Zacarias Moussaoui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zacarias Moussaoui
Zacarias Moussaoui.jpg
Nama gelaran Abu Khaled al-Sahrawi
Shaqil
Habib Zacarias Moussaoui
Penjara
ADMAX, BOP#: 51427-054.[1]
Kesetiaan al-Qaeda
Jumlah tahun berkhidmat 1998-2002

Zacarias Moussaoui (Bahasa Arab: زكريا موسوي‎, Zakariyyā Mūsawī; lahir 30 Mei 1968) ialah seorang warganegara Perancis yang disabitkan bersalah kerana berkomplot untuk membunuh rakyat Amerika Syarikat dalam serangan 11 September 2001. Kesan daripada penyabitan itu, beliau sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol di penjara Supermax Federal ADX di Florence, Colorado.

Gambaran am[sunting | sunting sumber]

Moussaoui dipercayai merupakan pengganti untuk "perampas ke-20 yang pertama", iaitu mungkin Ramzi bin al-Shibh. Bin al-Shibh dan Zakariyah Essabar ditolak permohonan visa mereka. Namun begitu, pihak pendakwa dalam perbicaraan Moussaoui di AS sukar mengaitkannya secara langsung dengan 19 orang perampas itu.

Perbicaraan Moussaoui dipandang sesetengah pihak sebagai ukuran kebolehan dan kesanggupan AS untuk memberikan perbicaraan yang adil kepada suspek pengganas. Ramai pihak yang terkilan dengan toleransi yang ditunjukkan oleh mahkamah dan khususnya Hakim Leonie Brinkema dengan perilaku Moussaoui yang luar biasa dan bengis.[2] Moussaoui menghina perbicaraan dan mahkamah dengan mengemukakan usul-usul yang mengejek Hakim Brinkema, memeranjatkan para pemerhati dengan memilih untuk mewakili diri di mahkamah, dan menduri para pendakwa raya dengan memohon kehadiran ahli-ahli al-Qaeda yang ditahan sebagai saksi dalam kesnya. Sepanjang prosiding dijalankan, Moussaoui mengakui sekejap mengaku bersalah, sekejap mengaku tidak, tetapi tetap mengaku sebagai ahli al-Qaeda.

Sewaktu perbiacaan, Moussaoui mula-mula berkata bahawa dirinya tidak terlibat dalam serangan 11 September, sebaliknya merancang serangan sendiri. Menurut laporan, kenyataannya itu disokong oleh beberapa ahli al-Qaeda dengan mengatakan bahawa beliau terlibat dalam rancangan selain 11 September, tetapi pendakwa percaya bahawa kisahnya tiada merit. Pada 3 April 2006, Moussaoui didapati layak untuk dihukum mati. Sebelum keluar dari mahkamah, beliau dilaporkan memekik, "Engkau tak akan hisap darah aku. Engkau laknatullah!"[3] Tidak lama kemudian, beliau sekali lagi mengaku bersalah atas semua dakwaan yang dikenakan oleh pendakwa.

Pada 3 Mei 2006, juri memutuskan supaya Moussaoui tidak dihukum mati. Keesokan harinya, beliau dihukum penjara seumur hidup tanpa parol. Semasa diiringi keluar dari bilik pembicaraan, Moussaoui menepuk tangannya sambil berkata, "Amerika, engkau kalah... aku menang."[4] Hakim Brinkema membalas caciannya dengan ugutan bahawa beliau akan "mati merengek" dan "tiada lagi peluang untuk bersuara lagi."[5] Menurut agensi berita Associated Press, tiga orang juri memutuskan bahawa Moussaoui tidak banyak pengetahuannya tentang komplot 11 September, dan tiga lagi menyifatkan peranannya dalam serangan itu, jika ada sekalipun, sebagai kecilan sahaja.

Ekoran hukuman itu, Moussaoui menarik balik testimoni perbicarannya itu dengan berkata bahawa beliau tidak menyertai komplot 11 September 2001, sebaliknya "satu lagi rancangan al-Qaeda yang sepatutnya berlaku selepas 11 September."[6]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. "Zacarias Moussaoui." Federal Bureau of Prisons. Diterima pada 5 Januari 2010.
  2. Stout, David.Moussaoui Is Banned from Courtroom. The New York Times (2006-02-14)
  3. Hirschkorn, Phil.Moussaoui eligible for death penalty. CNN(2006-04-05)
  4. Sniffen, Michael J. 'America, you lost -- I won': Moussaoui sentenced to life in prison. Chicago Sun Times (2006-05-04). Didapati di findarticles.com. Diterima pada 2007-01-03
  5. Judge hits back in Moussaoui spat. BBC News (2006-04-04).
  6. The United States of America v. Zacarias Moussaoui: Defendant's Motion to Withdraw Guilty Plea (PDF). The United States District Court for the Eastern District of Virginia, May 2006, didapati di FindLaw.com.uga didapati di uscourts.gov (PDF). Diterima pada 2007-01-03.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan: