidakcekapannya dalam pertempuran. Program ini kemudian dibatalkan untuk jumlah pesawat selebihnya.

Sebuah helikopter SA 330 Puma

Campur tangan menentang ISIL[sunting | sunting sumber]

Pada akhir tahun 2014, Maghribi telah menghantar armada pesawat F-16 ke medan tempur untuk menentang ISIL di Iraq dan Syria.[5][6] Ia merupakan atur gerak pertama pesawat ini sejak Maghribi membelinya pada tahun 2011.[7][2]

Pemodenan pada kurun ke-21[sunting | sunting sumber]

[8] Tentera Udara Diraja Maghribi memulakan sebuah program pemodenan progresif ke atas armada usang dan keupayaan operasi dan teknikalnya.

Tingkat upaya F-5[sunting | sunting sumber]

[9] Penambahbaikan ke atas armada F-5A/B direalisasikan dengan pemasangan avionik "Tiger II" pada kemungkinan 8 buah F-5A dan 2 buah F-5B. Satu kontrak dimaterai dengan sebuah syarikat Perancis, SOGERMA di Bordeaux (Perancis), kesemua pesawat diterima pada tahun 1998.[10] Bermula pada tahun 2001 sehingga 2004, armada F-5E/F menerima satu program pembaikan semula dan tingkat upaya sepenuhnya daripada SOGERMA. Tingkat upaya ini memperbaiki prestasi pesawat "Tiger II" ke tahap "Tiger III". Kerja-kerja yang dilakukan termasuk:

  • radar baharu yang diperbaiki, FIAR Grifo F/X Plus (menyamai prestasi AN/APG-69)
  • Pod-pod tindak balas elektronik aktif Elettronica ELT/555.
  • HOTAS (Hands On Throttle And Stick)
  • Penerima amaran radar EWPS/-100 (DM/A-106) baharu
  • Tatarajah kokpit baharu dengan:

F-5E/F TIII juga memiliki keupayaan untuk menggunakan persenjataan baharu seperti peluru berpandu melangkui ufuk (BVRAAM) dan senjata panduan tepat. Stesen debriefing darat RADA ACE,[11] sebuah simulator dan pod sasaran AN/AAQ-28(V) LITENING juga telah dibeli.

Mirage F1 MF2000 ASTRAC[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, RMAF telah memulakan satu program tingkat upaya bernilai 350 juta euro ke atas pesawat MF2000 Dassault Mirage F1,[12][13] yang mana telah membaik pulih 27 buah pesawat Mirage F1 (F1CH, F1EH dan F1EH-200) ke tahap Mirage 2000-5 untuk memperbaiki tahap survival armada MF2000, yang mana termasuk :

  • Penukaran radar lama Thomson-CSF Cyrano IV dengan radar Thales RC400 (RDY-3).
  • 4% pelonjak tujahan dan jangkat hayat lebih panjang menerusi sebuah modul pemampat baharu untuk enjin Snecma Atar 9K50.
  • Tatarajah kokpit baharu dengan dua unit LCD fungsi-multi, sebuah Head-Up Display dengan UFCP (Up Front Control Panel), dua buah LCD mini (untuk RWR dan horizon buatan) dan kawalan HOTAS sepenuhnya.
  • Inertial-aided GPS Navigator Sagem Sigma 95.
  • Gogel penglihatan malam CN2H-AA Mk II.
  • Kerusi lenting Zero-zero moden.
  • Peluru berpandu MICA bernilai sekitar 100 juta Euro
  • Elektronik baharu:
    • Sistem pengurusan persenjataan baharu.
    • Sistem amaran radar termaju Thales.
    • Pautan data baharu.
    • Sistem komunikasi yang diperbaiki.
    • Dua buah komputer tugas Dynamic yang diintegrasikan dengan sebuah bus MIL-STD-1553B.

Peningkatkan ini membolehkan ia menggunakan peralatan yang lebih canggih seperti:

Tingkat upaya ini dibangunkan oleh ASTRAC (Association Sagem Thales pour la Rénovation d'Avions de Combat).

