SimCity 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SimCity 4
Sc4box.jpg
kotak permainan di Amerika Utara, versi PC
Pembangun Maxis
Penerbit Electronic Arts (Windows)
Aspyr Media (Mac)
Pereka Joseph Knight
Michael McCormick
Siri SimCity
Enjin Kelaziman
Versi 1.0.2
Pelantar Windows
Mac OS X
Tarikh keluaran [1]
[2]
Genre Simulasi pembinaan dan pengurusan, pembinaan bandar
Mod Seorang pemain
Penilaian ESRB: E
OFLC: G
PEGI: 3+
Bahantara 2x CD
Keperluan sistem
Kaedah input Papan kekunci dan Tetikus

SimCity 4 (SC4) adalah sebuah permainan simulasi pembinaan bandar untuk komputer yang dibangunkan oleh Maxis, sebuah subsidiari Electronic Arts. Ia diterbitkan pada 14 Januari, 2003. Ia merupakan pemasangan keempat dalam siri SimCity. SimCity 4 mempunyai sebuah pek kembangan yang dikenali sebagai Rush Hour yang mana menambah beberapa ciri dalam permainan ini. SimCity 4: Edisi Deluxe mengandungi permainan asal dan Rush Hour digabungkan sebagai sebuah produk.

Sebuah bandar simulasi yang berjaya dalam SimCity.

Permainan ini membolehkan pemain mencipta kawasan tanah melalui kaedah terraform, dan kemudia mereka dan membina sebuah petempatan yang kemudiannya boleh berkembang menjadi bandar. Pemain boleh menetapkan berlainan zon tanah seperti pembangunan komersial, industri, atau perumahan. Pemain juga dapat membina dan menyelenggara perkhidmatan awam, pengangkutan dan utiliti. Untuk kejayaan sesebuah bandar, pemain perlu menguruskan kewangan, alam sekitar, dan kualiti hidup penduduk bandar tersebut. SimCity 4 memperkenalkan kitaran siang malam dan beberapa kesan khas lain buat pertama kalinya dalam siri SimCity. Alatan seperti Building Architect Tool (BAT) membolehkan bangunan dan kandungan tersendiri dari pihak ketiga ditambah dalam permainan.

SimCity 4 dipuji kerana menjadi permainan pertama dalam siri SimCity untuk menggunakan enjin 3D secara umum untuk proses pelepaan grafik. Permainan ini telah menerima pelbagai sanjungan, beberapa anugerah, dan merupakan salah satu daripada 10 teratas permainan video paling laris dijual pada tahun 2003.[3] Walau bagaimanapun, ia telah dikritik akibat kesusahan permainan dan prestasi komputer.

Dalam permainan[sunting | sunting sumber]

Permainan serantau[sunting | sunting sumber]

SimCity 4 menjadikan pemain sebagai datuk bandar, ditugaskan untuk membangunkan bidangan tanah kepada bandar. Sementara itu, pemain perlu memenuhi keperluan para Sims yang menduduki bandar tersebut. Bandar-bandar terletak dalam daerah atau kawasan yang dibahagikan dengan beberapa segmen yang mana setiapnya boleh dibangunkan. Pemain diberi pilihan 3 saiz segmen untuk dibangunkan sebagai bandar (Besar, sederhana, atau kecil).[4]

Beberapa bandar yang dilihat melalui pandangan serantau permainan.
Tampilan skrin sebuah bandar yang maju, terkandung pengubahsuaian pihak ketiga dan plugin.

Mode permainan[sunting | sunting sumber]

Permainan ini dibahagikan kepada 3 mode.

Pertama ialah God Mode (Mode Tuhan) yang membolehkan pemain mereka atau terraform lanskap tanah yang hendak dibinakan sebuah bandar. God Mode juga membolehkan pemain mencetuskan pelbagai bencana seperti taufan dan gempa bumi. Pemain boleh memilih kawasan yang hendak dicetuskan bencana tertentu. Kebanyakkan alatan terraform tidak lagi boleh diguna setelah bandar itu dinamakan dan dimula. Bagaimanapun, pemain masih boleh menggunakan beberapa alatan terraform (walaupun terhad dan mahal) dan masih boleh mencetuskan bencana dengan rela.

