Shirin Ebadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Shirin Ebadi (bahasa Parsi: شیرین عبادی - Širin Ebâdi) dilahirkan pada 21 Jun 1947 merupakan peguam, aktivis hak asasi manusia dan pengasas Persatuan Sokongan Hak Asasi Kanak-Kanak di Iran. Pada 10 Oktober 2003, Shirin dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel untuk sumbangan besarnya dalam merintis usaha untuk demokrasi dan hak asasi manusia terutamanya wanita, kanak-kanak dan pelarian. Beliau merupakan wanita Iran pertama yang menerima anugerah tersebut.