Tanjung Verde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Tanjung Verde
República de Cabo Verde
Lagu: Cântico da Liberdade
Ibu negara Praia
14°55′N 23°31′W / 14.917°U 23.517°B / 14.917; -23.517
Bandar terbesar Praia
Bahasa rasmi Bahasa Portugis (rasmi)
dan sembilan Bahasa-bahasa Cape Verdean Crioulo
Kerajaan Republik
 -  Presiden Pedro Pires
 -  Perdana Menteri José Maria Neves
Kemerdekaan daripada Portugal
 -  Diiktiraf 5 Julai 1975 
 -  Perairan (%) sedikit sahaja
Populasi
 -  Julai 2006 (anggaran) 420,979 (165)
 -  2005 (anggaran) 507,000
KDNK (PPP) 2005 anggaran
 -  Jumlah $3.055 billion (158)
 -  Per kapita $6,418 (92)
HDI (2004) 0.722 (sederhana / 106)
Mata wang Escudo Tanjung Verde (CVE)
Zon waktu CVT (UTC-1)
 -  Musim panas (DST) tidak diperhatikan (UTC-1)
Kod panggilan 238
Internet TLD .cv

Tanjung Verde atau Republik Tanjung Verde (bahasa Portugis: Cabo Verde, sebutan IPA: ['kabu 'veɾdɨ]) ialah sebuah republik yang terletak di kepulauan kawasan ekologi Macaronesia di Lautan Atlantik Utara, berhampiran dengan pantai barat Afrika. Kepulauan ini yang dahulu tidak dihuni manusia ditemui dan dijajah oleh negeri Portugal pada abad ke-15. Negara ini dinamai sempena nama Cap-Vert (bermaksud "Tanjung Hijau") di Senegal, hujung yang paling barat di benua Afrika.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Tanjung Verde

Politik[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Cape Verde boleh didapati di Siri politik dan kerajaan Cape Verde.

Politik Tanjung Verde dikendalikan dalam rangka republik demokrasi perwakilan berparlimen yang perdana menterinya merupakan ketua kerajaan, serta sistem berbilang parti politik. Kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan, manakala kuasa perundangan dipegang oleh kedua-dua kerajaan dan Dewan Perundangan. Badan kehakiman adalah bebas daripada badan-badan eksekutif dan perundangan.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Tanjung Verde

Tanjung Verde ialah sebuah kepulauan yang terletak berhampiran pantai barat Afrika pada 15.02 U 23.34 B. Ia terdiri daripada 10 buah pulau utama serta 8 buah pulau kecil. Pulau-pulau utamanya ialah:

Kaunti-kaunti Tanjung Verde

Pulau-pulau yang kecil termasuk Branco, dan Razo. Antara pulau-pulau Tanjung Verde, hanya Santa Luzia dan lima buah pulau kecil tidak dihuni. Kini, pulau-pulau tersebut telah dijadikan sebuah Kawasan Simpanan Semula Jadi. Semua pulau mempunyai gunung berapi, tetapi hanya terdapat sebuah gunung berapi yang masih aktif yang terletak di pulau Fogo (sila lihat Gunung Fogo).

Persekitaran[sunting | sunting sumber]

Keterasingan Tanjung Verde hampir 500 kilometer dari tanah besar Afrika menyebabkan pulau-pulaunya mempunyai sebilangan besar spesies endemik, dengan banyaknya terancam oleh pembangunan manusia. Burung-burung endemiknya termasuk Burung Layang-layang Alexander (Apus alexandri), Burung Lark Raso (Alauda razae), Burung Siul Teluk Verde (Acrocephalus brevipennis), dan Burung Pipit Iago (Passer iagoensis), dengan reptilia yang termasuk Cicak Raksasa Teluk Verde (Tarentola gigas).

