Omardin bin Mauju
| This article or section needs sources or references that appear in reliable, third-party publications. Primary sources and sources affiliated with the subject of the article are generally not sufficient for a Wikipedia article. Please include more appropriate citations from reliable sources, or discuss the issue on the talk page. (July 2011) |
|
|
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan rencana Wikipedia. Silalah bantu memperbaiki rencana ini supaya memenuhi syarat-syarat kelayakan rencana Wikipedia, antaranya anda boleh menambah lebih banyak sumber rujukan yang boleh dipercayai, atau sumber sekunder yang mempunyai kaitan dengan topik. Sekiranya anda mendapati bahawa rencana tersebut masih tidak relevan, atau/dan masih tidak memenuhi bidang kelayakan rencana Wikipedia walaupun selepas kerja-kerja pembetulan dilakukan, sila laporkan segera di laman perbincangan rencana tersebut, atau beritahu di Wikipedia:Kedai kopi, atau mana-mana Penyelia Wikipedia yang sah. Pihak penyelia akan membantu memperbaiki rencana tersebut dengan meletakkkan lebih banyak rujukan dari sumber yang boleh dipercayai, atau membuat lencongan laman atau menghapuskan laman yang dimaksudkan mengikut peruntukan dasar dan garis panduan Wikipedia yang berkaitan. (July 2011) |
Datuk Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor, dan dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Kuala Lumpur. Sejak kecil lagi, Datuk Haji Omardin telah menghidapi penyakit polio atau lumpuh.
Semasa berusia 18 tahun, beliau telah bertemu seorang guru silat iaitu Syed Abdul Rahman di Pulau Besar, Melaka. Guru silat berkenaan menasihati beliau mempelajari 'Silat Tarah', sebagai usaha mengubati penyakitnya.
Minatnya terhadap silat semakin mendalam apabila mendapati penyakitnya menunjukkan tanda-tanda sembuh tetapi dalam masa yang sama beliau terpaksa menerima hakikat akan menghadapi kecacatan kedua-dua anggota kaki buat selama-lamanya. Sepanjang menjalani tempoh rawatan dan mempelajari silat, Datuk Omardin pernah ditanam dari kaki hingga ke paras pinggang sebanyak 15 kali di kawasan pantai pada setiap kali bulan mengambang.
Beliau terus mempelajari pelbagai teknik silat termasuk menyerang, cara bertahan serangan musuh serta menumpaskan musuh menggunakan segala pergerakan tubuh badan termasuk anggota kakinya yang cacat. Beliau bukan sahaja dilatih oleh Syed Abdul Rahman tetapi turut dibantu oleh tujuh orang anak murid gurunya yang juga rakan seperguruan beliau.
Semasa berusia 22 tahun, beliau telah dilantik menjadi Guru Muda silat berkenaan. Selang beberapa bulan kemudian setelah melalui penilaian dan ujian getir gurunya, beliau telah dilantik sebagai Mahaguru dan diberi kebenaran oleh Syed Abdul Rahman mengajar silat berkenaan yang kemudiannya dikenali sebagai Silat Lincah. Antara ujian yang beliau telah lalui untuk menjadi Mahaguru adalah ditetak dengan senjata tajam, disiram dengan minyak panas dan ditanam hidup-hidup selama 2 hari 2 malam. Upacara pertabalan Datuk Omardin sebagai Mahaguru dilakukan di Makam Sheikh Ismail Sultan Ariffin, Pulau Besar, Melaka.
Setelah tamat berguru dengan Syed Abdul Rahman, beliau diwasiat oleh gurunya supaya berguru dengan empat orang guru lain iaitu Kiyai Haji Nong Lias di Rantau, Negeri Sembilan, Wan Alang dari Bukit Selambau, Kedah, Syed Mohammed Al-Qadri dan Tuan Haji Salleh Patani.
Beliau kemudiannya berangkat ke Tanah Suci Mekkah bersama-sama dengan 37 orang jurulatih untuk mengesahkan ilmunya. Pulang ke tanah air, Silat Lincah mula mencipta sejarah. Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Dari situ Silat Lincah terus berkembang di pelusuk tanah air sehingga pendaftarannya sebagai pertubuhan diluluskan dan dikenali Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Beliau juga pernah mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah diluar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Indiadan Mekkah. Kejayaan Silat Lincah dikenali dunia antarabangsa bermula selepas 4 Disember 1976, di mana satu upacara demonstrasi Silat Dunia anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia diadakan di Kuala Lumpur. Selepas tarikh keramat inilah, dua orang anak muda dari England dan Belgium, Glenn Lobo dan Christtopher Bogaerts datang ke Kuala Lumpur untuk mempelajari Silat Lincah. Disinilah bermulanya Silat Lincah menembusi dunia antarabangsa.
Kerjaya Datuk Omardin dicemari insiden Bersih 2.0 apabila nama baik Silat Lincah diguna oleh Ibrahim Ali untuk tujuan politik perkauman. Air muka persatuan tercemar bila persatuan gagal memanggil 50,000 orang untuk berdemontrasi di Kuala Lumpur.
[sunting] Anugerah
27/3/1999 – Dianugerahkan Darjah Kebesaran “Dato - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah” (DSSA) oleh KDYMM Sultan Selangor.
24/3/2001 – Dianugerahkan Gelaran Master 7 Dan, dari Persekutuan Taekwando Global Malaysia.
19/7/2002 – Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa Gelaran Dato' (DSPN) oleh TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang.
19/7/2005 – Dianugerahkan Darjah Mulia Pangkuan Negeri yang membawa Gelaran Dato' (DMPN) Kelas Pertama oleh TYT Gebanor Negeri Pulau Pinang.
31/10/2008 - Menerima Anugerah Living Legend of Martial Arts sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008
21/6/2009 - Dianugerahkan tali pinggang "Supreme Grandmaster" dari Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF)
1/8/2010 - Menerima anugerah dari Presiden WUKF, Prof Osualdo Messias De Oliveira dari Brazil, yg disampaikan oleh wakil dari Malaysia Master Pathmanathan ( World Union Karate do Federation)
20/10/2010 - Dianugerahkan Kesatria Melayu Terbilang dari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 dan merupakan penerima pertama anugerah yang julung kali diperkenalkan.
16/03/2011 - Menerima Anugerah Selempang Pelangi Hitam Cula Sakti daripada Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM).
[sunting] Keluarga
Isteri
Datin Raja Azizah bt. Raja Ahmad Shah.
Datin Norazian bt. Haji Abdul Rahman.
Anak (9 orang)
Haji Megat Zulkarnain
Wan Zurina
Megat Khairul Anuar
Megat Ady Putera
Putra Al Farouk
Putra Al Faris
Putri Faradiba
Putri Farahana
Putra Al Faiq Umar
[sunting] Pautan luar
- Articles lacking reliable references from July 2011
- Articles with invalid date parameter in template
- All articles lacking sources
- Articles with topics of unclear notability from July 2011
- All articles with topics of unclear notability
- Kelahiran 1942
- Orang hidup
- Silat
- Orang dari Selangor
- Melayu Malaysia
- Muslim Malaysia