Sidang Kemuncak Asia Timur Ketiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sidang Kemuncak Asia Timur Ketiga
Tuan rumahSingapura
Tarikh21 November 2007

Sidang Kemuncak Asia Timur Ketiga ialah mesyuarat Sidang Kemuncak Asia Timur (SKAT) ketiga yang berlangsung pada 21 November 2007 di Singapura. Sidang Kemuncak Asia Timur ialah forum mesyuarat pan-Asia yang diadakan setiap tahun oleh para pemimpin enam belas negara di kawasan Asia Timur. Mesyuarat ini diadakan setelah mesyuarat tahunan para pemimpin negara ASEAN (Sidang Kemuncak ASEAN).

Peserta[sunting | sunting sumber]

Wakil dari enam belas negara yang mengambil bahagian ialah:

Agenda[sunting | sunting sumber]

Keputusan persidangan ini dirangkum dalam Kesimpulan Pengerusi Sidang Kemuncak Asia Timur Ketiga Singapura, 21 November 2007 Diarkibkan 2013-05-21 di Wayback Machine.

Myanmar[sunting | sunting sumber]

Berikuta tunjuk perasaan anti pemerintah yang berlaku pada tahun 2007, isu Myanmar dirancang menjadi agenda di Sidang Kemuncak Asia Timur Ketiga.[1] Pada mulanya, Penasihat Khas untuk Setiausaha Agung PBB Dr. Ibrahim Gambari diundang untuk memberikan pendapatnya di hadapan para pemimpin negara yang menghadiri persidangan.[2]

Namun akibat tekanan yang diberikan Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung sehari sebelumnya, ASEAN memutuskan bahwa Dr. Gambari tidak akan memberikan paparan di hadapan hadirin persidangan. Perdana Menteri Myanmar Thein Sein akan menjelaskan isu tersebut pada Sidang Kemuncak ASEAN, dan ASEAN akan memudahkan mesyuarat dengan pihak-pihak yang ingin berbincang lebih lanjut berkaitan isu tersebut.[3] Dr. Gambari tetap hadiri mesyuarat tertutup dengan para pemimpin negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur.

Perubahan iklim[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat ini telah membuat keputusan beerkaitan pencegahan perubahan iklim.[4] Sidang Kemuncak Asia Timur Ketiga mewujudkan Deklarasi Singapura terhadap Perubahan Iklim, Tenaga, dan Alam Sekitar,[5] yang mengandungi sasaran penting berkaitan isu tersebut, dan ditandatangani para hadirin persidangan.

Perdagangan[sunting | sunting sumber]

Sidang Kemuncak Asia Timur Ketiga akhirnya bersetuju untuk menerima laporan lanjut berkaitan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Asia Timur (CEPEA) dk Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat. Laporan ini telah diajukan sejak Sidang Kemuncak Asia Timur Kedua.

Persidangan ini juga menyetujui penubuhan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA).

Selepas mesyuarat[sunting | sunting sumber]

Jepun dan China bersepakat pada Disember 2007 untuk:[6]

mengukuhkan kerjasama dalam integrasi ekonomi serantau Asia Timur, termasuk Kesepakatan Pasaran Bebas Asia Timur (EAFTA), Kerjasama Ekonomi Komprehensif Asia Timur (CEPEA), dan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Hindu (India) - U.N. official in Myanmar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-14. Dicapai pada 2020-10-21.
  2. ^ Channel News Asia - UN envoy Gambari calls on PM Lee to exchange views on Myanmar
  3. ^ Channel News Asia - ASEAN stands ready to help Myanmar: Singapore PM Lee
  4. ^ Channel NewsAsia: ASEAN to issue 2 statements on tackling climate change
  5. ^ Singapore Declaration on Climate Change, Energy and the Environment
  6. ^ China, Japan to maintain dialogue on assistance to third nations Diarkibkan 2007-12-09 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]