Iklim[sunting | sunting sumber]

Tanjung Verde terletak di dalam zon tropika. Suhu puratanya antara 24 °C (75 °F) pada bulan Januari dan Februari hingga 29 °C (85 °F) pada bulan September. Hujan tahunan puratanya 68.4 mm, dengan bulan September merupakan bulan yang paling lembap dengan 33.6 milimeter. Sebaliknya, bulan-bulan antara April dan Julai ialah bulan-bulan yang paling kering, dengan hujan yang kurang daripada satu milimeter setiap bulan.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Tanjung Verde
Porto Grande, pelabuhan Mindelo, Pulau Sao Vicente.
Pandangan udara ibu negara Praia

Tanjung Verde ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai banyak sumber, malah mengalami kemarau yang teruk. Pertanian disukarkan oleh kekurangan hujan, dan terhad kepada hanya empat buah pulau pada kebanyakan bulan setiap tahun. Kebanyakan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar datangnya daripada industri perkhidmatan. Ekonomi Tanjung Verde telah bertumbuh sejak lewat dekad 1990-an, dan kini dianggap sebagai sebuah negara yang sederhana perkembangannya. Tanjung Verde banyak bekerjasama dengan Portugal pada setiap peringkat eknonominya dan oleh itu, mata wangnya dikaitkan mula-mulanya dengan escudo Portugis dan kemudiannya dengan euro pada tahun 1999.

José Manuel Durão Barroso, bekas perdana menteri Portugis dan kini presiden (penggal kedua 2004) Suruhanjaya Eropah, telah berjanji untuk membantu menggabungkan Tanjung Verde ke dalam lingkungan pengaruh Kesatuan Eropah melalui lebih banyak kerjasama dengan Portugal. Pada Mac 2005, Mário Soares, bekas presiden Portugis, memulakan petisyen untuk mendesak Kesatuan Eropah menganjurkan perbincangan tentang keahlian Tanjung Verde.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penduduk Tanjung Verde ialah mestiços yang berketurunan daripada abdi Afrika dengan peneroka orang putih Portugis. Leluhur Eropahnya juga termasuk:

Yang lain termasuk terutamanya orang kulit hitam Afrika atau orang Eropah (kebanyakan orang Portugis meninggalkan Tanjung Verde selepas kemerdekaan). Banyak orang asing dari kawasan-kawasan yang lain di dunia menetap di Tanjung Verde sebagai negara tetap mereka. Kebanyakannya merupakan peneroka Arab dan Yahudi dari Lebanon dan Maghribi, serta peneroka Belanda, Perancis, British (Inggeris), Cina (khususnya dari Macau), Amerika Syarikat, dan Brazil (termasuk keturunan Portugis dan Afrika). Kesemuanya telah diserap ke dalam masyarakat mestiço.

Lebih banyak anak negeri Tanjung Verde tinggal di luar negeri, berbanding dengan mereka yang tinggal di Tanjung Verde, dengan sebilangan komuniti penghijrah Tanjung Verde yang besar di Amerika Syarikat (500,000 orang), Portugal (80,000 orang), dan Angola (45,000 orang). Terdapat juga sebilangan besar anak negeri Tanjung Verde di São Tomé dan Príncipe, Senegal, Perancis, Brazil, dan Belanda. Anak-anak negeri Tanjung Verde juga menetap di Sepanyol, Jerman, dan Komuniti Negara Yang Bertuturan Bahasa Portugis (Brazil dan Guinea-Bissau).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kebanyakan bahan rencana ini berasal daripada Buku Fakta Dunia CIA 2000 dan laman web Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat 2003.
  • Dr Marcel Gomes Balla dari Universiti Boston telah menulis sebuah sejarah ringkas tentang pulau-pulau ini dalam bukunya, Antonio's Island, ISBN 1-898030-48-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Gambar keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Direktori[sunting | sunting sumber]


Daftar negara | Afrika | Afrika Barat
Benin | Burkina Faso | Cape Verde | Chad | Côte d'Ivoire | Gambia | Ghana | Guinea | Guinea-Bissau | Liberia | Mali | Mauritania | Niger | Nigeria | Saint Helena | Senegal | Sierra Leone | Togo