Sukan Malaysia 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo rasmi Sukan Malaysia 2008

Sukan Malaysia 2008 atau ringkasnya SUKMA XII Terengganu 2008 adalah sebuah temasya sukan nasional yang diadakan di Terengganu, Malaysia. Kejohanan ke-12 ini berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun 2008 dan dimenangi oeh tuan rumah Terengganu.

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk logo yang dihasilkan adalah berbentuk huruf "T" iaitu huruf pertama bagi ejaan Terengganu dan menjadi teras utama penghasilan logo yang membawa maksud Terengganu.

Reka bentuk huruf "T" itu sendiri juga memperlihatkan strok figura dalam keadaan spontan dan menunjukkan ciri-ciri kecergasan, ketangkasan, serta semangat.

Keseluruhan reka bentuk ini juga berbentuk seperti sauh yang dikaitkan dengan sauh "perahu besar" yang pada suatu masa dahulu memang terkenal di negeri Terengganu. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai anak-anak Terengganu yang hebat telah berjaya menakluki negara luar melalui pelayaran.

Empat warna diterapkan dalam penghasilan logo iaitu hitam, bagi menyerlahkan imej Terengganu selaku tuan rumah SUKMA XII 2008. Merah pula menunjukkan semangat juang yang tinggi yang sentiasa membara pada atlet-atlet dalam mengejar kemenangan. Biru mencerminkan nilai perpaduan serta juga melambangkan laut yang kaya dengan hasil minyak, perikanan dan sumber tarikan negeri Terengganu melalui perlancongan yang berasaskan laut yang melibatkan banyak pulau-pulau yang indah. Manakala kuning pula membayangkan kesungguhan dan keikhlasan setiap yang terlibat dalam menjayakan SUKMA XII dan kuning juga melambangkan negeri Terengganu yang berdaulat, beraja dan berpelembagaan.

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot rasmi Sukan Malaysia 2008

Maskot yang dipilih bagi SUKMA XII - Terengganu Darul Iman 2008 adalah spesis Ocellaris Clownfish (Amphiprion Ocellaris) atau False Percula Clownfish, False Clown Anemonefish, dan Anemone Demoiselle. Spesies marin ini banyak terdapat di perairan kepulauan indo-pasifik termasuk di perairan kepulauan di Terengganu. Ia juga merupakan antara daya tarikan peminat-peminat hidupan laut terutamanya di Pulau Perhentian.

Spesis Ocellaris Clownfish ini berwatakan agak lincah, bertenaga dan agresif dan ia amat bersesuaian dengan sukan yang memerlukan atlet yang bersemangat sedemikian.

Bendera Terengganu dikibar bagi menterjemahkan semangat yang membara serta peranan Terengganu sebagai tuan rumah SUKMA XII.

Secara keseluruhan, imej-imej maskot dan logo bagi setiap sukan yang dipaparkan dapat mencerminkan aktiviti sukan yang digayakan. Elemen kemeriahan atau keseronokan SUKMA XII juga jelas digambarkan pada wajah maskot yang sentiasa tersenyum.

Si Diman menjadi nama timangan bagi maskot SUKMA XII Terengganu 2008. Si Diman merujuk kepada "bisexual mascot" iaitu boleh merujuk kepada maskot jantan atau maskot betina.

Diman adalah nama singkatan Darul Iman yang memberi pengertian yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman. Singkatan perkataan yang mempunyai dua suku kata akan mudah disebut dan mudah diingat.

Perkataan dasar "iman" yang menjadi pegangan umat Islam dan juga melambangkan Islam yang menjadi agama rasmi negeri Terengganu. Diman juga berdasarkan mitos pahlawan terhebat di negeri Terengganu pada masa dahulu.

Venue[sunting | sunting sumber]

Venue pertandingan[sunting | sunting sumber]

Besut[sunting | sunting sumber]

  • Kompleks Rakan Muda Daerah Besut - Tinju
  • Dewan Besar Institut Perguruan Sultan Mizan, Kota Putra - Judo

Setiu[sunting | sunting sumber]

  • Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong - Ekuestrian (Endurance)
  • Pantai Rhu Sepuloh - Kapal layar

