Piala Presiden 2024 ialah kejohanan musim ke-36 Piala Presiden sejak penubuhannya pada tahun 1986. Liga ini kini adalah untuk liga bola sepak di Malaysia peringkat remaja (B20).
Piala Presiden 2024 ialah persaingan bola sepak amatur dalam Malaysia untuk pemain di bawah-21. Sejak penubuhannya pada tahun 1986, 'Piala Presiden' telah menjadi kejohanan yang besar bagi pemain di bawah-21 dan bawah 23. Pada tahun 2009, format pertandingan telah diubah dengan hanya pemain di bawah-20 yang layak untuk diisi untuk kejohanan itu. Pada tahun 2015, format pertandingan itu kembali kepada format asal dengan pemain di bawah 21.[1]
Pada edisi 2024, format kejohanan Piala Presiden telah diubah semula menjadi kejohanan pemain di bawah-20.[2]
Peringkat kumpulan: 16 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Pasukan akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik.
Majlis undian Piala Presiden 2024 telah diadakan pada 4 Mac 2024 di saluran YouTube FAMTV Malaysia.[5] Juara dan naib juara pada edisi lepas ditarik ke dalam balang 3, manakala pasukan dari zon Borneo ditarik ke dalam balang 2 dan pasukan selebihnya ditarik ke dalam balang 1. Kedudukan A1 hingga A8 dan B1 hingga B8 adalah pasukan-pasukan yang diletakkan dalam kumpulan A dan B selepas undian.