Kampung Meranek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Meranek
Kampung Meranek,Kampung Langsat, Kampung Meranek Lot
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Meranek
Mohor rasmi Kampung Meranek
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku'
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSarawak
BahagianKota Samarahan
KampungKampung Meranek
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • 
( lelaki perempuan)
Zon waktuGMT 8+
 • Musim panas (DST)GMT8+
Poskod
94300
Kod kawasan082
Lokasi Kampung Meranek di Peta Google

Kampung Meranek merupakan sebuah kampung yang terletak di Kota Samarahan, di Sarawak, lebih kurang 30 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Penduduk kampung merupakan majoriti adalah kaum Melayu dan beragama Islam. Lokasi kampung yang terletak berhampiran dengan pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS, Universiti Teknologi MARA UiTM dan Maktab Perguruan Tun Abdul Razak menyumbang kepada pengaruh kampung ini untuk dikenali ramai.

Kampung Meranek merupakan pengeluar utama buah nanas di daerah Samarahan. Tanaman nanas merupakan tanaman warisan turun-temurun penduduk kampung Meranek sebagai rutin harian penduduknya. Walaupun kemajuan semakin pesat, kawasan tanaman nanas tetap tidak diganggu bagi mengekalkan status kampung Meranek sebagai pengeluar utama buah ini.Selain nanas,terdapat juga tanaman lain yang diusahakan oleh penduduk kampung seperti kelapa sawit dan tanaman padi.

Tragedi

Kampung Meranek terkenal kerana berlakunya serangan buaya ganas yang mendiami Sungai Meranek

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Meranek
  2. Tabika Perpaduan Kampung Meranek
  3. Kelas Bina Insan
  4. Prasekolah Erajaya

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

1.Masjid Darul Ibadah

2.Surau Darul Amanah

Tempat Kemasyarakatan

1.Dewan Sri Nor (sudah musnah dijilat api pada tahun 2019)

2.Ruang Legar SK Meranek

3.Padang SK Meranek

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Meranek, Kota Samarahan, Sarawak ialah 94300.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]