Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
Tarikh lahir 3 Ogos 1987 (26 tahun)
Tempat lahir Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Negeri Sembilan
Nombor 8
Kerjaya remaja
2004-2005 Negeri Sembilan
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006- Negeri Sembilan 0? 0(22)
Pasukan kebangsaan
2007- Malaysia Malaysia 020 0(4)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 Januari, 2009.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 14 November, 2009

Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Negeri Sembilan FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan adik kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pasukan Negeri[sunting | sunting sumber]

Zaquan Adha merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama-sama pasangan kembarnya Aidil Zafuan. Dia mula mewakili skuad remaja Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berusia 18 tahun, Zaquan telah dilamar untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan bagi kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Zaquan bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pada musim 2005, Zaquan diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga dia digandingkan bersama penyerang sensasi Negeri Sembilan Christian Bekamenga sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia. Pada musim 2007/08, Zaquan berjaya menjaringkan 11 gol sekaligus menjadikannya penjaring kedua terbanyak Negeri Sembilan pada musim tersebut.

Pada musim 2009, Zaquan membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia. Dia menjaringkan 10 gol dalam 11 penampilan pada kejohanan itu.

Pasukan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Zaquan mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia bimbingan K. Rajagopal pada kejohanan Piala Belia Asia 2004. Tahun berikutnya, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Belia ASEAN di Palembang, Indonesia. Zaquan menjadi penjaring terbanyak kejohanan ini dengan 9 gol.[1] Pada kelayakan Piala Belia Asia 2006, dia menjaringkan dua gol penting ketika menewaskan Myanmar pada pusingan kelayakan sekaligus melayakkan Malaysia pada kejohanan Piala Belia Asia 2006 di India. Namun, dia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut setelah mengalami kecederaan.

Zaquan mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007 dimana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1 dan dia menjaringkan 3 gol pada kejohanan tersebut. Zaquan kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara bola sepak buat kali pertama sejak 1999. Pada tahun 2008, Zaquan sekali lagi mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua yang berlangsung di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Zaquan membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu Bahrain pada kelayakan Piala Dunia 2010. Pada tahun 2008, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Zaquan hampir berjaya menembusi gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea. Zaquan menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan utama kebangsaan ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Liga[sunting | sunting sumber]

Pasukan Musim Liga Piala Malaysia Piala FA AFC Keseluruhan
Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol
Negeri Sembilan 2005-06 0 0 0 - 0
2006-07 0 1 1 3 0 2
2007-08 11 3 1 - 15
2009 11 11 10 2 - 23
Keseluruhan 22 14 4 3 0 40

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Keputusan Perlawanan
1. 10 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia  Pakistan 4-1 (M) Persahabatan
2. 20 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia  Afghanistan 6-0 (M) Pestabola Merdeka 2008
3. 11 September, 2009 Petaling Jaya, Malaysia  Lesotho 5-0 (M) Persahabatan
4. 14 November, 2009 Tashkent, Uzbekistan  Uzbekistan 3-1 (K) Kelayakan Piala Asia 2011
5. 2 Disember, 2009 Vientiane, Laos  Timor-Leste 11-0 (M) Sukan Asia Tenggara 2009

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]