Pulau, Pulau Pinang
Peta Malaysia dengan pulau Pulau Pinang diserlahkan |
|
| Geografi | |
|---|---|
| Lokasi | Selat Melaka |
| Koordinat | 5°24′U 100°14′T / 5.4°U 100.233°T |
| Luas | 295 km2 (114 batu²) |
| Titik tertinggi | Bukit Bendera (833 m) |
| Negara | |
|
Malaysia
|
|
| Negeri | |
| Demografi | |
| Jumlah penduduk | 678,000 (as of 2007) |
| Kepadatan | 229.83 /km2 (595.3 /batu persegi) |
| Kelompok etnik | Cina: (41.7%), Melayu: (41.3%), India: (9.8%) |
Pulau Pinang terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ibu negeri Pulau Pinang Georgetown terletak di timur laut pulau ini. Pulau ini merupakan pulau keempat terbesar di Malaysia dengan keluasan 295 km2. Ia merupakan pulau termaju dan pulau paling padat penduduk di Malaysia.
Pulau ini dihubungkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang siap pada tahun 1985. Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:
- Georgetown dan Butterworth (di mana stesen kereta api yang terdekat terletak) di tanah besar;
- Georgetown dan pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang terletak di selatan pulau memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.
Pulau ini dibahagikan kepada dua daerah pentadbiran: Barat Daya Pulau Pinang dan Timur Laut Pulau Pinang. Secara umumnya daerah Timur Laut yang turut mengandungi Georgetown lebih membangun berbanding daerah Barat Daya yang lebih berfungsi sebagai "peparu hijau" pulau ini.
|
|||||||||||||||||