Kuala Terengganu[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Al-Muktafi Billah Shah UDM, Kampus KUSZA, Gong Badak - Ping pong
  • Padang UDM Kampus KUSZA Gong Badak - Memanah
  • Dewan Sultan Mizan UMT, Mengabang Telipot - Lawan pedang
  • Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak - Pencak silat
  • Lapang Sasar Menembak Gong Kuin 2, Tok Jembal - Menembak
  • Tuanku Mizan Golf & Country Resort, Kuala Ibai - Golf
  • Kompleks Tenis MBKT, Padang Hiliran - Tenis
  • Kompleks Renang MPKT Batu Burok - Akuatik
  • Stadium Negeri Batu Burok - Sepak takraw
  • Dewan Badminton Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort - Bola jaring
  • Dewan Sek. Men. Teknik Terengganu, Jln Lapangan Terbang, Kuala Terengganu - Wushu
  • Padang Hoki MPKT Batu Burok - Hoki (Wanita)
  • Padang Lawn Bowls Kompleks Sukan Negeri Gong Badak - Boling padang
  • Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak - Gimnastik
  • Padang Ragbi Kompleks Sukan Negeri Gong Badak - Ragbi
  • Trek Stadium Utama Kompleks Sukan Negeri Gong Badak - Olahraga
  • Padang Bola Sepak Kompleks Sukan Negeri Gong Badak - Bola sepak
  • Padang Hoki Kompleks Sukan Negeri Gong Badak - Hoki (Lelaki)
  • Stadium Utama Kompleks Sukan Negeri Gong Badak - Skuasy dan Tenpin boling
  • Terengganu Ekuestrian Resort, Kuala Ibai - Ekuestrian (Show Jumping & Dressage)

Hulu Terengganu[sunting | sunting sumber]

  • Trek Hulu Terengganu - Berbasikal (Lebuh raya)
  • Trek Bandar Kuala Berang - Berbasikal (Kriterium)
  • Trek MTB Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir - Berbasikal (Mountain Bike)

Dungun[sunting | sunting sumber]

  • Arena Padu, Jalan Kelab, Dungun - Petanque
  • Tasik Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi - Kanu

Kemaman[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman - Badminton
  • Dewan Dato’ Seri Amar Diraja, Majlis Perbandaran Kemaman - Bola tampar (Dewan)
  • Monica Bay, Pantai Teluk Mak Nik - Bola tampar (Pantai)

Marang[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara, Wakaf Tapai - Karate dan Taekwando
  • Dewan Besar Kolej Multimedia Timur, Rusila, Marang - Angkat berat

Venue perkampungan[sunting | sunting sumber]

Kuala Terengganu[sunting | sunting sumber]

Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA



Universiti Malaysia Terengganu

Besut[sunting | sunting sumber]

Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM)

Hulu Terengganu[sunting | sunting sumber]

Akademi Binaan Malaysia

  • Berbasikal

Dungun[sunting | sunting sumber]

UiTM

  • Kanu
  • Petanque

Setiu[sunting | sunting sumber]

UDM Kampus KUSZA

  • Kapal layar
  • Ekuestrian

Kemaman[sunting | sunting sumber]

TATIUC

Marang[sunting | sunting sumber]

Kolej Multimedia Timur

  • Angkat berat

Hotel IKBN

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Sukan Wajib[sunting | sunting sumber]



Sukan Pilihan[sunting | sunting sumber]



Kontinjen[sunting | sunting sumber]

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

Tajuk: "Sukma Dua Belas Terengganu 2008"

SUKMA dua belas Terengganu 2008
Legasi berterusan cipta kecemerlangan
Cergas badan, cergas minda
Raikan Sukan Malaysia...

Segalanya tersedia, Kini Saat pun tiba
Pelbagai acara jadi perhintungan
Erat setiakawan, tingkat semangat juang
Kita gembelingkan demi kejayaan

Tiada jalan mudah bagi kita
Biar kerat keringat, Jangan luntur semangat
Asalkan kita yang terdepan

SUKMA dua belas Terengganu 2008
Legasi berterusan cipta kecemerlangan
Cergas badan, cergas minda
Raikan Sukan Malaysia...

Segala kemudahan
Aneka keindahan, Tersedia di sini
Sama dinikmati, Sukan bukan sekadar
Cerita kemenangan, Satu gelanggang
Mencermin jati diri

Tiada jalan mudah bagi kita
Biar kerah keringat
Jangan luntur semangat
Asalkan kita yang cemerlang hoo !!...

SUKMA dua belas Terengganu 2008
Legasi berterusan cipta kecemerlangan
Cergas badan, cergas minda
Raikan Sukan Malaysia...

Pautan luar[sunting | sunting sumber]