Kedua ialah Mayor Mode (Mode Datuk Bandar), pokok kepada mode-mode dalam permainan ini di mana bandar sebenar dibina. Kawasan-kawasan tanah boleh ditetapkan zonnya sebagai kawasan perumahan, komersial, atau industri di mana bandar tersebut akan mula membangun. Pemain boleh membina jaringan pengangkutan seperti jalan raya, lorong, lebuh raya, transit, dan stesyen bas. Perkara lain yang boleh dilakukan dalam Mode Mayor adalah membina bangunan sivik seperti sekolah, hospital, taman, balai polis, balai bomba, dan utiliti.

Sebuah letupan gunung berapi memusnahkan sebahagian kawasan bandar.

Mode terakhir ialah mode My Sim (Sim Saya) yang membolehkan pemain mencipta Sims pilihan yang akan menetap dan bekerja dalam bandar yang dibangunkan. Mode ini boleh digunakan untuk menilaikan dengan lebih terperinci mengenai penduduk melalui maklum balas yang diberi oleh sims. Pemain boleh memilih watak yang tersenarai atau boleh mengimport mereka dari The Sims. Sims boleh terbunuh dalam bencana tertentu.

Struktur sivik dan utiliti[sunting | sunting sumber]

Fungsi bangunan sivik telah dibaik pulih dalam SimCity 4. Kemudahan yang dahulunya untuk liputan seluruh bandar seperti kemudahan pendidikan dan perubatan, kini telah diubahsuai kepada liputan yang lebih terbatas seperti balai polis dan bomba dalam SimCity terdahulu. Pemain dapat merancang lokasi-lokasi terbaik untuk membekalkan perkhidmatan sivik paling berkesan yang secukupnya kepada Sims. Sebagai contoh, membina sekolah di dalam atau sekitar kawasan perumahan. Kini, kewangan dapat disuaikan mengikut bangunan individu, membolehkan pemain menentukan sebanyak mana harus dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan selaras dengan populasi tempatan. Terdapat dua saiz untuk balai polis, balai bomba, dan hospital.

Perbelanjaan untuk penyelenggaraan kemudahan utiliti (penjana kuasa, loji air, dan perkhidmatan pelupusan sampah) semakin lama akan menaik. Hasil keluaran maksimum sesebuah kemudahan pula semakin lama akan menurun, bergantung kepada peratusan kapasiti yang digunakan dan aras kewangan yang diberi.

Pengezonan dan penghunian bangunan[sunting | sunting sumber]

Pengezonan dan saiz bangunan telah diperbaiki untuk SimCity 4. Zon pertanian kini diasingkan dari zon perindustrian, membolehkan ladang dibangunkan tanpa mengira ketinggian harga tanah. Zon-zon kini dihadapkan ke arah jalan secara automatik dan lorong dibina secara automatik apabila mengezon di tanah yang luas. Bangunan kini diklasifikasikan kepada beberapa taraf pendapatan, jenis zon, dan peringkat saiz bangunan. Ini dipengaruhi oleh populasi di rantau itu dan keadaan bandar. Permainan ini mengsimulasi kemerosatan bandar dengan bangunan yang memburuk. Bangunan-bangunan yang pada asalnya dibina bagi tujuan penghunian warga berpendapatan tinggi kini boleh menampung warga berpendapatan lebih rendah. Ini membolehkan sesetengah bangunan kekal digunakan dalam pada kehilangan penghuni yang sepatutnya. Bangunan dan lot kini boleh dibina di lereng-lereng dan cerun.

