Kritikan terhadap agama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanda yang mengkritik agama dan menarik perhatian kepada Serangan 11 September, oleh Ateis Connecticut River Valley di Rockville, Vernon pada Disember 2007. Kumpulan itu menjelaskan dalam siaran akhbar mereka bahawa "jelasnya, 9/11 ialah kerja orang fanatik. Bagaimanapun, kami berasa bahawa agama, walau pada peringkat sederhana, memberikan asas kepada kumpulan fanatik untuk berkembang maju".[1]

Kritikan terhadap agama ialah kritikan terhadap konsep, kesahan, dan amalan agama, termasuk implikasi politik dan sosial yang berkait.[2] Ia memiliki sejarah yang panjang dan wujud sejak abad ke-1 SM lagi di Rom dengan karya Titus Lucretius Carus, De Rerum Natura, dan berterusan sehingga hari ini dengan kemunculan ateisme baharu yang diwakili oleh penulis seperti Sam Harris, Daniel Dennett, Richard Dawkins, dan Christopher Hitchens.

Agama dikatakan ketinggalan zaman dan berbahaya kepada:

serta juga menghalang kemajuan sains, dan menggalakkan perbuatan yang tidak moral seperti korban darah, diskriminasi terhadap kaum homoseksual, dan diskriminasi terhadap kaum wanita.[3][4]

Sesetengah pengkritik terhadap agama menegaskan bahawa agama teisme dan kitab sucinya bukan diwahyu tetapi sebaliknya dipalsukan oleh manusia bukan ketuhanan yang menciptanya untuk memenuhi keperluan sosial, biologi, dan politik.[5][6][7] Bagaimanapun, sesetengah pengkritik yang lain mengimbangkan manfaat kepercayaan agama (ketenangan jiwa, pembinaan komuniti, penggalakan kelakuan yang berakhlak mulia) dengan kelemahannya.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Vernon Atheist Display," Diarkibkan 2008-06-17 di Wayback Machine Press Release, CT Valley Atheists, December 17, 2007 . Retrieved October 1, 2008.
  2. ^ Beckford, James (2003). Social Theory and & Relgion. Cambridge: Cambridge University Press.
  3. ^ Hitchens, Christopher (2007). God is not Great. Twelve.
  4. ^ Dawkins, Richard (2006). The God Delusion. Bantam Books.
  5. ^ Dennett, Daniel (2006). Breaking the Spell. Allen Lane. ISBN 0713997893.
  6. ^ Harris, Sam (2005). The End of Faith. W. W. Norton. ISBN 0393327655.
  7. ^ Hitchens, Christopher (2007). God is not Great. Twelve. ISBN 0446579807.
  8. ^ Dawkins, Richard (2006). The God Delusion. Houghton Mifflin. ISBN 0-618-68000-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]