M3 SMG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gambar M3A1 dengan bontotnya dibuka
M3A1 dengan bontotnya dibuka

Submesingan, Cal. .45, M3/M3A1 (1942) digelar Grease Gun kerana rupanya. M3 merupakan submesingan blow back yang mula diguna pada Disember 1942 oleh tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Ia hanya boleh ditembak secara automatik sepenuhnya. Ia menggunakan peluru .45 ACP kaliber dalam kelopak 30-biji. Kadar tembakannya adalah 350-450 biji se-minit. Ia sepanjang 745mm, atau 570mm dengan pangkalnya dimasukkan. M3A1 digunakan semasa Perang Dunia II dan Perang Korea. Sejumlah 679,200 laras dihasilkan.

  • M3 (1942) direka khusus bagi menggantikan submesingan Thompson dengan senjata yang lebih murah. Pengeluarannya dipermudahkan dengan menggunakan bahagian besi ditekan ( stamped). Beberapa kecacatan dijumpai pada awal dua tahun pertama digunakan. Kecacatan ini diperbaiki dalam model M3A1.
  • M3A1 (1944) mempunyai ruang lentingan yang lebih besar dan spring penutup yang lebih kukuh. Ia juga direka agar dapat menerima peluru 9mm Parabellum dengan menukar laras dan bolt dan menambah adapter pada kelopak peluru. Selepas Perang Dunia II, laras yang bengkok dibuat untuk digunakan dengan M3A1. Pemampan kilauan ( flash suppressor ) dimajukan untuk kegunaan M3 dan M3A1.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senjata infantari tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II Mesingan Perang Dunia II