T-6C Texan dan F-16C/D Block 52+[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Maghribi secara rasminya memohon 24 buah pesawat latihan T-6C Texan, dengan keupayaan sekunder dalam peranan serangan ringan.

Pada tahun 2008, satu pesanan bernilai $2.4 bilion telah 7dibuat untuk 24 buah pesawat F-16C/D Block 52+ selain peralatan dan perkhidmatan yang berkaitan,[14] bersama:

Jeneral Ahmed Boutaleb (kiri) dalam satu mesyuarat dengan Brigadier Jeneral Robert Ferrell, Mac 2010

Peningkatan armada F-16[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 2008 sehingga 2012, Tentera Udara Diraja Maghribi telah membeli peralatan termaju untuk armada F-16 miliknya:

Pensenjataan termaju juga dibeli:

Sebuah C-130 Maghribi

Pembelian dan tingkat upaya lain[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, 4 buah pesawat pengangkut taktikal C-27J Spartan telah dibeli dari Finmeccanica, anak syarikat bagi Alenia Aeronautica dengan harga 130 juta euro,[15] dan pesawat latihan lanjut dan CAS/COIN, Alpha Jet E telah dinaik taraf ke "standard E+". Pada tahun 2010, General Atomics telah menerima lesen eksport untuk menjual versi eksport tidak bersenjata, Predator kepada Arab Saudi, Mesir, U.A.E. dan Maghribi. Enam buah pesawat pemadam api udara, Bombardier 415 Superscooper juga telah dibeli pada tahun 2011. Proses pemodenan dan naik taraf bekas pangkalan Tentera Udara A.S di Pangkalan Udara Ben Guerir bagi menyokong pesawat F-16 Fighting Falcon juga penting. Pada Mac 2013, dilaporkan bahawa RMAF telah membeli 3 buah EADS Harfang MALE UAV yang telah dilucut tauliah oleh Perancis, akan tetapi ia tidak akan diserahkan sehingga tahun 2020.[16][17]

Pada tahun 2015, 3 buah helikopter CH-47D yang telah dibaik pulih telah diterima dari A.S, sebagai tambahan ke atas 9 buah helikopter CH-47C sedia ada yang diterima pada tahun 1979 dan 1982 (asalnya 12 buah telah diperolehi).[18]

Pada tahun 2019, kerajaan Maghribi telah memohon untuk membeli 25 buah pesawat F-16 Block 72 dan ia telah diluluskan oleh Jabatan Negara A.S.[19] Satu kontrak bernilai $2.8 bilion telah ditandatangani pada tahun 2020.[20] Penghantaran pertama 12 buah pesawat Viper baharu akan diterima pada tahun 2021.[21]

Terdapat cadangan untuk menaik taraf armada F-16 ke standard Viper.[22]

24 buah helikopter Apache juga telah dipesan pada tahun 2020.[20]

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2011, sebuah pesawat F-5 telah terhempas semasa cuba mendarat di lapangan terbang sebuah pangkalan tentera berdekatan dengan Meknes mengakibatkan juruterbangnya maut.[23]

Pada Julai 2011, sebuah pesawat C-130H telah terhempas dan membunuh 78 orang. Pesawat ini dalam perjalanan daripada Dakhla, sebuah bandar di Maghribi ke Pangkalan Udara Kenitra di Kenitra, terhempas sekitar 9.7 km (6 bt) daripada perhentian terancang di Pangkalan Udara Guelmim. 6 orang anak kapal, 60 anggota tentera darat dan 12 orang awam, kebanyakan ditemani oleh rakan maut dalam kemalangan ini.

