Raja Ahmad Alauddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Ahmad Alauddin
Kelahiran
Raja Ahmad Alauddin bin Raja Mohamed Redzuan

(1957-01-19)19 Januari 1957
Meninggal dunia29 Ogos 2019(2019-08-29) (umur 62)
Nama lainAbang Raja
PendidikanPembikinan Filem dan Seni Perfileman
Pusat pendidikan
PekerjaanPengarah
Tahun aktif1990–2019

Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamed Redzuan (19 Januari 1957 – 29 Ogos 2019) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia. Beliau juga ialah pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pernah dinobatkan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Hati Bukan Kristal (1990).[1]

Raja Ahmad Alauddin merupakan lulusan pembikinan filem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor dan di Amerika Syarikat. Beliau juga mempelajari seni perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.[2]

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 6 pagi 29 Ogos 2019 akibat satu penyakit yang tidak diketahui.[3] Kematiannya disedari selepas beliau tidak muncul di tingkat bawah kediamannya untuk diambil pemandu yang sepatutnya membawa beliau ke lokasi penggambaran drama Pesan Pada Hati di Sungai Long, Kajang.[1][4][5] Drama itu merupakan arahan terakhir beliau dan ia dtujukan khas dalam ingatannya.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem arahan[sunting | sunting sumber]

Drama arahan[sunting | sunting sumber]

Telefilem arahan[sunting | sunting sumber]

  • Fatihah Buatku (2014)
  • Ada Sejadah Panjang Terbentang (2015)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hanisah Selamat (30 Ogos 2019). "Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  2. ^ Dennis Chua (29 Ogos 2019). "#Showbiz: Gentle soul who guided like good friend". New Straits Times. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  3. ^ "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Astro Awani. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  4. ^ Hasnurul Mohamed (29 Ogos 2019). "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  5. ^ "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Malaysiakini. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  6. ^ "Tak sempat siap drama terakhir, Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". URTV. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]