Kampung Sungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Sungan
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Sungan
Mohor rasmi Kampung Sungan
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSarawak
Daerah Serian
KampungKampung Sungan
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
94700
Kod kawasan082 Sarawak – Kuching, Samarahan and Serian 083 Sarawak – Sri Aman and Betong 084 Sarawak – Sibu, Sarikei, Mukah and Kapit 085 Sarawak – Miri, Limbang and Lawas 086 Sarawak – Bintulu and Belaga
Lokasi Kampung Sungan di Peta Google

Kampung Sungan merupakan sebuah kampung yang terletak di Bahagian Serian, dalam Sarawak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan negara Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963.

Asal usul nama Kampung Sungan ini wujud daripada sebatang sebuah sungai yang berhampiran dengan kampung. Jumlah keluarga yang terdapat di Kampung Sungan adalah dalam lingkungan 83 hingga 110 buah pintu rumah .Kampung Sungan ini mempunyai jumlah penduduk dalam lingkungan antara 280 hingga 350 orang .

Jarak daripada bandar Serian adalah lebih kurang 31 kilometer dan jarak pergi ke Bandar Mutiara Tebedu ialah 11 kilometer. Kampung ini berjiran dengan Kampung Tema Saan dari arah Bandar Serian dan Kampung Sejijag Kibuhu dari arah Bandar Tebedu. Majoriti penduduk Kampung Sungan berbangsa Bidayuh ( Dialek Bukar/ Sadong).

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Kemudahan asas yang terdapat di kampung itu adalah air terawat bersih daripada JBALB Bahagian Serian dan bekalan elektrik 24 jam dari SECSO. Kampung Sungan ini juga terdapat menara telekomukasi yang menyenang penduduk kampung berhubung dengan dunia luar melalui telefon atau melayari internet. Kampung Sungan ini mempunyai rumah panjang dengan 11 buah pintu rumah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah sekolah rendah di Kampung Sungan iaitu Sekoleh Kebangsaaan Sungan. Pelajar sekolah ini ramai muridnya berasal dari Kampung Sungan . Setelah tamat sekolah rendah , para pelajar melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah di SMK Tebedu.

Agama /Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Penduduk Kampung Sungan menganut agama Kristian (RC) . Terdapat sebuat Gereja Katolik di kampung berkenaan iaitu ST. Thaddeus.


EKONOMI

Ekonomi penduduk Kampung Sungan bergantung kepada aktiviti pertanian dan berkerja sendiri . Segelintir golongan muda berkerja dengan pihak swasta dan berhijrah ke Bandaraya Kuching serta bandar - bandar lain di Sarawak . Ada juga golongan muda berkerja di Semenjung Malaysia. Aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dengan mengusahakan kebun lada, padi huma, kebun koko, kebun pisang, kebun getah dan kelapa sawit.

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Sungan, Serian, Sarawak ialah 94760 Tebedu.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]