Sungai Bakap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sungai Bakap merupakan sebuah pekan yang terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di Seberang Perai Selatan. Pekan ini juga merupakan pekan yang berkependudukan kerana merupakan antara destinasi bagi lebuhraya utama yang besar iaitu Lebuhraya Pulau Pinang-Ipoh dan juga Lebuhraya Utara-Selatan di bahagian Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Sungai Bakap juga terletak berhampiran dengan bandar Bukit Mertajam sahaja, diikuti bandar Butterworth dan Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Perjalanan Sungai Bakap ke Butterworth dan Pulau Pinang cuma mengambil masa kira-kira 20 dan 35 minit sahaja dengan melalui lebuhraya PLUS. Bayaran tol dari Sungai Bakap ke Butterworth melalui lebuhraya PLUS pun cuma berjumlah sebanyak RM 1.10 sahaja. Perjalanan penduduk Sungai Bakap untuk sampai di plaza tol Jawi lebuhraya PLUS juga terletak kira-kira 5 km sahaja dan pergi ke Kuala Lumpur.