Pungutan Pingat Sukan Malaysia 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Senarai di bawah ialah senarai penuh pungutan pingat Sukan Malaysia 2006 . Ranking (kedudukan) dibahagikan mengikut bilangan jumlah mata yang dimenangi oleh sesuatu kontinjen. Sekiranya sesuatu kontinjen itu seri dengan kontinjen yang lain, maka ranking yang sama diberikan kepada kontinjen-kontinjen yang berkenaan. Tempat keempat tidak dikira dalam kiraan jumlah pingat tetapi dikira dalam sistem pemberian mata.

Dalam temasya yang berlangsung selama 12 hari itu, Selangor berjaya mengumpulkan 629 mata secara keseluruhannya melalui 53 emas, 44 perak, dan 56 gangsa, jauh mengatasi juara sebanyak tiga kali, Sarawak yang menduduki tempat kedua dengan pungutan 507 mata hasil 36 emas, 42 perak, dan 55 gangsa.

Pulau Pinang berada di tempat ketiga dengan memungut 36 emas, 40 perak, dan 52 gangsa yang menjadikan 480 mata.

Sukan Malaysia Ranking lain
Ranking Kod Kontinjen Kontinjen Mata Emas Perak Gangsa Keempat Jumlah Senarai mengikut jumlah emas Senarai mengikut jumlah pingat
1 SEL Flag of Selangor.svg Selangor 629 53 44 56 41 153 1 1
2 SAR Flag of Sarawak.svg Sarawak 507 36 42 55 39 133 4 2
3 PEN Flag of Penang (Malaysia).svg Pulau Pinang 480 36 40 52 35 128 4 3
4 PAH Flag of Pahang.svg Pahang 426 39 36 32 19 107 2 4
5 PRK Flag of Perak.svg Perak 415 37 25 33 28 95 3 6
6 KED Kedah state fl n5143.PNG Kedah 407 30 34 37 39 101 6 5
7 WP Flag of the Federal Territory - Malaysia.png Wilayah Persekutuan 369 25 31 35 27 91 8 7
8 SAB Flag of Sabah.svg Sabah 318 26 26 29 19 81 7 8
9 JOH Flag of Johor.svg Johor 255 19 18 28 11 65 11 9
10 NSE Flag of Negeri Sembilan.svg Negeri Sembilan 234 20 16 25 12 61 10 10
11 TER Flag of Terengganu.svg Terengganu 181 15 16 18 2 49 12 11
12 KEL Flag of Kelantan.svg Kelantan 165 21 13 8 4 42 9 12
13 MEL Flag of Malacca.svg Melaka 143 11 15 13 11 39 13 13
14 POL Polis Diraja Malaysia 63 2 9 7 5 18 14 14
15 BRU Flag of Brunei.svg Brunei 25 0 3 5 3 8 0 15
16 PER Flag of Perlis.svg Perlis 19 0 0 6 5 6 0 16
JUMLAH 4636 370 368 439 300 1177 0

Jumlah mata yang diberi untuk setiap pingat adalah berdasarkan jumlah peserta dalam acara yang dipertandingkan seperti berikut :

Jumlah Peserta Emas Perak Gangsa Keempat
1-2 peserta (perseorangan/berpasangan) 5 3 2 1
3 peserta atau lebih (berpasukan) 8 5 3 2