Pada November 2012, 9 orang tentera telah terbunuh manakala dua orang cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan helikopter SA330 Puma di wilayah sama di Guelmim semasa latihan markas bersama.[24]

Pada 11 Mei, 2015, sebuah pesawat F-16 yang mengambil bahagian dalam kempen udara di Yaman telah terhempas di sebabkan kegagalan teknikal.[25]

Pada 16 Ogos 2015, sebuah pesawat Mirage F1 telah musnah dalam satu serangan burung.[26]

Pada 21 Januari 2019, sebuah pesawat Mirage F1 telah terhempas di kawasan Taounat di sebabkan masalah teknikal. Juruterbang sempat melenting keluar sebelum terhempas.[27]

Pangkat[sunting | sunting sumber]

Pegawai
Kumpulan pangkat Jeneral/pegawai bendera Pegawai medan/kanan Pegawai junior Pegawai kadet
Tentera Udara Diraja Maghribi[28]
Général d'armée Aerienne Général de corps Aerienne Général de division Aerienne Général de brigade Aerienne Kolonel Mejar Kolonel Leftenan-Kolonel Komandan Capitaine Leftenan Sous-Lieutenant
  • Général de l'armé et commandant en chef: Disandang oleh Raja Maghribi.
Lain-lain pangkat
Kumpulan pangkat NCO senior NCO junior Lain-lain pangkat
Tentera Udara Diraja Maghribi[28]
Tiada lambang
Adjudant-chef Adjudant Sarjan-Mejar Sarjan-chef Sarjan Caporal-chef Caporal Soldat de première classe Soldat de deuxième classe

Pangkalan udara[sunting | sunting sumber]

Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Morocco" does not exist.

  • Salé BAFRA Nº 7 (Pangkalan Udara)
  • Meknes BAFRA Nº 6 (Pangkalan Udara)
  • Kenitra BAFRA Nº 3 (Pangkalan Udara)
  • Laayoun BAFRA Nº 4 (Pangkalan Udara)
  • Sidi Slimane BAFRA Nº 2 (Pangkalan Udara)
  • Ben Guerir BAFRA N°1 (Pangkalan Udara)
  • Oujda BAFRA N°0 (Ibu pejabat & Pangkalan Udara)
  • Marrakech BEFRA (Pangkalan Udara Akademi & Pangkalan Udara)
  • Rabat - Ibu pejabat Kawasan Utara
  • Agadir - Ibu pejabat Kawasan Selatan
  • Casablanca - Pangkalan Aeronaval
  • Khouribga - Pangkalan Aero Annexe

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Inventori sekarang[sunting | sunting sumber]

