Sukan Universiti ASEAN 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Universiti ASEAN ke-14
Bandar tuan rumahKuala Lumpur, Malaysia
Cogan kataBersama Kita Menggapai Bintang
(bahasa Inggeris: Together We Reach for the Stars)
Penyertaan negara10
Penyertaan atlet1789
Acara219 dalam 21 sukan
Upacara pembukaan11 Disember
Upacara penutupan21 Disember
Stadium utamaStadium Nasional Bukit Jalil
Laman sesawangSukan Universiti ASEAN 2008

Sukan Universiti ASEAN 2008 (bahasa Inggeris: 2008 ASEAN University Games), dikenali secara rasmi sebagai Sukan Universiti ASEAN ke-14 (bahasa Inggeris: 14th ASEAN University Games), merupakan temasya sukan universiti Asia Tenggara yang pernah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 Disember 2008.[1][2] Ini merupakan kali ketiga Malaysia menganjurkan Sukan Universiti ASEAN selepas tahun 1984 dan 1993.

Kira-kira 1789 atlet dari 10 negara peserta menyertai acara tersebut yang menampilkan 219 acara dalam 21 sukan. Malaysia memimpin jadual pingat akhir kejohanan tersebut.

Tempat[sunting | sunting sumber]

Sukan Universiti ASEAN ke-14 mempunyai 23 tempat, 8 di Kuala Lumpur, 14 di Selangor dan 1 di Negeri Sembilan.

Negeri Tempat Pertandingan Sukan
Kuala Lumpur Kompleks Sukan Negara
Stadium Nasional Bukit Jalil Olahraga, Upacara pembukaan
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil Renang
Taman keluarga Bola tampar pantai
Stadium Hoki Negara Hoki
Stadium Putra Upacara penutupan
Lain
Kompleks Sukan Bukit Kiara Bola jaring
Stadium Badminton Kuala Lumpur Badminton
Arena MABA Bola keranjang
Universiti Malaya Pencak silat
Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia
Kelab Golf Danau Golf
Dewan Canselor Tun Abdul Razak Karate
Kompleks Skuasy Skuasy
Dewan Gemilang Ping pong
Universiti Teknologi Mara
Stadium Ragbi tujuh sebelah
Kompleks sukan Sepak takraw
Lain
Universiti Putra Malaysia Memanah
Stadium Petronas Bangi Bola sepak
Stadium Maybank Bola sepak
Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam Futsal
Stadium Tertutup Boling padang Bayuemas Boling padang
Lapangan Sasar Menembak Kebangsaan Subang Menembak
Sunway Pyramid Tenpin boling
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Bola tampar dalam dewan
Negeri Sembilan Universiti Sains Islam Malaysia Taekwondo

[3][4]

Penjenamaan dan rekaan[sunting | sunting sumber]

Logo Sukan Universiti 2008 merupakan imej rajah manusia strok berus merah yang mewakili semangat tinggi, kegemilangan, kemenangan, kuasa dan kekuatan manakala bintang-bintang pada logo tersebut mewakili sasaran dan cita-cita atlet Sukan Universiti ASEAN. Huruf yang digunakan untuk logo, campuran century gothic dan trajan, melambangkan Sukan Universiti ASEAN sebagai sebuah acara yang mempunyai pelbagai agenda rasmi dan tidak rasmi, manakala pengaturan huruf yang umpama sebuah tangga, melambangkan hasrat untuk mencapai kejayaan. Sementara itu, warna yang digunakan untuk huruf (biru, merah, putih dan kuning) merupakan warna bendera Malaysia, logo ASEAN dan bendera negara anggotanya.[5]

