Simpang Ampat, Pulau Pinang
Simpang Ampat adalah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Malaysia.
Ia bersempadan dengan bandar Bukit Mertajam di utara, Junjung di timur, Sungai Bakap di selatan, dan Batu Kawan ke barat. Bandar ini dihubungkan dengan Lebuhraya PLUS Utara-Selatan, dan tidak lama lagi akan dihubungkan dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Bandar ini diberikan penghormatan sebagai tuan rumah sekolah sukan negeri, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian yang ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kemudahan awam yang terdapat di bandar ini, antara lain: -
- Balai bomba
- Dua sekolah rendah awam, iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Merak dan Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara
- Dua sekolah menengah awam, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian
- Kolej komuniti awam, iaitu Kolej Komuniti Nibong Tebal
- Dua pasar basah
- Masjid Jamek Al-Ihsan
- Perpustakaan awam
- Balai polis, dan
- Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dimajukan oleh PERDA.
Bandar ini dilengkapkan dengan:-
- Pejabat Pos Simpang Empat
- Ibusawat telekomunikasi Telekom Malaysia (kod ibusawat: SZ)
- Stesen minyak: Petronas (2), Caltex (2), dan Shell (2)
- Bank: Maybank dan Public Bank
Kawasan perumahan utama ialah: -
- Taman Idaman
- Taman Merak
- Taman Merak Jaya
- Taman Belibis
- Bandar Tasek Mutiara
- Taman Belibis
- Taman Puteri Gunung
- Taman Jentayu
- Taman Cegar
Kebanyakan penduduk yang tinggal di bandar ini adalah Cina, diikuti oleh Melayu, dan India.
[sunting] Rujukan
|
|||||||||||||||||