Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2008 diadakan selama 2 hari pada pada 29 dan 30 November 2008 di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Stadium ini dapat digunakan kerana Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor. Kirakira 2000 perwakilan dari lebih 160 bahagian PKR hadir. Kongres ini menjadi tumpuan kerana pertama kali diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008. 1,200 pemerhati rasmi dan ratusan penyokong turut memenuhi stadium.

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali merasmikan kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan.

PKR disarankan menjemput veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memghadiri kongres PKR. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Khalid Jaafar menyatakan kemungkinan Tengku Razaleigh menyertai PKR. Oktober 2008, Tengku Razaleigh telah bertemu dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Antara tajuk perbincangan ialah 'konsep kerajaan perpaduan'.

Kerajaan negeri Selangor memberikan baju hijau untuk petugas menjaga keselamatan. Pekerja Majlis Bandaraya Shah Alam membantu kelancaran kongres itu. Makanan tenga hari turut disediakan dengan iringan kumpulan muzik.[1]

Kehadiran jelas memperlihatkan kemalaysiaan - kongres rakyat Malaysia.

Tengku Razaleigh bertanding jawapan Presiden UMNO tetapi gagal mendapatkan kelayakan minimum 59 pencalonan. Hanya UMNO bahagian Gua Musang mencalonkan beliau. Dengan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menang tanpa bertanding jawatan presiden. [2]

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikrar akan mengembalikan kekebalan institusi raja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan. Tiga parti dalam Pakatan Rakyat setuju dengan kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam.Malah, Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar meminta kekebalan kerabat diraja dikembalikan. Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang atau pindaan akta seperti sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 akan dipulihkan.

Wan Azizah langsung tidak menyentuh projek 16 September 2008 - peralihan kuasa kerajaan persekutuan yang diusahakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tema ucapan beliau ialah "Harapan Baru".

Gaji minimum RM1,000 sebulan akan dilaksanakan di negeri Selangor tidak lama lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Karpal Singh, Lim Kit Siang ,Teresa Kok, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa , setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Li turut hadir. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]