Reka bentuk bangunan[sunting | sunting sumber]

Bangunan dalam SimCity 4 diadaptasi dari seni bina awal abad ke 20. Terutamanya Art Deco dan Romanesque Revival, sementara rumah boleh muncul sebagai seni bina tradisional American Craftsman. Bagaimanapun, terdapat seni bina tambahan yang lebih modern serta menyerupai seni bina Houston. Terdapat banyak bangunan yang berdasarkan bangunan-bangunan yang terdapat di San Francisco, termasuk Bangunan Shell (muncul sebagai "Bangunan Insurans Wren"),[5] 450 Sutter (muncul sebagai "Bangunan Kewangan Vu"),[6] dan Bangunan Telefon & Telegraf Pacific (sebagai "The Galvin Corp").[7] Tiga daripada jambatan dalam permainan ini juga berdasarkan Jambatan Golden Gate, Jambatan Sydney Harbour, dan Jambatan Brooklyn.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

SimCity 4 memperkenalkan kitaran siang dan malam juga kesan khas lain buat pertama kalinya dalam siri ini.

Grafik[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti dahulunya yang menggunakan enjin 2D dan sprite, SimCity 4 menggunakan enjin 3D untuk pelepaan grafik. Lanskap dan objek bergerak seperti kenderaan telah dimodelkan sepenuhnya sebagai objek 3D poligon. Bangunan-bangunan kecil dilukis sebagai imej rata. Bangunan-bangunan yang lebih besar dimodelkan menggunakan pendekatan hybrid.

Walaupun enjin 3D digunakan, kamera dalam SimCity 4 terbatas kepada unjuran ortografik trimetrik bagi tujuan persembahan yang baik.[8] Tambahan lagi, sebuah bandar simulasi kini boleh dilihat pada waktu malam dan siang. Waktu tidak mempengaruhi permainan selain daripada trafik dalam bandar tersebut.

Audio[sunting | sunting sumber]

Permainan ini merangkumi muzik latar berdurasi 1 jam dalam format MP3, yang terdiri daripada runut-runut yang berdurasi dari empat hingga tujuh minit. Muziknya dibahagiakan antara yang digunakan dalam Region Mode dan God Mode, dengan yang digunakan dalam Mayor Mode dan My Sim Mode. Sebagai tambahan, permainan ini mempunyai kemudahan bagi pemain menggunakan muzik mereka sendiri dalam permainan, yang juga dibahagikan antara dua pandangan. Muzik dalam permainan ini digubah oleh Jerry Martin dan boleh diperolehi sebagai "runut bunyi" dalam iTunes. Juga, terdapat banyak runut muzik dalam permainan ini digunakan dalam filem Python 2.

Penambahan dan pengubahsuaian[sunting | sunting sumber]

Sejak penerbitan SimCity 4, beberapa penambahan dan kit pembangunan telah dibuat dan boleh didapati dari laman web rasminya.

Mercu tanda baru, termasuk, Rockefeller Center, Brandenburg Gate, dan Stonehenge telah dibuat dan boleh didapati dalam talian.[9] Kemudian, mercu tanda umumnya digunakan untuk menunjukkan kebolehan Gmax dan Alat Arkitek Binaan (BAT) di sekitar penerbitan BAT.[10]

Sebuah alat yang dipanggil Terrain Generator membolehkan pengguna untuk mencipta peta berdasarkan mana-mana 48 negeri-negeri di Amerika Syarikat. Peta-peta itu berdasarkan data yang diperolehi oleh Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat.[11]

Alat Arkitek Binaan (BAT) ialah himpunan alatan yang dibangunkan untuk membina bangunan lazim. Set itu merangkumi 3 aplikasi: Pek permainan Arkitek Binaan untuk Gmax, yang membolehkan pengguna melepa model Gmax kepada sprite SimCity 4 atau alatan untuk diimport ke dalam LE; LE yang telah dikemaskini; dan Pengurus Plug-in tunggal, yang membolehkan pengguna untuk mengubahsuai sifat simulasi untuk lot-lot baru. Beberapa versi ubahsuai telah dikeluarkan yang membetulkan pepijat dari segi kesan, untuk pelbagai masalah yang tidak dikenalpasti sebelum keluaran pertama. Pertama kali dikeluarkan pada bulan Februari 2004, ia membolehkan komuniti orang tengah dalam pengeluaran, mengeluarkan bangunan dan alatan untuk SC4. Alat Arkitek Binaan SimCity 4 mempunyai kegunaan yang sama dengan Alat Arikitek Binaan SimCity 3000 dan Alat Pembaharuan Bandar SimCity 2000. Bagaimanapun, atur cara sebelum ini direka sepenuhnya oleh Maxis dan menggunakan antara muka yang berbeza keseluruhannya. BAT SC4 memerlukan aplikasi pihak ketiga (Gmax) untuk berfungsi, dan tidak pernah diikat bersama SC4 atau pek kembangan Rush Hour seperti yang berlaku pada Simcity 3000 Unlimited yang mempunyai BAT tersendiri.

