Gunther von Kluge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Günther "Hans" von Kluge
Bundesarchiv Bild 146-1973-139-14, Hans Günther v. Kluge.jpg
Generalfeldmarshall Günther von Kluge
Nama gelaran der kluge Hans ("Si Pintar Hans")
Kesetiaan  Empayar Jerman (sehingga 1918)
 Republik Weimar (sehingga 1933)
 Jerman Nazi
Jumlah tahun berkhidmat 1901–1944
Pangkat Fil Marsyal
Unit Artileri
Reichswehr 1916–1930
Wehrmacht 1930–1944
Arahan Tentera Darat Ke-4
Kumpulan Tentera Darat Tengah
Angkatan Tentera Barat
Pertempuran Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Kedua

Anugerah Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang
Hubungan Wolfgang von Kluge (adik)
Karl Ernst Rahtgens (anak buah)

Günther Adolf Ferdinand "Hans" von Kluge (30 Oktober 1882 - 17 Ogos 1944) ialah seorang pemimpin tentera darat Jerman yang berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Beliau dilahirkan ke dalam sebuah keluarga tentera Prusia di Posen (sekarang Poznan, Poland) pada tahun 1882, Kluge menjadi seorang pegawai staf am dengan pangkat kapten pada tahun 1916 semasa Pertempuran Verdun. Beliau akhirnya naik ke pangkat Fil Marsyal Tentera Darat pada tahun 1940. Generalleutnant Wolfgang von Kluge merupakan adik bongsunya, dan seorang lagi pegawai Jerman, Oberstleutnant Karl Ernst Rahtgens, pula ialah anak saudaranya.

Kluge terlibat dalam kempen peperangan di barisan Barat dan Timur, dan telah dianugerahi Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak dan Pedang (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub und Schwerten). Walaupun Kluge bukanlah seorang konspirator yang aktif dalam percubaan membunuh Adolf Hitler, anak buahnya turut serta, dan Kluge sendiri sebelum ini terlibat dengan penentangan tentera Jerman. Beliau membunuh diri pada 17 Ogos 1944, selepas digantikan selaku Panglima Tertinggi Barat (Oberbefehlshaber West) oleh Walter Model dan dipanggil pulang ke Berlin untuk bermesyuarat dengan Hitler selepas rampasan kuasa yang gagal.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia I, beliau merupakan seorang pegawai staf am dan pada tahun 1916 terlibat dalam Pertempuran Verdun. Menjelang tahun 1936 beliau adalah seorang leftenan jeneral (Jerman: Generalleutnant), dan pada tahun 1937 mengambil alih pemerintahan Kumpulan Markas 6.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Penyerbuan Poland dan Perancis[sunting | sunting sumber]

Selaku panglima Kumpulan Markas 6, yang dinamakan semula Tentera Darat 4, Kluge memimpin ketumbukan ini kedalam Poland pada September 1939. Meskipun beliau menentang pelan permulaan Jerman untuk menyerang Perancis, beliau memimpin serangan Tentera Darat 4 menerusi hutan Ardennes yang mengakibatkan kejatuhan Perancis. Kluge telah dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal pada 19 Julai 1940.

Kesatuan Soviet[sunting | sunting sumber]

Kluge sekali lagi memerintah Tentera Darat 4 pada pembukaan Operasi Barbarossa, yang mana beliau membangkitkan hubungan yang tegang dengan orang bawahannya Heinz Guderian mengenai isu-isu taktikal semasa operasi, menuduh Guderian selalu mengingkari arahan-arahannya. Pada 29 Jun 1941, von Kluge mengeluarkan arahan, 'Wanita yang memakai uniform akan ditembak.'