Maskot Sukan Universiti ASEAN 2008 ialah A1 Angkasawan, angkasawan yang diterangkan sebagai orang yang bersifat mesra, pintar, bersemangat tinggi dan kuat. Penggunaan angkasawan sebagai maskot temasya adalah untuk mengingatkan orang ramai tentang pencapaian Malaysia sebagai ahli negara ASEAN pertama yang menghantar seorang angkasawan ke angkasa pada tahun 2007. Papan mortar maskot mewakili kecemerlangan akademik dan penyertaan mahasiswa universiti sebagai atlet-atlet temasya sukan. Logo pada dada mewakili semangat kesukanan atlet yang menyertai temasya Sukan Universiti ASEAN ke-14. Warna biru, merah, putih dan kuning mewakili Malaysia sebagai tuan rumah temasya sukan, dengan warna biru juga melambangkan kecemerlangan dalam menganjurkan temasya sukan. Secara keseluruhannya, maskot melambangkan tekad atlet peserta untuk mencapai impian masing-masing.[6]

"Menggapai bintang" merupakan lagu tema temasya sukan tersebut. Ia digubal oleh Mohd Zaki Bin Ahmad dari Universiti Malaysia Pahang dan dinyanyi oleh Shahnizal bt. Mohd Arshad dengan liriknya ditulis oleh Ahmad Fedtri Bin Yahya.[7]

Obor temasya sukan tersebut berbentuk seperti pen, sebuah alat yang digunakan di universiti seluruh dunia.[8]

Temasya sukan[sunting | sunting sumber]

Negara peserta[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Takwim[sunting | sunting sumber]

OC Upacara pembukaan Pertandingan acara 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
Disember 11
Kha
12
Jum
13
Sab
14
Aha
15
Isn
16
Sel
17
Rab
18
Kha
19
Jum
20
Sab
21
Aha
Acara
Upacara OC CC
Memanah 4 4 8
Olahraga 6 12 9 12 39
Badminton 2 5 7
Bola keranjang 1 1
Boling 2 2 1 2 2 4 13
Bola sepak 1 1
Futsal 1 1
Golf 4 4
Hoki 1 1
Karate 6 6 7 19
Boling padang 2 4 4 10
Bola jaring 1 1
Pencak silat 2 4 12 18
Ragbi tujuh sebelah 1 1
Sepak takraw 1 1 1 3
Menembak 4 6 6 6 2 24
Skuasy 2 1 3
Renang 10 8 10 10 38
Ping pong 3 2 2 7
Taekwondo 6 6 4 16
Bola tampar 4 4
Acara pingat harian 2 5 11 28 49 59 45 20 0 219
Jumlah terkumpul 2 7 18 46 95 154 199 219 219
Disember 11
Kha
12
Jum
13
Sab
14
Aha
15
Isn
16
Sel
17
Rab
18
Kha
19
Jum
20
Sab
21
Aha
Acara


Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

[9][10][11]

Petunjuk

  *   Tuan rumah (Malaysia)

Jadual pingat Sukan Universiti ASEAN 2008
 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Malaysia (MAS)* 90 79 47 216
2  Vietnam (VIE) 45 28 23 96
3  Thailand (THA) 32 29 59 120
4  Indonesia (INA) 28 52 48 128
5  Singapura (SIN) 18 16 39 73
6  Filipina (PHI) 8 12 21 41
7  Laos (LAO) 1 2 3 6
8  Timor-Leste (TLS) 0 1 9 10
9  Brunei (BRU) 0 0 2 2
10  Kemboja (CAM) 0 0 1 1
Jumlah (10 Negara) 222 219 252 693

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Accreditation In Conjunction With The 14th ASEAN University Games (AUG) 2008 Kuala Lumpur, Malaysia".
  2. ^ "14th ASEAN University Games Medal Count (Tally) as of 20 December 2008".
  3. ^ "Venue".
  4. ^ "Official Website".
  5. ^ "Logo".
  6. ^ "Mascot".
  7. ^ Official song
  8. ^ Torch
  9. ^ "Jadual pingat".
  10. ^ "Malaysia juara AUG 2008".
  11. ^ "Malaysia Crowned ASEAN University Games Champion".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Hanoi
Sukan Universiti ASEAN
Kuala Lumpur

Sukan Universiti ASEAN XIV (2008)
Diikuti oleh:
Chiang Mai