Sebuah CASA CN-235
Sebuah helikopter CH-47
Pesawat latihan lanjut T-6 Texan II
Pesawat Asal Jenis Versi Dalam perkhidmatan Nota
Pesawat tempur
Mirage F1 Perancis Pejuang MF2000[29] 26[30]
Northrop F-5 Amerika Syarikat Pejuang F-5E 26 4 buah F-5F sebagai pesawat latihan[31]
F-16 Fighting Falcon Amerika Syarikat Pelbagai peranan F-16C/D 23 8 buah versi D digunakan untuk latihan[31] - 25 F-16V telah dipesan[32]
Pengawasan
Super King Air Amerika Syarikat Pengawasan 200/300/350 1[31]
Dassault Falcon 20 Perancis ELINT / ESM 2[31]
AEW&C
Gulfstream G550 Amerika Syarikat AEW&C CAEW Dipasang dengan radar IAI EL/W-2085[33]- 4 buah telah dipesan[34]
Pemadaman api udara
Bombardier CL-415 Kanada Pengebom air 5[35] 3 buah CL-515 telah dipesan[36]
Pengangkut
Boeing 707 Amerika Syarikat Pengangkutan VIP 1[37]
Gulfstream II Amerika Syarikat Pengangkut VIP II / III 2[37]
C-27J Spartan Itali Pengangkut 4[31]
C-130 Hercules Amerika Syarikat Pengangkut C-130H 14[31] 2 buah KC-130H menyediakan pengisian minyak udara
CASA CN-235 Sepanyol / Indonesia Utiliti / pengangkut 6[31]
Super King Air Amerika Syarikat Utiliti 200/300/350 6[31]
Helikopter
Bell 205 Amerika Syarikat Utiliti 5[31]
Bell 212 Amerika Syarikat Utiliti 3[31]
SA330 Puma Perancis Utiliti / pengangkut 26[31]
CH-47 Chinook Amerika Syarikat Kargo / pengangkut CH-47D 3[31] Bekas pesawat Tentera Darat Amerika Syarikat[38]
Aérospatiale Gazelle Perancis Peninjau / anti-armor SA342 23[31]
AH-64 Apache Amerika Syarikat Penyerang AH-64E 36 telah dipesan[39]
Pesawat latihan
Alpha Jet Jerman / Perancis Latihan jet / serangan ringan 22[31]
Super King Air Amerika Syarikat Latihan enjin berbilang 100 4[31]
T-6 Texan II Amerika Syarikat Latihan lanjut T-6C 24[31]
Bell 206 Amerika Syarikat Latihan sayap putar 6[31]
UAV
BAE SkyEye Amerika Syarikat Pengawasan 6[3]
IAI Heron Israel Pengawasan 3[40]
EADS Harfang Perancis / Israel MALE UAV 3[41]
CAIG Wing Loong China MALE UAV 3[42] Didermakan oleh UAE[42]
MQ-9 Reaper Amerika Syarikat UCAV Sea Guardian 4 telah dipesan [43][44][45]
Bayraktar TB2 Turki MALE 13 telah dipesan[46]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Judson, Jen (November 20, 2019). "US State Dept. approves $4.25 billion Apache helo sale to Morocco". Defense News.
  2. ^ a b "Morocco Takes Delivery of F-16 Jets | Defense News | defensenews.com". archive.ph. 2014-12-23. Dicapai pada 2021-10-25.
  3. ^ a b "Trade Registers". armstrade.sipri.org. Dicapai pada 2021-02-05.
  4. ^ [1][pautan mati kekal]
  5. ^ "Moroccan F-16 Carry Out Airstrikes Against ISIS". 10 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2014. Dicapai pada 23 Disember 2014.
  6. ^ FARS. "Morocco Sends its F16s to Syria and Iraq to Fight ISIS". The Moroccan Times. Dicapai pada 2014-12-23.
  7. ^ Schmitt, Eric (26 November 2014). "U.S. Adds Planes to Bolster Drive to Wipe Out ISIS". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2017. Dicapai pada 3 Mac 2017.
  8. ^ "Moroccos Air Force Reloads: And Now, The Training". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada 2012-11-20.
  9. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-19. Dicapai pada 2012-11-29.CS1 maint: archived copy as title (link)
  10. ^ [2]
  11. ^ http://i61.servimg.com/u/f61/09/01/13/73/sdc10715.jpg
  12. ^ "Mirage upgrade augments new fighter force". Arabian Aerospace. 28 April 2010. Dicapai pada 20 August 2021.
  13. ^ Zecchini, Laurent (27 September 2005). "La France prend en charge la rénovation de l'aviation de combat du Maroc". Le Monde. Dicapai pada 20 August 2021.
  14. ^ "Arabian Aerospace - Morocco unveils its new kids on the Block".
  15. ^ "Alenia Aeronautica Signs Contract Worth 130 Million Euro to Supply Four C-27Js to Morocco".
  16. ^ "f13.jpg - Click to see more photos". ImageShack. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-15. Dicapai pada 2013-04-28.
  17. ^ "Morocco Buys Israeli Heron Drones Decommissioned from French Service".
  18. ^ "Moroccan CH-47 Chinooks arrive home". 17 August 2015.
  19. ^ "Morocco – F-16 Block 72 New Purchase | The Official Home of the Defense Security Cooperation Agency". www.dsca.mil. Dicapai pada 2020-05-21.
  20. ^ a b https://www.defensa.com/africa-asia-pacifico/marruecos-mayor-comprador-armas-estadounidenses-africa-mas-cerca