Baton Marsyal von Kluge

Selepas Fedor von Bock dipecat dari tugasnya sebagai panglima Kumpulan Tentera Darat Tengah pada Disember 1941, Kluge telah menggantikannya dan memimpin kumpulan tentera darat itu hingga beliau mengalami kecederaan pada Oktober 1943. Kluge kerap kali menaiki kapal terbang untuk memeriksa divisyen-divisyen dibawah pemerintahannya dan kadangkala menghilangkan kebosanannya semasa penerbangan dengan memburu rubah dari udara - satu cara yang jelas bukan tradisi. Pada 30 Oktober 1942, Kluge adalah penerima satu sogokan yang besar daripada Hitler yang mengepos surat dengan ucapan selamat berserta sekeping cek besar yang dibuat untuknya dari perbendaharaan Jerman dan berjanji segala kos membaik pulih estetnya akan ditanggung oleh perbendaharaan Jerman. Kluge mengambil wang tersebut, tetapi selepas menerima kritikan pedas daripada ketua stafnya, Henning von Tresckow, yang memarahinya kerana rasuah ini, beliau bersetuju untuk menemui Carl Friedrich Goerdeler pada November 1942. Kluge berjanji dengan Goerdeler yang dia akan menangkap Hitler di masa yang lain jika Hitler datang ke Barisan Timur, tetapi apabila menerima "hadiah" lagi dari Hitler, menukar fikirannya dan memutuskan untuk kekal setia. Hitler, seperti tahu yang Kluge tidak berpuas hati dengan kepimpinannya menganggap "hadiah"nya sebagai hak beliau untuk mendapat kesetiaan penuh Kluge. Pada 27 Oktober 1943, Kluge telah mengalami kecederaan teruk apabila keretanya terbalik di laluan Minsk-Smolensk. Beliau tidak dapat kembali bertugas sehingga Julai 1944. Selepas pemulihannya beliau menjadi Panglima Tertinggi tentera Jerman di Barisan Barat (Oberbefehlshaber West atau singkatan OB West) menggantikan Gerd von Rundstedt.

Perancis dan Barisan Barat[sunting | sunting sumber]

Von Kluge di barisan Barat pada Julai 1944

Di antara Jun dan Julai 1944, sewaktu penyerbuan Normandy oleh tentera Bersekutu, Erwin Rommel memerintah Kumpulan Tentera Darat B dibawah Fil Marsyal von Rundstedt. Rommel diberi kuasa merancang penyerangan balas Jerman untuk menolak kembali tentera Bersekutu ke pantai. Pada 5 Julai, Kluge menggantikan Rundstedt, kerana disebabkan Rundstedt menyokong rundingan dengan pihak Bersekutu. Dua minggu kemudian, Fil Marsyal Rommel telah tercedera dan Kluge juga diarah mengambil alih sebagai panglima Kumpulan Tentera Darat B, yang mana tentera von Kluge disekitar bandar Falaise telah dikepung oleh gabungan ketumbukan-ketumbukan darat Amerika,British,Kanada dan Poland. Pada Ogos, selepas percubaan rampasan kuasa Claus von Stauffenberg gagal, Kluge telah dipanggil pulang ke Berlin dan digantikan oleh Fil Marsyal Model.

Penentangan terhadap Hitler[sunting | sunting sumber]

Seorang tokoh utama penentang tentera Jerman, von Tresckow, berkhidmat sebagai ketua stafnya dalam Kumpulan Tentera Darat Tengah. Kluge juga turut terlibat dalam penentangan tentera. Beliau mengetahui rancangan Tresckow untuk menembak Hitler semasa satu lawatan ke Kumpulan Tentera Darat Tengah, ini telahpun diberitahu oleh bekas orang bawahannya, Mejar Georg von Boeselager, yang sekarang berkhidmat dengan Tresckow. Pada saat-saat akhir, Kluge menggugurkan rancangan Tresckow. Boeselager kemudian membuat andaian bahawa disebabkan ketiadaan Heinrich Himmler bersama Hitler, Kluge pula berasa takut jika tanpa menghapuskan Himmler sekali, ia akan mencetuskan perang saudara antara SS dan Wehrmacht.

