Kepala Batas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kepala Batas merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.

Kepala batas juga membawa maksud bahagian depan batas sawah padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi.

Wakil Rakyat di Kepala Batas ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, sebagai tempat desanya.

[sunting] Asal usul nama

'Kepala batas' bermaksud bahagian depan sawah padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa.

Sebagai kawasan persisiran pantai, kawasan ini pada masa dahulu mempunyai saliran yang buruk dan sering dilanda banjir. Dengan itu tidak sesuai untuk tanaman kecuali padi yang tumbuh di dalam air. Oleh itu pembinaan saliran adalah satu langkah untuk pemulihan atau tebusguna tanah. Banyak kawasan di Kedah dan Pulau Pinang melalui proses ini. Sungai Korok di Kedah maupun di Pulau Pinang adalah pelat buruh dari Jawa yang menyebut "korok" walhal di Kedah lebih tepat dipanggil Sungai Korek. Di tebing Sungai Korek ini biasanya ada timbunan tanah dari parit sebagai benteng untuk mengelak kemasukan air masin. Timbunan tanah sepanjang parit korek ini dipanggil batas atau bund dalam bahasa Inggeris. Hujung bund ini di mana parit berakhir atau bertembung dengan parit lain dipanggil kepala batas. Oleh itu kita boleh dapati beberapa tempat di Kedah dan Perlis mempunyai nama yang sama iaitu Kepala Batas.

[sunting] Pendidikan

Antara pusat pengajian tinggi yang ada di Kepala Batas adalah


[sunting] Pilihan raya

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain