Penerbangan 77 American Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 77 American Airlines
911 commission AA77 path.png
Laluan penerbangan AA 77 dari Dulles ke Arlington
Ringkasan Kejadian
Tarikh 11 September 2001
Jenis Perampasan kapal terbang berani mati
Lokasi Pentagon, Arlington, Virginia
Penumpang 58 (termasuk 5 perampas)
Anak kapal 6
Kematian 189 (kesemua 64 orang dalam pesawat, 125 di darat)
Terselamat 0
Jenis pesawat Boeing 757-223
Pengendali American Airlines
No. Pendaftaran Templat:Airreg
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles
Destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles

Penerbangan 77 American Airlines ialah penerbangan rentas benua American Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles, di Dulles, Virginia, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di Los Angeles, California. Pada 11 September 2001, pesawat yang terbang mengikut laluan ini—sebuah Boeing 757-223dirampas oleh lima orang pengganas al-Qaeda lalu dihempaskan di Pentagon sebagai sebahagian serangan 11 September.

Kira-kira 35 minit selepas berlepas, para perampas memecah masuk ke dalam kokpit dan memaksa para penumpang ke belakang pesawat. Hani Hanjour, salah seorang perampas yang terlatih sebagai juruterbang, mengambil alih pengemudian pesawat. Tanpa disedari perampas, penumpang dapat membuat panggilan telefon kepada sanak-saudara dan menyampaikan maklumat tentang perampasan ini.

Pesawat ini terhempas di bahagian barat Pentagon pada jam 09:37 EDT. Kesemua 64 orang dalam pesawat itu terkorban, termasuk perampas-perampas sekali, begitu juga dengan 125 dalam bangunan. Hempasan ini disaksikan oleh puluhan orang dan mula dilaporkan oleh sumber berita tidak lama kemudian. Hempasan ini memusnahkan bahagian Pentagon itu serta mencetuskan kebakaran besar sehingga bahagian itu runtuh. Para ahli bomba menghabiskan berhari-hari cuba memadamkan api sepenuhnya. Bahagian Pentagon yang musnah itu dibina semula pada tahun 2002, lalu dihuni semula setelah siap pada 15 Ogos 2002.

184 mangsa serangan diperingati di Tugu Peringatan Pentagon yang berhampiran dengan bangunan Pentagon. Taman yang seluas 1.93-ekar (7,800 m²)Templat:Convert/track/sing itu terdiri daripada 184 bangku, satu untuk setiap mangsa, yang tersusun mengikut tahun kelahiran mereka, dari tahun 1930 (usia 71) hingga 1998 (usia 3).


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]