Semasa percubaan Stauffenberg untuk membunuh Hitler pada 20 Julai, Kluge adalah Panglima Tertinggi Barat dengan markas di La Roche-Guyon. Panglima Tentera Jerman di Perancis, Jeneral Karl-Heinrich von Stülpnagel, dan orang bawahannya Kolonel Luftwaffe Caesar von Hofacker - yang juga sepupu Stauffenberg - datang menemui Kluge. Stulpnagel baru sahaja mengarahkan penahanan unit-unit SS di Paris. Kluge sudahpun tahu bahawa Hitler terselamat dari cubaan bunuh dan enggan memberikan sebarang bantuan. "Ja - wenn das Schwein tot wäre!" ("Ya - jika babi tu mati!") katanya. Pada 17 Ogos, beliau telah digantikan oleh Model dan dipanggil pulang ke Berlin bagi menghadiri satu mesyuarat bersama Hitler selepas rampasan kuasa tersebut gagal; beranggapan bahawa Hitler akan menghukumnya sebagai seorang konspirator, beliau membunuh diri dengan menelan racun sianida di Metz pada hari yang sama. Beliau meninggalkan Hitler sepucuk surat dimana beliau menasihatkan Fuhrer supaya berdamai dan "menghentikan perjuangan yang sia-sia apabila perlu...". Hitler dilaporkan menyerahkan surat tersebut kepada Kolonel Jeneral Alfred Jodl dan memberi komen,"Ada sebab-sebab yang kukuh untuk mengesyaki bahawa jika Kluge tidak membunuh diri dia akan ditangkap jua".

Askar-askar dan rakan-rakan sejawatannya menggelarkan Gunther von Kluge sebagai der kluge Hans (“Si Pintar Hans”). Hans bukanlah sebahagian daripada nama kristiannya, tetapi satu nama gelaran yang diperolehi pada awal kerjayanya yang mengagumi kepintaran beliau (klug dalam bahasa Jerman ialah "pintar"). Ia merujuk kepada "Si Pintar Hans", seekor kuda yang menjadi terkenal dengan keupayaan jelasnya melakukan aritmetik.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Generalmajor von Kluge pada tahun 1933

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Berger, Florian (1999) (dalam bahasa German). Mit Eichenlaub und Schwertern. Die höchstdekorierten Soldaten des Zweiten Weltkrieges [With Oak Leaves and Swords. The Highest Decorated Soldiers of the Second World War]. Vienna, Austria: Selbstverlag Florian Berger. ISBN 978-3-9501307-0-6. 
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000) (dalam bahasa German). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile [The Bearers of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939–1945 — The Owners of the Highest Award of the Second World War of all Wehrmacht Branches]. Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. 
  • Hoffman, Peter, (tr. Richard Barry) (1977). The History of the German Resistance, 1939–1945. Cambridge, MA: MIT Press. ISBN 0-7735-1531-3.
  • Knopp, Guido (2007). Die Wehrmacht: Eine Bilanz. C. Bertelsmann Verlag. München. ISBN 978-3-570-00975-8.
  • Schaulen, Fritjof (2004) (dalam bahasa German). Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe II Ihlefeld - Primozic [Oak Leaves Bearers 1940 – 1945 Contemporary History in Color II Ihlefeld - Primozic]. Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-21-8. 
  • Scherzer, Veit (2007) (dalam bahasa German). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives]. Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. 
  • Shirer, William L. (1990). The Rise and Fall of the Third Reich. New York: Simon and Schuster. ISBN 0-671-72868-7.
  • Thomas, Franz (1997) (dalam bahasa German). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 1: A–K [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 1: A–K]. Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2299-6. 
  • (dalam bahasa German) Die Wehrmachtberichte 1939–1945 Band 1, 1. September 1939 bis 31. Dezember 1941 [The Wehrmacht Reports 1939–1945 Volume 1, 1 September 1939 to 31 December 1941]. München, Germany: Deutscher Taschenbuch Verlag GmbH & Co. KG. 1985. ISBN 978-3-423-05944-2. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Pegawai tentera
Didahului oleh
none
Commander of 4. Armee
1 December 1938 – 19 December 1941
Diikuti oleh:
General der Gebirgstruppe Ludwig Kübler
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Fedor von Bock
Commander of Heeresgruppe Mitte
19 December 1941 – 12 October 1943
Diikuti oleh:
Generalfeldmarschall Ernst Busch
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt
Commander of Heeresgruppe D
2 July 1944 – 15 August 1944
Diikuti oleh:
Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt
Oberbefehlshaber West
2 July 1944 – 16 August 1944
Diikuti oleh:
Generalfeldmarschall Walter Model
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Erwin Rommel
Commander of Heeresgruppe B
19 July 1944 – 17 August 1944
Diikuti oleh:
Generalfeldmarschall Walter Model