  21. ^ Guessous, Hamza (2018-10-30). "Morocco to Receive F-16 Fighting Falcon Planes in 2021". Morocco World News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-21.
  22. ^ "Morocco – F-16 Block 52+ Upgrade to F-16V Configuration | The Official Home of the Defense Security Cooperation Agency". www.dsca.mil. Dicapai pada 2020-05-21.
  23. ^ Laaboudi, Jalil (2011-01-09). "Crash d'un avion de chasse F5 à Meknès". bladi.net (dalam bahasa Perancis).
  24. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-16. Dicapai pada 2012-11-16.CS1 maint: archived copy as title (link)
  25. ^ "Moroccan F-16 crashes over Yemen". www.f-16.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-24. Dicapai pada 2016-02-08.
  26. ^ "Un avion Mirage F1 monomoteur des Forces Royales Air s'est écrasé lundi au sud de la Base aérienne de Sidi Slimane (communiqué)". lemag.ma. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-20. Dicapai pada 2015-08-20.
  27. ^ "Le Matin - Un Mirage F1 des FAR en mission d'entrainement s'écrase dans la région de Taounate, le pilote sain et sauf". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-22. Dicapai pada 2019-01-22.
  28. ^ a b Ehrenreich, Frederich (1985). "National Security". Dalam Nelson, Harold D. (penyunting). Morocco: a country study. Area Handbook (ed. 5th). Washington, D.C. m/s. 350–351. LCCN 85600265.
  29. ^ "Arabian Aerospace - Mirage upgrade augments new fighter force". www.arabianaerospace.aero. Dicapai pada 2020-05-21.
  30. ^ International Institute for Strategic Studies (February 2021). The Military Balance 2021. Routledge. m/s. 358. ISBN 978-1032012278.
  31. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "World Air Forces 2021". Flightglobal Insight. 2021. Dicapai pada 2 June 2021.
  32. ^ "Morocco maintains army modernization plan | The North Africa Post". northafricapost.com. Dicapai pada 2020-06-10.
  33. ^ "Israel to receive the first of three Eitam AEW aircraft". mobiledevdesign.com. Dicapai pada 17 June 2017.
  34. ^ Herk, Hans van. "First Royal Moroccan Air Force G550 ISR to be delivered next year". www.scramble.nl (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-08.
  35. ^ Aamari, Oussama. "The Superscooper: Canadair's Fire Fighting Plane And Its Implications For Morocco". moroccoworldnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-21.
  36. ^ Aamari, Oussama. "The Superscooper: Canadair's Fire Fighting Plane And Its Implications For Morocco". moroccoworldnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-21.
  37. ^ a b "World Air Forces 2004 pg. 75". Flightglobal Insight. 2004. Dicapai pada 28 September 2015.
  38. ^ "Morocco receives CH-47D". AirForces Monthly. Key Publishing. October 2015. m/s. 22.
  39. ^ "Morocco maintains army modernization plan | The North Africa Post". northafricapost.com. Dicapai pada 2020-06-10.
  40. ^ "Morocco Acquired IAI's Heron | Israel Defense". 2015-07-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-15. Dicapai pada 2021-03-19.
  41. ^ "France has transferred 3 EADS Harfang to Morocco – Alert 5". alert5.com. Dicapai pada 2021-03-19.
  42. ^ a b Defensa.com (2021-01-09). "Marruecos también se ha dotado con UAVs armados chinos Wing Loong 1, captadas las primeras imágenes -noticia defensa.com - Noticias Defensa Africa-Asia-Pacífico". Defensa.com (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2021-03-19.
  43. ^ "paralyzes the sale of its latest generation drones to Morocco". Today in 24 English (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-01. Dicapai pada 2021-11-22.
  44. ^ "Washington suspend la vente au Maroc des drones MQ-9B" (dalam bahasa Perancis). 2021-08-01. Dicapai pada 2021-11-22.
  45. ^ "Tout en bloquant l'opération de vente de drones armés au Maroc: Le Congrès américain bloque également la promesse de Trump d'ouvrir un consulat US à Dakhla Algérie". Fibladi FR (dalam bahasa Perancis). 2021-06-13. Dicapai pada 2021-11-22.
  46. ^ "Armement: le Maroc a commandé douze drones de combat à la Turquie". Le360.ma (dalam bahasa Perancis). 2021-04-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Morocco Military Templat:Moroccan security forces Templat:Air forces