Schnauzer besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Schnauzer besar
Seekor anjing hitam yang berdiri
Seekor schnauzer besar yang bulunya dijaga untuk persembahan.
Nama lain Schnauzer München[1]
Anjing München[1]
Schnauzer beruang Rusia[2]
Negara asal Jerman
Ciri
Berat 75–95 lb (34–43 kg)
Tinggi Jantan 25.5–27.5 in (65–70 cm)
Betina 23.5–25.5 in (60–65 cm)
Bulu Padat, berdawai
Warna Hitam atau "lada dan garam"
Saiz seperinduk 5–8 ekor[3]
Jangka hayat 10–12 tahun[4]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Schnauzer besar (Bahasa Jerman: Riesenschnauzer; Bahasa Inggeris: giant schnauzer) ialah satu baka anjing pekerja yang dikembangkan pada abad ke-17 di Jerman. Ia merupakan yang terbaik daripada tiga baka schnauzer, dengan selebih dua merupakan schnauzer piawai dan schnauzer kecil. Banyak baka digunakan dalam pengembangannya, termasuk anjing Denmark besar hitam, anjing lembu Flandre, dan pincer Jerman. Pada asalnya dibiakbakakan untuk membantu di ladang dengan menggiring haiwan ternakan ke pasar dan menjada harta milik peladang, baka ini akhirnya berpindah ke kota, tempat ia bekerja menjaga kilang bir, kedai penyembelih, kandang dan kilang. Ia tidak dikenali di luar Bavaria sehingga ia menjadi popular sebagai anjing ketenteraan pada Perang Dunia I dan Perang Dunia II.

Ia mempunyai bulu kasar padat yang melindunginya daripada cuaca dan daripada haiwan perosak. Schnauzer besar terdapat dalam dua corak warna: Hitam pejal dan warna yang dikenali sebagai lada dan garam, yang melibatkan jejalur berselingan bulu putih dan hitam, kelihatan bulu kelabu dari jauh. Di tempat yang membenarkannya, ia ditunjukkan dengan telinga dan ekor terpotong. Seperti schnauzer lain, ia mempunyai janggut dan bulu kening tersendiri. Kini, schnauzer besar menyertai banyak sukan anjing, termasuk schutzhund. Ia juga digunakan sebagai anjing polis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Stahlkuppe, Joe; Earle-Bridges, Michele (1 Mac 2002). Giant Schnauzers: Everything About Purchase, Care, Nutrition, Training, and Wellness. Hauppauge, New York: Barron's Educational Series. ms. 5–11. ISBN 0764118846. OCLC 47289437. Diperoleh pada 9 Februari 2013. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BigDog tidak disediakan
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Kern tidak disediakan
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PurebredPuppy tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]