Lot Editor (LE) adalah satu alat yang membenarkan pengguna menyunting atau mereka lot-lot untuk SimCity 4 menggunakan alatan yang boleh didapati. Kerana ia telah dibebaskan beberapa bulan sebelum BAT sebagai satu versi standalone, pengguna-pengguna pada masa itu hanya berkebolehan menghasilkan lot-lot yang mengandungi alatan terbina dalam daripada SC4. BAT menyediakan pengguna-pengguna dengan versi LE yang dikemaskini, yang menyebabkan asal utiliti LE usang. Bagaimanapun, versi lama masih boleh didapati di laman rasmi.[12]

Tambahan kepada alatan yang rasmi, program-program pihak ketiga dikeluarkan untuk kebolehcapaian yang terus dalam penyuntingan kandungan-kandungan SimCity 4, dengan potensi membenarkan pengguna-pengguna untuk mengubah sifat permainan itu sendiri. Sejak pengeluaran Lot Editor dan BAT, majoriti tambahan dalam edaran mengandungi kandungan ciptaan pengguna; kebanyakannya adalah bangunan-bangunan dan lot-lot, manakala yang lain termasuk penukaran kosmetik untuk tanah-tanah, kenderaan tersendiri dan pengubahsuaian tindak-tanduk dalam permainan itu. Kedua-dua kemahiran bagi bangunan lot dan modding ada kalanya bersepadu, mengeluarkan lot-lot yang mampu mempengaruhi sebuah bandar dalam pelbagai cara.[perlu rujukan]

Pepijat[sunting | sunting sumber]

Maxis dan Electronic Arts telah mengeluarkan sejumlah tiga tampalan yang meningkatkan atau membetulkan perkara ditemui dalam versi asal SC4 dan Rush Hour (dua untuk SC4 asal dan satu untuk Rush Hour). Antara perkara-perkara lain, tampalan itu mengandungi perbaikan-perbaikan prestasi untuk bandar-bandar lebih besar dan pelbagai pembetulan bagi sedikit pepijat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "SimCity 4". Amazon.com. Diperoleh pada 2008-06-18. 
  2. "SimCity 4 (Mac)". Amazon.com. Diperoleh pada 2008-06-18. 
  3. "The NPD group reports annual 2003 U.S. video game industry driven by console software sales". NPD Group. Diperoleh pada 2008-06-18. 
  4. Quigley, Ocean; Robinson, D.B. (2003-06-17). "Creating regions in SimCity 4". Knowledge Base. SC4EVER.COM. Diperoleh pada 2008-06-18. "A small city is a kilometer on a side" 
  5. "Shell Building". Emporis. Diperoleh pada 2008-06-18. 
  6. "450 Sutter". Emporis. Diperoleh pada 2008-06-18. 
  7. "140 New Montgomery". Emporis. Diperoleh pada 2008-06-18. 
  8. "SimCity Retrospective Pt III -SimCity 4, Rush Hour, and the Web". Maxis, Electronic Arts. Diperoleh pada 2008-06-18. 
  9. "Building & Prop Downloads". Maxis. Diperoleh pada 2008-06-21. 
  10. "Will Wright Chat Transcript". Maxis. 2004-02-05. Diperoleh pada 2008-06-21. 
  11. "Cool Stuff: Terrain Generator". Maxis, Electronic Arts. Diperoleh pada 2008-06-18. 
  12. "Lot Editor FAQ". Maxis. Diperoleh pada 2008-06-21.