Pentagon (bangunan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bangunan Pentagon berlatarbelakangkan Monumen Washington dan Sungai Potomac

Pentagon ialah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di Arlington, Virginia dekat Washington, D.C., yang berbentuk segi lima (bahasa Greek: pentagon). Pentagon dianggap sebagai bangunan rendah (low rise) yang terpadat di dunia yang menempatkan 23,000 kakitangan tentera dan awam serta lebih kurang 3,000 kakitangan sokongan bukan pertahanan. Ia juga merupakan ibu pejabat Tentera Laut AS, Tentera Darat AS dan Tentera Udara AS.

Bangunan Pentagon dilihat ramai sebagai salah satu gedung yang dirancang secara efisien. Panjangnya adalah 28 kilometer manakala luasnya adalah 11 hektar. Namun jangkamasa dari satu hujung ke hujung yang lain dalam gedung ini hanya mengambil masa tujuh minit sahaja dengan berjalan kaki.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pentagon dibangun sewaktu Perang Dunia Kedua iaitu pada tanggal 11 September 1941. Sebelum itu, staf jabatan pertahanan terpaksa bekerja di lebih kurang tujuh belas bangunan berasingan yang terletak di merata Washington, D.C. Walaupun jabatan ini telah membuka sebuah bangunan baru di barat laut bandar raya ini, ia masih tidak mencukupi untuk menampung staf yang semakin ramai. Oleh itu, Brigadier General Brehon B. Somervell telah dipertanggungjawabkan untuk membina sebuah ibu pejabat bagi Jabatan Pertahanan ini. Dalam masa tidak lebih empat hari, beliau bersama rakannya telah membuat pelan bangunan tiga tingkat untuk menempatkan staf seramai 40,000 orang. Arkitek bangunan ini ialah George E. Bergstrom dari Philadelphia. Sebaik sahaja Pearl Harbor diserang, tingkat empat telah ditambahkan dan kemudiannya tingkat lima.

Bangunan Pentagon siap dibina pada tahun 1943, suatu jangkamasa yang amat singkat iaitu selama 18 bulan sahaja. Namun Kongres AS telah membantah pembinaannya kerana ia menelan belanja yang amat tinggi iaitu dianggarkan sebanyak USD 80 bilion. Presiden Roosevelt mengira bahawa gedung ini hanyalah gedung sementara saja dan setelah Perang Dunia II akan dipakai sebagai gedung Arkib Nasional. Namun ia kekal sebagai pusat jabatan pertahanan AS sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 1998, gedung ini telah melakukan pengubahsuaian.

Pada saat "serangan 11 September 2001", pesawat American Airlines Penerbangan 77 melanggar bangunan ini. Namun tempat yang dilanggar adalah tempat yang baru diubahsuai itu. Setelah peristiwa ini, ubahsuai dilanjutkan dan dianggarkan selesai pada tahun 2008.

Maklumat struktur bangunan[sunting | sunting sumber]

  • Pentagon adalah setinggi 71 kaki (21.6 meter), mempunyai lima tingkat, dengan aras mezanin dan bawah.
  • Bangunan ini terdiri dari lima gegelung konsentrik dipanggil A, B, C, D, E, dari gelung paling dalam menghadapi laman dalam (gelung A) ke gelung paling luar (E).
  • Jarak sejauh 921 kaki di sepanjang setiap dinding luar
  • Kawasan lantai seluas 6.5 juta kaki persegi, 34 ekar, 13.8 hektar, dimana 3.7 juta kaki persegi adalah untuk pejabat.
  • Koridor sepanjang 17.5 batu
  • Bangunan ini menggunakan konkrit sebanyak 410,000 cubic yards iaitu daripada 680,000 tan pasir dan batu baur halus yang dikorek dari Sungai Potomac yang berhampiran.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]